Sunday, November 10, 2013

PACE


Allah telah merancang sesuatu yang tak terjangkau dek akal manusia yang lemah serba-serbi ini.

Aku tidak pernah bermimpi untuk menjejakkan kakiku ke Gaza.

Pengalamanku ke bumi ribath itu hanya kerana untuk mencari hakikat suatu relung dakwah kerana keperluan pada waktu itu.

Menyaksikan kegigihan mereka, aku kagum dan terpesona. Melihat hasil Tarbiyah di sana, aku malu, terasa tidak layak bergelar Ikhwah. Aku pulang dengan kehibaan, bukan sahaja kerana tidak mendapat kesyahidan malah kerana aku terlepas suatu peluang untuk berbakti kepada Ikhwah di sana. Di bumi Gaza, menghadapi kufar durjana, Zionis yang binasa dan membinasa.

Namun, segalanya seperti air yang mengalir deras.

Kerinduanku kepada bumi itu telah mendorongkan untuk terus beramal.

Tanpa sedar, aku mula bergelar aktivis aqsa. Di mana-mana sahaja aku berkongsi pengalamanku di sana.

Apabila mendapat tawaran untuk bekerja di bahagian Research Palestin, menggerakkan Pace Malaysia, aku menyahutnya.

Aku bukannya orang yang paling hebat untuk memikul beban ini, namun aku dapat merasakan akulah yang paling bernafsu untuk melaksanakannya (Hee). Dunia ini baharu buatku. Masih banyak yang perlu aku belajar.

Hari ini, Gaza dikepung lagi. Perjumpaan dengan pejuang-pejuang mereka (baca: orang Palestin yang tinggal di bumi ribath itu semuanya pejuang, menjaga tanah wakaf itu daripada dijajah Zionis laknatullah)

Setiap hari, ada sahaja berita yang membuatkan hatiku bergetar.

Kini, aku tidak berasa keseorangan lagi. Ada rakan-rakan (dan otai-otai) yang sudi menemaniku berfikir dan mengkaji tentang perjuangan ini. Jalan juang ini sukar laluannya, namun dengan ukhuwah ianya terasa mudah.

Bahagia.

Nantikan hasil kajian kami insyaAllah.


No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]