Monday, November 2, 2009

Sejarah telah pergi, kita akan tetap teguh berdiri.




Kemanisan semalam masih terasa

"Assalamualaikum w.b.t.
Pada hari yang berbahagia ini,
Saya ingin bercerita tentang kisah bangau dan kerbau,

Pada suatu hari, ada seekor bangau yang cantik,
Bulunya putih dan paruhnya panjang,
Pada suatu hari, negara itu dilanda kemarau,
Bangau itu terbang ke seluruh negara untuk mencari air.

Tiba di suatu lopak air, bangau terbang di atasnya,
Di sana, ternampak kerbau sedang sibuk meminum air,
er...
Kerbau pun duduk di atas bangau...
(Penonton ketawa besar)
er...
Bangau,,,
er...
(Mukaku terasa sangat panas dan mengembang. Kaki pula mengecil dan terasa seperti tidak menatapak di lantai pentas)

Kerana masa tidak mengizinkan, saya terpaksa mengundurkan diri.
Sekian terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t."

Masih segar di ingatanku, sebuah pengalaman dalam sebuah pertandingan bercerita peringkat sekolah rendah, suatu ketika dahulu. Aku akui, tidaklah aku dilahirkan sebagai natural orator, yang semenjak lahirnya sudah mampu berceloteh panjang di hadapan orang ramai, memikat hati mereka. Pengalaman yang banyak membantuku, menjadi guru yang setia.

Ketika di MCKK, semasa tingkatan 4, awal pengajianku di sana. Aku bertemu dengan seorang sahabatku yang rapat, dipanggil 'Bida' oleh semua. Sepanjang pengamatanku, Bida sederhana orangnya, seorang pelajar yang pergi balik sekolah, dan merupakan AJK BRU (Biro Revolusi Ugama) yang aktif. Namun, di akhir-akhir pengajianku, baru ku tahu bahawa Bida merupakan Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan, ketika aku masih gagap-gagap bercerita dahulu. Wah~!

Bercakap tentang aku semasa MCKK juga, kami yang baru masuk ini diberitahu, bahawa kami merupakan 60 pelajar cemerlang PMR seluruh negara, di kalangan lelaki islam. Suatu penyataan yang memotivasi diri, mengangkat gah diri yang mendabik dada tika keluar ke bandar, mengangkat martabat diri, pride, bak kata mereka ketika bersama dengan kawan-kawan dari sekolah-sekolah lain. Namun, sekolah itu umpama penghancur masa depan bagi sebahagian daripada graduaannya. Juga, merupakan titik tolak buat mereka yang lain. Tidak kurang, ada di antara mereka telah menerpa masa depan yang gemilang selepas detik itu.

Ingatan ku beralih pula kepada kisah seorang budak 3 tahun (ketika aku berusia 5 tahun) yang sudah mampu membaca surat khabar di hadapan media. Siapa sangka, kini dia berkhidmat sebagai penebar roti canai.

Aku percaya bahawa setiap daripada kita kenal Suffiyah, seorang pelajar genius berdarah Malaysia yang berjaya ke Oxford pada umur yang muda. Dan beberapa bulan yang lepads, kita digemparkan dengan gambar-gambar lucahnya yang bertebaran di internet. Menyebabkan ibu dan bapanya kini dalam kesedihan, malah seluruh rakyat Malaysia terasa hiba. Beberapa orang menteri Malaysia juga dihantar ke London untuk memujuk Suffiyah, namun entah siapa tahu keadaan beliau sekarang. Semoga Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada beliau.


Change or Die!

Yesterday was his-story,
Tomorrow is mystery,
Today is a gift!

That's why it is called present.

Sejarah mengubah kita, namun ia sekadar sejarah. Ia sudah berlalu, dan tiada apa yang hendak dibanggakan, selain puji dan syukur ke atas-Nya. Setiap detik waktu yang sudah berlalu itu, hanya membawa satu mesej; Apa yang dipelajari hari ini?

Seorang mukmin yang ajaib itu, seharusnya tidak pernah berasa gelisah atas kesalahan yang dilakukannya, selain kepada Allah. Seorang mukmin yang ajaib itu, seharusnya tidak berasa bangga dengan segala apa kebaikan yang dilakukannya, selain kepada Allah, namun dengan penuh rasa tawaddu' seorang hamba, mengharap jannah-Nya untuk didiami selama-lamanya.

Kita adalah kita pada hari ini. Kita adalah amal kita pada hari ini. Bagaimana syahadah kita. Bagaimana Syahadatul haq yang dilaksanakan oleh kita.

Kita tiada masa untuk berbangga dengan kehebatan kita yang lepas, kerana hanya pengajarannya daripadanya yang berguna untuk amal kita pada hari ini. Kita tiada masa untuk meratap hari semalam, kerana hanya pengajarannya yang berguna untuk amal kita pada hari ini.

Setiap hari adalah hari baru buat mereka yang tidak sudah-sudah bertaubat kepada Allah setiap subuh harinya.

Inilah ibrah yang ku hayati daripada kegemilangan-kegemilangan silamku. Ia tidak sekali-kali mengangkat martabatku, selain ketaqwaan kepada-Nya yang diuji saban hari, membuatkanku terfikir masa depan yang tidak pasti itu. Hanya amalan pada hari ini yang akan memberikanku ketenangan akan kepastian ketentuan di akhirat kelak.



Kita menyangka kita telah memahami (Suatu muhasabah kepada Dakwah kita)

ISK. Itulah stoking kau. Inilah sejarah kita sebetulnya. Ianya semakin popular sekarang.

Apa yang kita faham tentang ISK? Ramai yang akan menjawab; Kita akan dapat mengenal sejarah kita. Kita akan dapat tahu tentang kegemilangan kita. Kita akan dapat tahu tentang zaman kegelapan kita. Bla bla bla.

Ramai yang tidak menyedari, ia bukan sekadar program tontonan. Bukan sekadar hiburan. Bukan sekadar mengisi otak kita dengan maklumat-maklumat baru. Dan ia bukan program yang wajib dilakukan oleh setiap IPT menjelang awal semester, agar semua pelajar baru dapat belajar sejarah islam! Menangis dan tertawa atas lawak jenaka muajjih!

Sedarlah, ada objektif besar untuk dicapai untuk semua program tarbiyyah kita. Membawa kesedaran, mempelajari sesuatu daripada kesilapan mereka terdahulu. Dan ingin belajar dari kegemilangan yang lepas. Setuju?


~~*~~


4 comments:

faez said...

tak sangka selama nie ana salah sangka, baru ana tau makna sebenar ISK akhi..

Unknown said...

sejarah itu mematangkan diri kita. yup.. benar akh

Abu Khalid said...

"Nta dah baca buku Maalim fit thoriq?"

"Dah"

"Nta dah baca buku Fadael al-Fitan?"

"Dah"

Kita membaca bukan untuk mengatakan kita dah baca, tapi mengutip segala pengajaran yang ada dalam buku tersebut, yang akan mematangkan setiap langkah kita.

Namun ana lupa nak cakap, nilai rabbani dalam setiap jujukan sejarah itu, akan memberikan ruh berlainan dalam tapak-tapak itu. Di sanalah peri pentingnya Al-Quran dan Sunnah, bukan sahaja memberikan kita langkah, tetapi kemanisan perasaan di setiap langkah.

Jangan lupa, KBM, ISK, SH, SJ, ID, JD, HG etc, semua nya merupakan tools dakwah kita. Kita kena pandai menggunakannya mengikut matlamat pembinaan individu kita.

Secara individu, pembacaan buku kita juga hanya akan terasa sangat maksimum penerimaan nya jika kena pada masanya.

Hm, macam terlebih beritahu je, fikir-fikirkan eh

Saudaramu,
Hussaini

ana said...

ana SETUJU !!!

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]