Saturday, October 5, 2013

Kepimpinan Sya'bi

Melatih kepimpinan di fasa sya'bi

Pemimpin dipilih bukan sahaja kerana visinya yang jauh ke hadapan, seperti kata-kata bijak pandai:

"Orang-orang yang tiada visi akan dipimpin oleh mereka yang ada visi"

Namun, seorang pemimpin itu akan mendapat kepercayaan di atas pengorbanan yang dilakukan olehnya, bak kata ISHAB,

"Apabila kita ada pemuda yang menyerahkan dirinya untuk Islam, kita sudah ada kunci kemenangan"

"Hasrat kita adalah untuk mengorbankan segala-galanya yang ada pada diri kita untuk kesenangan ummah"

Visi dan kebertanggungjawapan itu dibina dalam pelatihan, bukan wujud secara tiba-tiba.

Menggalas dakwah ini, suatu gerakan itu akan melalui beberapa mihwar (fasa) sebelum mencapai kemenangan.

Mihwar Taksis
Mihwar Sya'bi
Mihwar Siyasi
Mihwar Tamkin

Pada setiap mihwar tersebut, du'at akan dapat menuai hasil semaiannya.

Di Mihwar Taksis, akan lahirnya Qaedah Sulbah yang akan menggerakkan dakwah hingga ke akhirnya.

Di Mihwar Sya'bi, akan lahirnya Persatuan yang kukuh yang siap mendepani masyarakat, memimpin mereka dengan segala kemahiran yang dimiliki oleh mereka.

Di Mihwar Siyasi, gerakan dakwah akan mendapat sambutan besar-besaran oleh rakyat. Di sana, seluruh negara akan bersama dakwah yang mereka pikul dan siap bertarung kuku dengan kuku dengan jahiliyah.

Hingga meraih kemenangan.

***

Hakikat yang kerap kali terlepas pandang oleh para pahlawan, setiap Mihwar itu bukan sahaja medan untuk menuai, namun juga fasa untuk menyemai untuk persediaan ke Mihwar berikutnya.

Mihwar demi Mihwar dilalui satu demi satu untuk memastikan satu-satu gerakan itu benar-benar matang untuk berhadapan onak dan duri dalam Mihwar-Mihwar dakwah itu.

Pra-matang akan menghasilkan kebinasaan dan kehancuran dakwah. Sehingga dakwah itu perlu dimulakan semula. Kerana kekuatan itu akan hancur sama sekali, tanpa perisai. Berhadapan dengan musuh tanpa senjata yang mencukupi akan berkesudahan dengan setiap laskar dipenggal leher mereka.

Tiada masa yang ditetapkan, yang dituntut hanyalah kematangan. Satu-satu gerakan itu mestilah sangat teliti dalam membuat keputusan yang besar itu. Ahli yang turut serta wajib meletakkan sepenuh konsentrasi mereka kepada keperluan Mihwar itu, dengan sepenuh kepercayaan.

****

Episod pengalaman telah mengajarkan kita, Mihwar Sya'bi bukan sahaja untuk mendidik gerakan Islam, atau memberi ruang jemaah untuk masuk ke dalam masyarakat, namun ia juga merupakan suatu fasa yang kritikal untuk membentuk jiwa pemimpin yang sebenar dalam pemimpin-pemimpin yang bakal memimpin ummah dari hasil Tarbiyah jemaah itu.

Jika dahulu semasa Mihwar Taksis, seorang akh itu memimpin usrahnya dan keluarganya, di Mihwar Sya'bi akh tersebut mewakili kawasan dan masyarakatnya. Memberikan hak-hak mereka.

Ia merupakan suatu fasa untuk mematangkan visinya.

Ia merupakan suatu fasa untuk membentuk jiwanya.

Agar akhirnya apabila ia berada di kerusi emas, ia tidak akan tunduk kepada kerusinya, tetapi duduk di atasnya, membimbing seluruh manusia kepada Allah yang satu.

Pembentukan hati tidak akan diiktiraf benar-benar salim, sehingga hati itu terbukti mampu berhadapan dengan kotoran-kotoran.

Kotoran-kotoran sekecil dzon di hati hingga sebesar-besar takabbur.

****

Jika kita tidak mampu mendisiplinkan diri menyucikan sekeping hati sebagai pemimpin, maka tiada lainnya hasil jemaah ini berbanding gerakan-gerakan nasionalis, sosialis, liberalis dan mana-mana gerakan sekular yang lain.


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]