Monday, November 9, 2009

Kaum Muslimin itu Fanatik


'Ahmad Dan Salim', Siri kartun Israel; Suatu penghinaan terang-terangan kaum kuffar terhadap Islam


Apabila Islam dan penganutnya dibenci

Itulah yang bermain di fikiran orang barat. Itulah juga yang difikirkan oleh seluruh dunia. Dan alangkah malangnya, itu juga yang disangka, diimani oleh orang islam itu sendiri; Kaum Muslimin itu Fanatik.

Muslim itu. Mereka sanggup mati kerana agama mereka. Mereka sanggup melaksanakan segalanya-galanya yang diarahkan oleh Tuhan mereka walhal ianya bermakna nafsu mereka tidak dapat dituruti. Mereka sanggup miskin hanya kerana tidak sanggup menipu. Dan yang paling pentingnya, mereka tidak pernah rasa putus asa untuk meneruskan kerja dakwah mereka, untuk kembali memerintah alam, mengembalikan KeEsaan Tuhan mereka dalam Hati-hati semua Insan.

Muslim itu. Mereka katakan bahawa hanya sistem yang diterbitkan Tuhan mereka melalui Rasul-rasul mereka yang disudahkan oleh Muhammad bin Abdullah yang mampu menggembirakan seantero alam. Mereka katakan, hanya hukuman dan pengiktirafan yang berlandaskan kitab-kitab mereka yang benar, yang adil, tepat dan tidak zalim.

Muslim itu. Mereka pernah mendodoi dunia dengan tangan-tangan mereka. Dunia ini kembali bebas dari kefanatikan muslim-muslim itu selepas tumpasnya kepala kepada segala kefanatikan, Sultan Abdul Hamid ke-2. Runtuhnya Tamadun Turki yang fanatik itu, bermaksud jatuhnya juga sistem orang-orang fanatik itu.

Masih ingatkah lagi apa yang orang yang tidak selesa dengan kaum Muslimin ini lakukan kepada semua golongan fanatik ini, selepas kejatuhan tamadun islam itu?


Lihatlah apa yang telah terjadi di Ethiopia

Jumlah Muslimin di Ethiopia pada umumnya tidak kurang dari 65% dari seluruh penduduk. Di beberapa daerah sampai mencapai 85% dan sesetengah yang lain pula ada yang 25%. Tetapi, pada uumnya, mereka merupakan majoriti yang pasti.
  1. Setelah penjajahan Itali berakhir, Pemerintah Ethopia telah merampas dua pertiga tanah kaum muslimin dan menyerahkannya kepada penduduk Kristian, dengan tujuan untuk memiskinkan dan menghancurkan mereka.
  2. Pemerintah Ethiopia memberikan perlindungan kepada pendakyah-pendakyah kristian manakala semua pendakwah islam dilarang bergerak dan membuat sebarang pendidikan. Semua usaha yang mengarah ke sana dilarang. Disebutkan laporan bahawa dakyah-dakyah Kristian ini adalah untuk meng-kristiankan seluruh kaum Muslimin di daerah-daerah ini dalam jangka masa 5 tahun, kerana mereka bodoh dan miskin.
  3. Orang Islam yang paling besar perhatiannya untuk menyebarkan ilmu-ilmu agama adalah kaum muslimin yang tinggal di kawasan Kafa, Jima, Lilo Wohrer. Di Jima sahaja, ada 60 sekolah islam di sana. Namun, setelah pemerintah kuku besi Ethiopia memerintah, Rajanya Amir Abdullah bin Sultan Mahmud ditangkap dan dipenjara. Sekolah-sekolah islam kebanyakannya ditutup, dan segala pendidikan islam, melalui lisan mahupun buku-buku disekat. Bahasa arab dilupuskan dan segala buku-bukunya dibakar.


Lihatlah apa yang telah terjadi di Turkistan

Di Turkistan timur dan Barat, yang dikuasai Soviet, dahulunya tinggal 44 juta orang islam. Dengan alat pembunuhan massive yang kejam yang diadakan Soviet, sekarang ini (Tahun 1952) jumlah mereka telah berkurang menjadi 26 juta orang sahaja.

Dalam buku 'Kaum Muslimin di sebalik tirai besi', tulisan Isa Yusuf Alb Takin yang ditakdirkan Tuhan, memperoleh kehidupan sekali lagi setelah penyeksaan, telah menggariskan beberapa bentuk penyeksaan yang dilakukan oleh Soviet terhadap kaum muslimin:

  1. Memaku kepala dengan paku yang panjang sehingga sampai ke otak.
  2. Membakar para tahanan setelah mereka disiram dengan munyak tanah dan disalut dengan api.
  3. Menjadikan para tahanan sebagai objek latihan menembak para prajurit.
  4. Mengurung para tahanan di suatu ruangan yang tidak dimasuki udara dan cahaya, dan membiarkan mereka tinggal di sana hingga mati kelaparan.
  5. Meletakkan kawat di kepala, lalu mengalirkan elektrik di kawat itu.
  6. Mengikatkan kepala di suatu alat mekanik, dan bahagian badan yang lain diikat pada alat yang lain. Lalu kedua mesin itu dijalankan hingga kepala tertarik ke suatu jurusan yang berlawanan. Setelah tertarik lalu didekatkan kembali. Demikianlah tubuh manusia itu selalu tertatik-tarik antara kedua alat itu, sampai orang itu mengaku, atau mati.
  7. Menyeterika bahagian tubuh dengan sepotong besi yang telah dipanaskan sampai merah warnanya.
  8. Menyiram minyak yang mendidih pada tubuh orang yang disiksa.
  9. Memakukan paku atau jarum ke dalam tubuh.
  10. Memaku anak jari dengan paku sampai tembus ke sebelah.
  11. Mengikat orang tahanan di tempat tidur dengan ketat dan membiarkan sedemikian rupa beberapa hari lamanya.
  12. Mencabut sejemput demi sejemput rambut dari kepala dengan keras sehingga sebahagian kulit kepala tergelupas.
  13. Menyikat tubuh mangsa dengan sisit besi yang mempunyai mata tajam.
  14. Menyiramkan benda cair yang membukar ke mulut, hidung dan mata para tahanan, setelah mereka diikat erat-erat.
  15. Meletakkan batu yang berat di punggung tahanana setelah kedua tangannya diikat ke belakang.
  16. Memukul tubuh tahanan dengan cabuk yang mempunyai paku-paku yang tajam.
  17. ... Kemudian tubuh itu dipotong-potong dengan pisau atau pedang.
  18. Melubangi tubuh manusia, di mana kemudiannya dimasukkan tali yang mempunyai simpulan-simpulan. Dua hari kemudian, tali itu ditarik-tarik seperti gergaji-gergaji yang merobek-robek tubuh yang telah luka-luka itu.
  19. Agar tahanan dapat berdiri dengan lebih lama, maka telinga dipakukan ke dinding.
  20. Memasukkan tahanan ke dalam drum yang berisi air penuh, pada musim dingin.
  21. Menjahit kari kepada kari yang lain. Di jari kaki dan tangan.
  22. Nasib wanita dalam siksaan itu sama sahaja dengan nasib lelaki, dan mereka malah ditelanjangi dan dipukul keras-keras di dada mereka. Cara-cara penyeksaan wanita yang lain tidak dapat dituliskan, kerana tempat-tempat di tubuh wanita yang dipilih dan cara-cara kotor yang dipergunakan menjadikan kita malu untuk menyebutkannya dan menuliskannya.
Itulah yang dilalui oleh kaum muslimin sambil Soviet ketika itu, di bawah pemerintahan Joseph Stalin menjaja kebebasan beragama dalam artikel 124 Undang-undang Soviet. Secara jelasnya pembersihan etnik dijalankan mereka.



Ia berlaku di mana-mana

Sungguh hati tidak sanggup lagi ingin merungkai permasalahan-permasalahan ummah ini. Ia umpama duri yang berbisa, menyucuk sambil menyengat jiwa yang mengetahuinya, dan jiwa ini sekaligus meronta-ronta meminta ubat yang akan menyebabkan resah jiwanya itu pudar.

Contoh-contoh yang dibawakan ini sekadar 2 cerita kecil daripada seluruh episod penderitaan ummat islam. Di Malaysia, di Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Ambon, Pontianak, Palestin, India, Pakistan, Bosnia, Andalusia, USA, dan serata dunia penyeksaan, pembunuhan ini tidak pernah dihitungkan oleh sesiapa. Ia dibakul sampahkan kerana mereka semua sedang sibuk memandan umat islam itu sebagai kaum yang fanatik.

Lupakah mereka tentang kandungan surat penduduk Kristian Jordan yang diutuskan kepada Abu 'Ubaidah dan tentera Islam:

"Wahai kaum muslimin! Kamu lebih kami cintai daripada orang Romawi, walaupun kami seagama dengan mereka. Kamu lebih menepati janji kepada kami, lebih lemah lembut terhadap kami, tidak mau menganiaya kami, dan baik pemerintahannya terhadap kami.

Orang Romawi menindas kami dan merompak rumah kami."

Sedarlah semua!

Kami kaum muslimin bukan fanatik sebarangan. Tapi kami telah menyaksikan kemenangan kami yang ulung dengan Allah menjadi matlamat kami sedang kamu menjadi hamba kepada nafsu! Kami telah merasai keperitan, penderitan di bawah pemerintahan kalian. Namun semasa kami, Muslim yang fanatik ini memerintah, tiada sebarang tangisan jatuh ke tanah dengan sia-sia. Setiap kaum, bangsa dan agama merasai keindahan hidup dunia bersama kami. Dan kita menyaksikan segala-galanya berulang kembali. Pemerintahan syaitan itu akan kembali jatuh dan ranap, sepertimana kecewanya kisra dan kaisar dengan akal dengkel mereka.



1 comment:

Unknown said...

benar kata enta semalam.
hmm...

fun for them. but for us?
it's hurt. but how to cure that?

....

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]