Friday, August 22, 2014

Kata-kata

Apabila seseorang itu dengan sengaja ingin melukakan hati saudaranya dengan kata-kata nista, yang akan cedera bukanlah semata-mata hati saudaranya, namun hatinya juga akan terkena "back fire"

Hati yang tidak peka, membenarkan lidahnya melepaskan kata-kata itu akan memberkaskan titik-titik hitam. Tanpa pembersihan melalui pengampunan Allah dan pengampunan saudaranya, hati tersebut akan sakit.

Derita apa yang lebih menyesakkan jiwa berbanding sakit jiwa itu sendiri?

Betapa ramai orang yang membiarkan dirinya berada dalam keadaan berdosa sehingga hatinya mati sebelum jasadnya. Sedangkan hati orang yang beriman itu kekal hidup, walau jasadnya telah pergi.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]