Sunday, November 1, 2009

Bila hati rindu bercinta





Perlukah hipokrit dalam berdakwah

Menonton video di atas berkali-kali tidak pernah memadamkan senyuman di bibirku ini. Bukan kerana hilaian-hilaian kaum hawa yang menontonnya. Bukan juga kerana keterujaan di atas pentas bersama artis. Tetapi suatu nilai kenangan yang tidak dapat dibayar. Itulah saat-saatku membelek hati-hati insan-insan di perkampunganku. Saat-saat aku menanam benih-benih kecintaan dalam hati-hati adik binaan yang bersamaku pada saat itu, juga atas kecintaan yang ditaburkan kepada beberapa mad'u yang kini menjadi mutarobbiku.

Suara-suara kecil akan berbisik, bernajwa atas tindakanku yang terlampau mesra dengan mereka yang ingin mendaftar di dalam barisan ketenteraan ini. Keterbukaan suatu dakwah yang kelihatannya seperti lukisan contengan celoreng yang tiada hala tuju persis pergaulan biasa orang umum. Pembinaan tsiqah yang kelihatan penuh cacat cela dengan penonjolan 'rupa sebenar' seorang daei di depan mutarobbi.



Ku harap kau membalas cinta ini

Ikhwah akhwat sekalian,

Akhlak merupakan suatu perincian kesempurnaan hati kita. Ia mencerminkan apa yang terkandung di dalam hati; halwa atau iman. Dan manusia kini hanya mampu menilai peribadi-peribadi di hadapan mereka dengan cerapan-cerapan akhlak itu. Nilai sebuah kerahsiaan peribadi sangat senang ditafsir oleh mad'u dan ia sebenarnya akan membina sebuah harapan, namun menghancurkan suatu matlamat dalam hubungan murobbi-mad'u ini, iaitu kepercayaan (Tsiqoh).

Dan ia juga akan mematikan apa yang cuba ku kongsikan pada pos kali ini, iaitu Cinta. Cinta antara mereka. Kerana cinta itu lahir daripada kepercayaan. Jika asas percintaan bukan atas asas ini, pasti ia akan rapuh, serapuh "Rumah Biskut" dalam kisah-kisah dongeng barat. Sedang menunggu hujan yang akan meruntuhkan. Sedang menunggu kawanan-kawanan semut melumatkan, selumat tentera abrahah. Dan menawarkan Diabetes kepada penghuninya.

Cinta ini akan memandu adik-adik ini agar terus merasai keindahan tarbiyyahan. Tanpa perlu dikejut-kejut, seorang pencinta akan melakukan apa sahaja untuk mereka saling berdating, mengukuhkan ikatan cinta mereka. Keyakinan, keluhuran, dan keikhlasan sesama mereka akan membuat mereka tidak serik-serik saling berkongsi tentang kehidupan mereka. Tidak malu-malu untuk berkorban demi cinta mereka itu.

Cinta ini akan membuatkan mereka tidak lagi berfikir tentang diri mereka semata-mata, tetapi segala gerak kerja mereka, akan terbayang wajah-wajah yang disayangi itu. Tidur malam tidak akan nyenyak, jika kelibat cinta mereka itu tidak tahu dalam keadaan baik atau tidak. Perasaan rindu mereka semakin menebal setiap minggu, hinggakan mereka merasakan sangat tidak puas jika hanya berjumpa sekali sahaja seminggu.

Jika cinta mereka ini terpaksa menangguhkan dating mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pasti jiwa mereka akan meronta-ronta. Seakan-akan tidak dapat menanggung beban rindu yang meluap-luap itu. Lewatnya cinta mereka itu ke dating ini akan menyebabkan mereka menderita penderitaan menguji kesabaran. Sungguh, penantian itu suatu penyeksaan. Tidak senang duduk dan bangun, waima lewatnya mungkin hanya seminit. Ia berlalu seumpama setahun dalam rasa itu, sangat lambat.

Tatkala dalam dating itu, terasa sangat hangat perasaan, rela andai dilambatkan setiap detik itu, walau sudah sepenuh penghayatan diberikan. Tidak puas telinga ini mendengar kata-kata cinta, tidak puas mata ini menatap wajah itu, bau dan rasa ketika itu sebolehnya ingin dirasakan selama-lamanya, agar dapat mengubat kerinduan yang amat dalam itu.

Tidak rela jika cinta berada dalam kesengsaraan tanpa pencinta bersama. Jika dalam kegembiraan, pencinta berharap dapat menjadi orang yang menumpang gembira, tersenyum dari jauh, memerhati dan melinangkan air mata kegembiraan. Seakan tiada apa di sudut hati ini, selain daripada cinta itu. Cinta yang berbuah daripada kecintaan kepada Allah. Kecintaan yang telah Allah tanamkan atas sayangnya seorang jundinya itu kepada Allah, Ar-Rasul, Islam dan Ummah ini. Bila dipertanggungjawabkan untuk menjaga jiwa-jiwa ini, dia merasakan, mereka inilah matlamat hidupnya. Setiap masanya ditumpukan untuk mendampingi mereka. Hingga tidak sedar, cinta itu berputik atas sayang yang tidak terhingga. Tiada keraguan akan perasaan itu. Hanya mereka yang benar-benar ikhlas dalam beramal islami dapat merasainya.

Aku sangat terkesan dengan pos terbaru seorang ikhwah berkenaan keikhlasan dalam berjuang. Keikhlasan cinta kita.

5 comments:

`Ammar Sahrim said...

hehe.. xleh tahan gelak tgk video ni...
inilah hussaini yg ku kenal..
karakater nye tetap sama di mana2.
semasa bersama ikhwah, semasa bersama keluarga, semasa bersama umum, semasa bersukan, semasa berprogram, semasa bermukhayyam, dan semasa berada DI ATAS PENTAS. hihi.

^-^ jadilah diri anda ya akhi hussaini!

atie said...

Salam Husaini,

bercakap pasal cinta.... bila lagi.....

Abu Khalid said...

Salam Cik Atie..

Cinta di sini berkisar di sekitar ukhuwwah islamiyyah. Setiap hari saya bercinta tau achik..

:) Senyum sokmo

p/s= Cik atie merupakan ibu saudara kepada penulis, kini bermastautin di Gombak, Selangor.

atie said...

Salam Husaini...

Cinta kan banyak cabangnya... tak salah kalau dibicarakan segala aspek cinta.....kepada tuhan ke... manusia... atau apa sekalipun.... janji niat kita ikhlas datang sepenuhnya dari hati dan kerana Allah.......saja nak tanya berita baik ...........

Abu Khalid said...

hehehe

:D

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]