Sunday, May 5, 2013

Kau tak tahu?


Jangan takut untuk mengaku tak tahu, kerana seorang yang tinggi ilmunya itu bermula dengan tidak mengetahui.

Jahil kepada 'alim.

Bahkan, semakin banyak yang kita tahu, kita akan sedar, semakin banyak yang kita tak tahu.

Apabila kita menguasai satu-satu bidang, kita akan perasan, kita tidak menguasai dan mengetahui tentang 100 bidang yang lain.

Manusia ini, tiada yang sempurna.

Rosaklah orang yang rasa dia yang paling tahu segala-galanya, dialah yang paling berilmu.

Kerana apabila adanya perasaan itu, itulah permulaan kepada kebodohan dirinya. Apabila dirinya dikuasai sangkaan bahawa dirinya itu mengetahui semua perkara, sangkaan itu akan memakan dirinya, akan banyak perkara dalam hidupnya itu dibina dengan sangkaan-sangkaan sahaja.

Membina matriks di dalam diri sendiri.

Bila kita rasa kita sudah tahu, maka itulah permulaan kepada menjadi pendekar bodoh sombong.

***

Akan ramai orang yang menyangka, bodoh sombong ini hanya terpakai dalam dunia akademik sahaja. Sedangkan golongan bodoh sombong ini boleh wujud di sepanjang kehidupannya, melibatkan segala jenis ilmu.

Daei bodoh sombong?

Entahlah, wujud ke tak. Semoga kita terpilihara dari kebodohan itu. Orang bodoh sombong selalunya tak perasan dia bodoh sombong, tapi orang luar dapat mengesannya dengan sekali imbas sahaja.

Mengjengkelkan bukan kalau melihat orang sebegitu? Kita macam tu? Aku?

Huuuuuuuuuuuuuuu


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]