Monday, July 27, 2009

Siapakah kita yang sebenarnya?




Hassan al-Banna ibarat satu gagasan yang mantap. Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan, tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara. Justeru beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Menerima dunia dengan penuh bersahaja. Tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia. Segalanya sekadar secukupnya. Beliau hanya mengambil sekadar yang perlu. Makan apa yang ada. Pakai pakaian yang ada. Tempat tinggalnya sekadar seadanya. Hidup serba ringkas. Menyerah nasib anak-anaknya kepada Allah dan tiada apa yang ditinggalkan untuk mereka. Baginya segala kebahagiaan dan keseronokan dalam hidup ini ialah menyampaikan kalimah Allah kepada seluruh manusia. Meluahkan segala ilmu yang tersimpan di dadanya. Beliau mahu melihat gagasannya yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan, barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk harinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan.

(Al-Bahi Al-Khauli)

Seorang wartawan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:

"Saya adalah seorang pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram, dan hidup harmoni di bawah naungan islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru:

"Sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri."

"Inilah saya, anda pula siapa?"

(Hassan Al-Banna)
*****



Pasti penyataan di atas ini tidak asing lagi buat semua penggerak dakwah di serata dunia. Jauh daripada ketaksuban mahupun fanatism, saya berpendapat ada satu mesej besar yang ingin disampaikan oleh Hassan Al-Banna. Iaitu: Islam.

Bertunjangkan islam itulah muslim.

Tunduk dan patuh kepada Allah itulah muslim.

Tidak Hassan Al-Banna menyatakan: Sayalah Mursyidul Am, Al-Ikhwan Al-Muslimun.

Sedangkan dialah penubuhnya, dialah yang membawa ikhwan dan manhajnya ke serata dunia. Membangkitkan para pemuda islam dengannya, hingga kini.

Namun mengapa Imam Hassan menyatakan sedemikian?

Sudah tentu jika dia mengatakan bahawa dia ikhwan, maka ini akan memisahkan dia daripada umat yang lain. Sedangkan matlamat penubuhan Ikhwan Muslimin ialah kesatuan ummat islam melawan perpecahan dewasa ini. Mendirikan kembali Khilafah islam yang telah pupus.

Jangan lupa, kita ini bukan siapa-siapa. Matlamat kita adalah islam. Walau apa jua wadah dan 'jemaah' kita. (Baik ISMA, JIM, KARISMA, PEMBINA, PAKSI, PAS, HIZBUT TAHRIR, TABLIGH, HALUAN, SALAFI, PKPIM, ABIM, AMIR, MSM, AUSIS, MISG, IQRA, QYC, UMNO etc.)


Marilah kita bersatu dengan Jemaah ini. Jemaah ISLAM!!!


2 comments:

zahidzuhri said...

hehe...QYC pon masuk gak ke? :D kalo boleh nak hafal kata2 pak hassan tu,tapi takut kena kutuk pliagarisma plak :p

Abu Khalid said...

Dalam islam, tiada hak cipta

hehehe

Segalanya milik Allah

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]