Bab niat ni sangat kompleks sebenarnya. Dan saya bukanlah orang yang ahli untuk menerangkannya secara mendalam. Kajilah ilmu dan iman kita dan buatlah penilaian sendiri.
Pecahan iman ini telah dibuat Imam Ghazali dalam kitabnya Minhaj Abidin;
Ada 4 jenis iman:
Iman Budak NakalApabila ada orang tengok, akan menjaga iman dan amalnya. Bila tiada orang nampak, imannya merundum jatuh. Segala amalnya adalah kerana orang lain yang berada di sekelilingnya.
Iman HambaSegala amal yang dibuat adalah kerana rasa terpaksa. Dirinya terasa terkongkong dan apa yang difahaminya tentang islam dan dakwah ini hanyalah dalam hal wajib, sunat, harus, makruh dan haram sahaja.
Iman SaudagarGolongan ini beramal umpama saudagar, mengejar keuntungan semata-mata. Ganjaran pahala itu memotivasi dirinya untuk terus melakukan amal tidak kira masa dan tempat. Apabila sesuatu perkara itu tidak mendatangkan keuntungan kepadanya, dia tinggalkan.
Iman MahabbahIman ini mendasarkan cinta dalam segala amalannya. Golongan ini beramal kerana rasa cinta kepada Rabb dan merasakan tiada apa yang penting selain untuk mencapai keredhaanNya.
Kita pilih. Nak iman yang bagaimana?
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment