Thursday, June 11, 2009

Sudahkah kita Tarbiyyah?


Tidak perlu ana terangkan apa itu tarbiyyah. Sudah penat berbicara kepada yang dah faham. Dan seringkali bila ana kena kasi ceramah, tajukknya pasti akan berbicara tentang perkara ini, kepentingan tarbiyah bla bla bla titik.

Namun, bagi yang telah berada dalam sistem pentarbiyyahan ini, tanyalah diri sendiri, adakah kita seperti sudah tarbiyyah,

Orang yang kata dia tu paham sangat tu... yang bawa 4 5 usrah tu... adakah kita rasa hebatnya tarbiyyah?

Adakah kita terkesan dengan tarbiyyah yang kita lalui? Adakah kita merasai robbaniyyah tarbiyyah kita terhadap orang lain? Adakah orang di sekeliling kita dapat merasai roh tarbiyyah kita?

Adakah kita sama sahaja dengan kawan-kawan kita yang lain, yang tidak berada dalam pentarbiyyahan yang kita sama-sama sayangi ini? Dari sudut akhlaknya kita, akidah kita, kehidupan kita, minat kita, concern kita etc...

Jika soalan terakhir itu, ya jawabannya. Maka kita perlu buat sama ada 2. Muhasabah diri untuk lakukan perubahan atau berhenti lah tarbiyyah.

Kembalilah ke kitaran bodoh yang telah kita canang2kan... Kerana kita lebih terkesan dengan tarbiyyah jahiliyyah di luar sana.

Kita lebih suka andai diri kita ini ditarbiyyah dengan cinta membabi-buta, mabuk harta, gilakan kuasa, dan keliru haluan kehidupan.

Tarbiyyah, bukan dah join atau belum. Ia bukan program, tapi proses.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]