Tuesday, October 13, 2009

Apabila tikus pun ada syura...




Tersebutlah sebuah kisah yang bermula di suatu perkampungan Eropah, di saat kegemilangan Nepoleon. Kampung ini jauh dari tekanan dan hiruk-piruk peperangan, kerna tiada sebarang kepentingan untuk dimanipulasikan.

Namun, jauh dalam kedamaian perkampungan itu, dalam sebuah rumah yang usang, manusia sedang bertarung dengan sekumpulan tikus-tikus rumah. Seluruh anggota keluarga itu bingung kerana tikus-tikus ini dengan rakusnya telah menghabiskan stok-stok simpanan makanan mereka dan menggangu kehidupan mereka sehari-hari.

Akhirnya, keluarga ini mengambil keputusan untuk membela kucing baka "Ragdoll" yang memang terkenal dengan kecekapannya menangkap tikus. Dengan sepenuh ketaatan, seekor demi seekor tikus dibunuh oleh kucing tersebut, tanpa belas kasihan seorang 'ibadur rahman.

Tikus-tikus ini tiada peluang langsung untuk keluar dari "pintu tikus" mereka kerana kucing itu sudah maklum akan tabiat mereka yang akan hanya keluar melalui pintu tersebut. Siang malam kucing itu akan mengawasi pintu tersebut, kecuali waktu-waktu tertentu bagi menyahut seruan semulajadi (nature call).

Tikus-tikus ini dalam kegersangan kerana kali ini, makanan-makanan mereka pula yang semakin menyusut kuantitinya. Pantang sahaja kucing itu tiada, mereka akan berlari sekencang mungkin, keluar daripada pintu mereka itu... Dan mereka tertipu! Semua mereka dibahamnya!!!


Melihat perkara tersebut, tikus-tikus itu berkumpul. Seramai-ramainya... Tiada satu pun tikus di tersebut yang tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Kata si ketua:

"Hari ini kita akan buat syura. Keadaan kita semakin parah. Ada tikus-tikus dari aras 2 dan 3 yang mati kebuluran. Kita kena fikirkan rancangan untuk keluar dari masalah ini!!! Ada sesiapa yang ada cadangan?"

"Saya cadangkan kita keluar beramai-ramai, pasti ada yang dapat lepas daripada terkaman kucing itu!"

"Saya tak setuju! Tiada kepastian yang rancangan itu berjaya"

"BETUL!!! Kita perlukan idea lain"

"Saya cadangkan supaya kita reka sebuah mesin yang dapat mengalahkan kucing tersebut!"

"Kita tiada masa untuk menyiapkannya, makanan kita sudah sedikit. Tidak cukup untuk semua",

kata si ketua...

Semua tikus-tikus kebingungan... diam... sunyi... kedengaran bunyi televisyen yang bersahutan-sahutan dari kamar tuan rumah,,,


...


...



Tiba-tiba, seekor tikus yang tidak kurang veterannya, tampil ke podium. Semua mata tertumpu ke arahnya...

"Aku ada cadangan. Dan aku pasti kamu semua akan menerimanya, kerana cadangan ini sahaja yang mampu kita lakukan!"

Semua tikus terdiam. Terdengar bunyi-bunyi beberapa mereka sedang menelan air liur. Tidak sabar.

"Aku cadangkan kita pasangkan loceng di leher kucing tersebut... Dengan itu, kita akan tahu segala pergerakan kucing tersebut... Jika kucing itu leka, kita akan terus pergi mencuri makanan di rumah ni."

"SETUJU!!! SETUJU!!! HOORAY!!!"

Semua tikus-tikus itu kegembiraan. Melompat-melompat, tidak pernah mereka terfikir akan idea sebernas itu!!! Dalam kesesakan, kegembiraan itu, ada tikus-tikus meluru ke arah tempat simpanan makanan, untuk meraikan 'kemenangan' mereka, betapa yakinnya mereka.

Tiba-tiba ada satu soalan yang menyebabkan semua tikus itu kembali hampa...


"Siapa nak tolong pasangkan loceng di leher kucing tu?"







~~*~~


Ibrah untuk para penggerak dakwah

Tugas menggerakkan dakwah ini memerlukan pemahaman akan fiqh dakwah yang akan membantu para duat melaksanakan amal yang muntijah (berkesan), bukan sekadar semangat yang akan tenggelam dan timbul tanpa disandarkan dengan ilmu dan iman.

Fiqh dakwah telah mengajarkan kita bahawa tugas kita bukanlah mengumpul angka-angka kosong (0 + 0 + ... = 0.0) namun, perlu ada pembinaan (tarbiyyah) yang akan mengangkat darjat tsaqafah, fikrah dan taqwa dalam diri setiap penggerak. Kefahaman yang betul-betul tulen tentang gerak kerja ini akan memandu si daei terus ke arah kejayaan.

Kita tidak ingin sibuk dengan mesyuarat-mesyuarat, dengan perancangan-perancangan, yang akhirnya tidak membuahkan amal. Kita tidak mahu disibukkan dengan perbincangan-perbincangan furu' yang akan memakan masa kita yang tidak pernah cukup untuk melaksanakan apa yang kita cita-citakan.

Sedarlah, matlamat kita kini ialah untuk membina jiwa-jiwa itu, yang akan berebut-rebut memasang loceng di tengkuk si kucing gergasi!




Syeikh Syakib Arsalan telah berkata kepada salah seorang pemuda Palestin:

"Banyak buku-buku sampai kepadaku, samada dari Maghribi, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestin. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah, atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: 'Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah iaitu melalui pendidikan individu' "







~~*~~


Inspirasi daripada sesi-sesi daurah Yu Qiu Wai.

6 comments:

Anonymous said...

sohih ke cerita tu?

Anonymous said...

salam.ana dengar enta yg tanpa syura masuk kawasan org. pe kes tu?

Abu Khalid said...

To Hakim:

Salam akhi.

Cerita ni adalah cerita panglipulara yang ana petik dari ceramah2 yang ana dengar.

Tiada kena mengena dengan mana2 kucing, tikus, mahupun Nepolean. Bukan hadis ataupun kata2 hukama'.

Pengkhususan cerita hanyalah untuk memberikan suasana penceritaan yang harapnya lebih berkesan, dalam menyampaikan mesej...

Apa yang difahami daripada cerita?

Abu Khalid said...

To Anon:

Astaghfirullahal'azim. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita. Kerana kita manusia, yang tidak pernah dapat lari dari kesalahan.

Akhi, Ukhti fillah,

Ana tidak berminat untuk men'dedah'kan apa-apa, apatah lagi hak-hak tanzimi dalam blog ini.

Sebarang perbincangan dan teguran amatlah dialu-alukan melalui email peribadi ana:

profhussaini@gmail.com

Jika ini merupakan provokasi untuk menyerang ana secara pribadi, jangan risau, ana tidak akan membenarkan nta/nti berjaya.

Asif jika ada salah dan silap.

Semoga Allah menerima amalan kita. Semoga Allah menjadikan kita ikhlas dalam memperjuangkan agamaNya.

Awang said...

Salam,

Menarik analogi kisah ni. Terasa macam cite G-Force lak. Heheh.

Abu Khalid said...

Awang....

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]