Ya Akhi FiLlah,
Ku nukilkan kata-kata ini kerana baru pada hari dapat aku rasakan betapa cintanya aku kepadamu. Kepada kamu yang sama-sama bercinta kerana Allah ini. Kepada ntum, ikhwah yang sanggup mengorbankan segala-galanya semata-mata ingin melihat islam kembali mekar.
Ya Akhi FiLlah,
Aku kini sedang menangis. Teresak-esak aku dalam kehangatan cinta kita. Aku akui kini aku sedang merasai kehebatannya. Betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita, yang memaksa aku menulis surat ini.
Ya Akhi FiLlah,
Teringat aku kejadian sewaktu Mukhayyam dulu. Ketika aku menyaksikan di depan mataku, akhuna tercungap-cungap dalam air terjun yang menggulung itu, suatu perasaan aneh timbul dalam benak pemikiranku. Hatiku bergetar. Atmaku resah gelisah. Gerak geriku menjadi serba salah. Aku menerpa ke arahmu mu tanpa ragu-ragu, walau tidak aku ketahui batas yang ku mampu, walau tidak aku tahu badai yang menunggu.
Namun
Ya Akhi FiLlah,
Aku gagal menyelamatkanmu. Kekurangan diriku membuatkan aku keliru. Aku melompat-lompat. Sekuatnya menolakmu ke tepian, namun arus itu jauh lebih kuat daripadaku. Pandanganku sayu melihatmu semakin hilang dalam pandanganku…
Semakin kuat aku menolak, semakin kuat kau menarikku. Aku tahu kecemasan menular dalam dirimu. Sukar untuk tenang dalam situasi itu, mustahil untuk berenang dalam tarikan itu. Aku tidak peduli semua itu, apa yang ku tahu, aku tidak ingin melihat tangisan mu kini, aku tidak ingin mendengar jeritan ini. Jeritan kesengsaraan yang membuatku sangat terhimpit.
Ya Akhi FiLlah,
Ternyata aku gagal. Gagal mempraktikkan segala kepakaranku. Pada waktu itu, aku juga terjerit-jerit meminta pertolongan. Dalam detik yang singkat itu, sempat aku berasa sangat menyesal, kerana tidak pernah mahu mempelajari seni menyelamat. Kemahiranku hanyalah untuk diriku…
Lantas aku hanya mampu menyelamatkan diriku, sedang sahabatku seorang demi seorang tenggelam, tenggelam ditekan gelombang dasyat, rakus ingin merampas saudara-saudaraku daripadaku.
Ya Akhi FiLlah,
Itulah kejadian yang mungkin hanya sendaan bagimu, tapi penyeksaan buatku, aku yang menyangka diriku sudah sempurna dalam bidang ini. Penyeksaan rasa cinta yang tidak berbelah-bagi kepadamu. Sangat takut untuk kehilanganmu…
Hingga kini masih bingit di telingaku jeritan-jeritan itu. Sungguh tidak dapat aku menahan air mata ini.
Aku tidak mampu berjauhan daripadamu.
Ya Allah,
Tolonglah ya Allah, peliharalah kami ya Allah. Jangan Kau pisahkan kami Ya Allah. Jadikan lah kami sahabat di dunia dan akhirat ya Allah…
Ya Allah,
Mampukah aku melepaskan sahabat-sahabatku ini terkorban di medanMu? Mampukah hati ini merelakan pemergiannya?
Lantas Ya Allah, jemputlah aku dahulu. Kerana aku tidak mampu melihat di depan mataku, jasad tanpa nyawa itu. Biarlah aku yang berjumpa dengan Mu dahulu ya Allah… Aku pohon padaMu Ya Allah…
Biarlah aku bersama sahabat-sahabatku yang sedang sengsara di Palestine sana Ya Allah... Aku sayu melihat mereka...
Dan aku cemburu. Cemburu kepada para mujahid Engkau yang sudah berterbangan ke syurgaMu yang telah dijanjikan. Aku Cemburu, kerana AKU CINTA. Cintakan mereka. Cintakan mereka keranaMU...
Yang sangat takut kehilangan sahabat-sahabatku,
Hussaini
Abu Khalid
22 Januari 2009
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjuki lah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbingilah kami
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan maghrifatmu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
3 comments:
Salam
Allah yubarik fik ya akhi..
Allah telah membeli dari kita (org2 beriman) diri dan harta dengan syurgaNya. Kita akan berperang sehingga kita membunuh atau terbunuh. Mendapat salah satu dari dua kemuliaan; kemenangan atau syahid sbg syuhada.
Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Ketahuilah, aku mencintaimu kerana Allah.
Amin ya robbal a'lamain... Moga Allah perkenankan doa dan dipertautkan lagi hati kita dan dimudahkan jalan menuju maghfirahNya...
Anauhubbukum fiLlah aidon
aidon
aidon
aidon
Post a Comment