Kejatuhan tamadun abasiyyah yang berpusat di Baghdad, angkara serangan Monggol, Hulago Khan panglimanya. Matilah 1 juta daripada keseluruhan 2 juta ummat islam di Baghdad. Pada ketika itu, ulama sedang bertelingkah tentang satu perkara: Apakah gerakan jari ketika tahiyyat?
Hampir tumpas pula kerajaan islam di Mesir selepasnya. Juga angkara kaum Hulago. Pada ketika itu, umat sedang bertelingkah antara Mazhab. Usai solat jumaat, mereka akan solat zohor di rumah masing-masing. Gusar solat tidak diterima, angkara berbeda mazhab. Penyelesaiannya? Di sebelah masjid mazhab Syafie, didirikan sebuah lagi masjid untuk mereka yang bermazhab Hambali.
Isu ini tidak pernah berakhir.
Di setiap sudut negara dan dunia ini, umat tetap akan membincang ini, pabila ingin bercakap tentang islam.
Apakah nilai qunut di sisi mereka yang tidak sembahyang?
Apakah nilai sir atau jahar pada zikir ba'da solat pada mereka yang tidak pernah menyebut Allah?
Apakah nilai gerakan jari telunjuk semasa tahiyyat pada mereka yang sembahyang umpama ayam mencatuk makanan?
Sedarlah saudara sekalian, (termasuk penulis)
Lebih ramai muslimin di luar sana yang tidak solat subuh berbanding yang mengamalkan bidaah qunut ketika subuh.
Berhentilah bergaduh tentang perkara furuk ini.
Adakah kita menyangka muhaddisin itu semuanya serkap jarang sahaja memilih hadis dan nas, mengeluarkan ijtihad mereka?
Pandai sangat ke ustaz-ustaz kita berbanding ulama-ulama hadis dahulu?
Berbanding Imam Syafie, berbanding imam Hambali, berbanding Syeikh Yusuf Qardawi?
Beramal mengikut apa yang kau yakini... mengikut pendapat ulama-ulama yang kau tsiqah pendapatnya... pendapatnya tentang cabang-cabang agama itu...
Isu-isu furuk yang sudah ulama kita teliti-setelitinya agar dapat kita fokus tugas kita...
Tugas kita sekarang ialah menyeru manusia agar menyembah Allah. Agar menginfakkan diri sepenuhnya untuk agama Allah.
Memetik kata-kata Pak Hasan lagi (saya tak taksub):
Solat Rawatib itu sunat.
Perpaduan ummah itu wajib.
Pilihlah yang mana satu prioritimu...
Kita ada tugas besar yang menanti
Kita akan memikul beban ini,
sebahagian
atau
sepenuhnya!
5 comments:
salam....
ana tertanya-tanya jugak ape kaitan gambar yg banyak2 tu dgn tajuk post nih.......?????
buat ana jelouse nih...
Salam
Akhi...
Basically, ada mesej berkenaan dakwah dan tarbiyyah dalam post kali ni...
Itulah tugas kita, menyeru manusia ke jalan Allah...
Apa yang kita buat itu juga ke arah sana iAllah, menjalankan tugas kita.
Nta dah buat tugas yang besar dalam menyokong kami ya akhi...
Kami sentiasa menanti-menanti kepulangan nta... semoga dapat kita sama-sama bercinta lagi :D
-hussaini-
saudaramu
salam akhi,
ana nak tanya, bid'ah tu jatuh dlm kategori furu' ke?
Salam akhi..
Sudah tentu tidak ya akhi,
Hadis rasulullah dengan jelasnya menyatakan bidaah itu sesat. Malah kebanyakan ulama menyatakan mereka yang bidaah lebih teruk berbanding mereka yang kufur sebenarnya.
Kerana mereka yang kufur, akan mempengaruhi diri mereka sahaja.
Manakala mereka yang bidaah ini akan mempengaruhi suatu komuniti tersebut.
Apa yang ana maksudkan di sini ialah, bab percanggahan pendapat berdasarkan nas-nas yang ada...
Ada ulama berpendapat begini dan begini,
Maka kita beramal menggunakan nas, bukan pendapat ulama semata-mata.
Namun kita kena tahu, semua ulama yang kita bergantung dari sudut ilmu itu (kerana kekurangan ilmu kita), bukan calang-calang orang nya.
Tidak kurang dari ratusan ribu hadis ar-rasul dihafalnya, dan mereka semua ini adalah golongan yang tsiqoh.
Adakah kita menyangka senang-senang je imam syafie tu berpendapat baca doa qunut dan segala amalan yang dituduh bidaah itu? Takkan lah dia (yang sangat teliti itu) tak tahu yang bidaah itu akan merosakkan masyarakat. Begitu juga dengan imam-imam lain.
Jika kita ada nas yang kita yakini, silakan beramal. Namun jangan duk mengkafirkan orang sana sini, sebab mereka tak buat macam kita.
Namun,Imam syafie pernah menyatakan, jika terdapat kesalahan pada pendapatnya, silalah ikut pendapat yang lebih benar. Akhirnya islam itu matlamat kita.
Banyak lagi perkara yang kita nak setelkan dalam dunia islam kini. Umat dalam kesengsaraan.
Tanyalah, apakah peranan 'ilmu kita' dalam menegakkan syiar islam di dunia?
(Tak marah. SEDIH!)
-hussaini-
saudaramu
Buat mereka yang berada dalam DNT.
Ana ternampak, mungkin secara tidak sengaja, terdapat golongan yang ingin keluar dari pergaduhan sia-sia membid'ahkan amalan seseorang ini, sehinggakan ada yang tidak lagi membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, tidak lagi berwirid bersama-sama imam dan banyak lagi.
Kita sudah kehilangan mereka yang sebelum ini mendapat barakah daripada amalan-amalan ini, kerana terus sahaja mereka tinggalkan semua amalan tersebut.
Usahlah terlalu memuliakan kata-kata guru kalian hinggakan diletaknya hadith dhaif itu lebih hina daripada martabat kata-kata guru.
salam pertemuan.
irhafiz
Post a Comment