Marilah kita bersama-sama join usrah, semarakkan cinta, binalah jambatan ukhuwwah dan gerakkan kerja dakwah bersama untuk akhirnya dapat sama-sama berada di taman-taman syurgaNya. Bergembira di dalamnya.
"Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun dusta" (An-Naba': 35)
Maka, aku bingung apabila ada yang bekerja dalam usaha kerjasama ke arah syurga ini namun mahu popular, berjaya sorang-sorang. Membolot semua ruang yang ada dan tidak memberikan can kepada yang orang lain untuk turut sama beramal.
Aku bingung dengan mereka yang mendakwa mereka daei tapi mengapi-apikan, melaga-lagakan orang lain. Untuk kemenangan kelompok tertentu.
Bukankah jalan dakwah ini mulia lagi memuliakan?
Bukankah kemenangan itu apabila kita dapat menangis dalam senyuman apabila bertemu dengan Allah, melihat wajahNya?
Semoga kita semua mendapat keseronokan hakiki di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment