Monday, April 15, 2013

Aku menyesal kawin


Aku tak berapa nak ingat peristiwa ini berlaku pada waktu malam atau siang. Tapi yang pasti ia berlaku di kedai makan.

Suasana blurry sebab dah 2 tahun lebih ia berlaku.

"Ada seorang lagi yang belum sampai", kata PM Wijaya.

Hari ini ialah hari pertama perjumpaan aku secara talkatif dengan adik-adik usrahku yang baru. Aku dibawa berjumpa oleh naqib mereka yang lama. Diajak untuk sama-sama taaruf.

Jelas dalam ingatanku, adik-adik ini, walau dalam pertemuan pertama memperlihatkan keunikan masing-masing.

Selesai taaruf, adik-adik ini menghujani aku dengan soalan-soalan canggih-manggih.

"Akhi, apa perasaan nta selepas kahwin?"

Aku terdiam, memandang ke bawah. Air mukaku berubah.
"Ana menyesal kahwin"

Semua ahli tersentak mendengar jawapanku. Soalan yang diacukan dengan penuh kegembiraan dibalas dengan jawapan yang kurang menyenangkan. Suasana menjadi tegang.

Aku tersenyum.

"Ana menyesal kahwin lewat"

Kami sama-sama gelak besar. Adik-adik yang gatal miang sebentar tadi, semakin menjadi-jadi. Semakin banyak pula soalan yang datang. Hinggakan aku terpaksa berhentikan mereka sebelum semakin lagha pula jadinya taaruf ini (Taaruf & muayasyah pun ada disiplinnya, tahu?).

Pulang dari makan bersama adik-adik usrah baharu, aku buka FB.

Tiba-tiba aku terbaca satu artikel "Aku menyesal kawin" by Tuah Mohd Bakheet. Biar betul? Anak usrah aku ni penulis FB terkenal rupa-rupanya.

Dia huraikan lagi perbincangan kami ditambah dengan daya imiginasinya yang tanpa jangkauan itu. Dan terhasillah sebuah karya yang panjang, kemudiannya menjadi viral, entah apa kebaikan kepada dakwah yang kami cuba lakukan ni aku pun tak pasti.

Oh...

Hari ini di-tag oleh beliau.

Ianya seakan-akan suatu pengakhiran yang penuh dramatik yang Allah susun buat kami. Kurang dari 2 minggu aku akan ke Kajang, mencari peluang dakwah di relung lain pula.

Bertemu dan berpisah kerana Allah, menjadi golongan yang dicemburui oleh para anbiya dan syuhada.


***

"terjumpa bbrapa blog/page yang post pasal citer ni. dah 2 tahun cite ni.. rupanya copy paste, pastu edit2 sikit. tapi diorang x nyatakan pula petik dari mana. kesian kat penulis asal penat2 tulis. lol. tapi rasanya penulis asal dia pun x kisah je, asalkan boleh share pengajaran dalam citer ni.

penulis asal citer ni nak reveal satu benda.. citer ini sebenaqnya ditulis hasil perkongsian naqib usrah penulis ketika tu tentang kehidupannya selepas baru berumah tangga. masa tu usrah kali kedua bersamanya, bersarapan sama kat kedai mamak AMINAH. Beliau yang dimaksudkan adalah saudara Hussaini Khairudin.

Term 'aku menyesal kawin..' itu pun keluar dari mulutnya. Lalu penulis terinspirasi untuk buat satu cerita berkaitan term tersebut.

Tidaklah 100%, contohnya bab malas gosok baju tu sifat mutlak si penulis sendiri. lol. Asif kerana selama ini tidak menzahirkan enta sebagai sumber inspirasi. :D"


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

2 comments:

Abdullah Umar said...

enta pindah kajang?

Abu Khalid said...

InsyaAllah akhi, dalam masa terdekat ni

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]