Wednesday, January 28, 2009

Kitaran BODOH?





Assalamualaikum w.b.t.

Kita mulakan dengan berfikir tentang kehidupan yang indah ini. Pernah tak anda berada dalam keadaan yang sangat sugul, dan anda ingin menghabiskan sepenuh hari anda dengan Tidur? Kalau tidak pernah, tak mengapa. Kita susuri hidup seorang hamba Allah ini. Seorang hamba yang hidupnya hanya ada tidur, tidur sahaja.



Jadual Tido, untuk orang yang suka tidur:






Jam 7 pagi-11 pagi : "Ngantuklah, semalam tak cukup tidur"

ok la tu...

Jam 11 pagi-1 petang : "Kailullah"

aik...

Jam 2 petang-4 petang : "Baru lepas makan, terasa mamai sahaja, tidur je la"

em...

Jam 5 petang-7 petang : "Malas la pula nak main sukan, geli peluh... Hujan-hujan ni, best tidur ni..."

lor...

Jam 8 malam- 10 malam : "STUDI!!!"

Bagus2...

Jam 10 malam, hingga pagi : "Kena tidur awal ni, esok nak bangun awal" :P

Lar,


Pasti ramai akan tertanya-tanya, siapakah gerangan orangnya yang hidupnya sebegini. Tidak kurang pula ada sahabat saya yang berkata kepada saya, "Ana ke yang nta describe dalam blog tu?".. Huhu.. Bukanlah tugas saya untuk memalukan sesiapa, atau menghukum (Nahnu Duat wa la Qodo = Kami Pendakwah, Bukan Penghukum)... Tapi ada satu agenda yang ingin disampaikan... Siapakah individu ini bukan persoalannya, namun soalannya ialah siapakah kita?

Ramai yang beranggapan bahawa kitaran orang yang diatas ini sangat membosankan. Mereka melalui hari sama sehari-hari. Secara terang-terangan. Kita bagaimana pula? Adakah kita berada dalam kitaran sebodoh itu?

Ramai yang tidak tahu hidup mereka saban hari adalah SAMA!!! Ramai yang tidak tahu bahawa mereka ini umpama robot-robot yang tunggu masa untuk ranap dimamah usia,,,

Dan pasti ramai yang tidak menyangka, kitaran hidup mereka bodoh, lebih bodoh daripada kitaran hidup Cheetah, Tenuk mahupun semut. Mereka umpama robot yang tidak mengikut kehendak Tuan mereka!!! Yang tidak mengikuti arahan dari Mother Board...



Apa Beza kita dan Cheetah?



Kita dilahirkan dalam Rahim ibu
Cheetah dilahirkan dalam Rahim ibu

Kita disusukan oleh ibu kita
Cheetah juga menyusu

Kita dituntun oleh ibu kita agar boleh berjalan
Cheetah ditanduk-tanduk oleh ibunya

Kita diajar bercakap
Cheetah diajar mengaum (bukan mengembek mahupun mengerih)

Kita diajar makan makanan berkhasiat
Cheetah diajar makan berkhasiat untuknya (daging)

Kita masuk tadika, diajar menulis
Cheetah masuk tadika, diajar mengenal haiwan lain

Kita masuk sekolah, diajar ilmu-ilmu dunia
Cheetah masuk sekolah, diajar memburu

Kita masuk universiti, belajar ilmu-ilmu gempaq
Cheetah masuk universiti, diajar segala apa yang perlu untuk boleh hidup sendiri

Kita ada praktikal sebelum bekerja
Cheetah berpisah dari ibunya sesudah matang untuk mula praktikkan ilmunya

Kita kerja untuk rasa kesenangan dunia
Cheetah sudah mula ada jajahan mereka sendiri

Kita kahwin kerana ikut fitrah sukakan lawan jenis
Cheetah mengawan kerana ikut fitrah sukakan lawan jenis (Cinta berputik)

Kita dapat anak untuk sara kita masa tua
Cheetah ada anak untuk pertahankan kelompok mereka

Kita tua
Cheetah tua

Kita mati
Cheetah mati








Hussaini
Abu Khalid
28 Januari 2009

2 comments:

zahidzuhri said...

Bebaskan diri dari kitaran tido and kitarn bodoh!! huhu..

Abu Khalid said...

:D

Kitaran bodoh ituuu,,,...,,,

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]