Saturday, October 3, 2009

Pada langit itu...




Langit itu menyimpan seribu satu rahsia. Mencetus seribu satu persoalan. Ia bagaikan sebuah kitab yang sangat luas terbentang, namun tidak mampu diabjabkan. Jiwa-jiwa yang meronta-ronta mencari penyelesaian akan memerhatikan langit itu, merenung sepuasnya setiap inti-patinya kerana ia kelihatan seperti mengandungi maksud yang akan merungkaikan segala kekusutan.

Mereka yang tidak malas berfikir, pasti akan mendapat jawaban itu.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal,"
(Ali Imran: 190)

Seorang lelaki yang mulia lagi bijaksana, Ibrahim a.s. semasa kecilnya sendiri mendapat ilham keberadaan Tuhan yang tiada tandingan dengan memerhatikan langit, ciptaan tangan-tangan Tuhannya. Tidak mungkin Bulan dan Matahari itu Tuhan, kerana Ia sudah tentunya tidak akan berkurang , tidak berkala kuasaNya.

Kusam hari berakhir suatu ketika dahulu, dengan merenung keajaiban langit itu. Ku tenung, ku tenung, ku tenung... Berjam-jam tercongok di bangku padang itu... Terasa amat kerdil. Terasa amat hina. Terasa amat miskin. Terasa amat tamak. Dan akhirnya air mata itu meleleh... Mengalirkan keinsafan yang tidak berbelah bahagi... Kekesalan atas keterlanjuran diri ini, yang sebetulnya tidak layak digelar manusia.

Atas keinsafan yang dalam itu, aku butuhkan pemandu yang akan membantuku memandu hala tuju jiwa ini, dan saat itu datang individu-individu mulia yang sangat dekat dengan hati ini.

Allah telah menciptakan langit itu, untuk memberitahuku betapa besarnya jajahannya... Betapa besar isipadu harta kepunyaanNya... Terasa amat terpilih diriku ini, diterpa hidayah sedemikian rupa... Sangat sayang akan pemberianNya itu... Terasa amat istimewa di sisiNya... Tidak aku akan lepaskan segala kemewahan perasaan ini... Dan aku ingin semua orang turut sama merasaiNya... Untuk mempunyai kekasih sehebat ini, bertahta di hati.

Sahabat-sahabatku,

Pernahkah kita terfikir, betapa besarnya langit ilahi ini? Walau sehebat manapun manusia pun kini, mereka tidak akan mampu mengukur luas isipadunya. Malah, untuk mengagak sejauh mana alam langit itu bukan mereka ahlinya. Dan sampai bila pun mereka tidak akan mampu mencipta kediaman sebesar langit itu...

Langit. Bintang-bintang yang menghiasinya... Segalanya sangat menakjubkan. Mempersonakan. Mustahil diciptakan. Sebuah seni yang sangat sempurna. Menggambarkan betapa sempurnanya penciptaNya...

Luas,,, sangat luas,,,

"Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah karunia Allah, yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai karunia yang besar."

(Al-Hadid: 21)

1 comment:

Abu Khalid said...

Merindui saat-saat dihujani nur itu,,

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]