Saturday, February 13, 2010

Jun 2010




Sejarah sentiasa berulang

Seorang akh yang telah menginfaqkan dirinya dalam sebuah harakah islamiyyah. Segala amal dakwah dan tarbiyyahnya disyurakan dan ditadbirkan bagi memaksimakan penggunaan sumber setiap tentera-tentera Allah. Memastikan segala amal selari dengan marotib amal dan waqi' juga sangat penting, supaya segala amal yang dilakukan itu benar-benar qowi, memperoleh hasil yang maksima dengan pengorbanan yang minima.

Pada suatu hari yang lain, akh tersebut terdorong untuk lari dari ketetapan jemaah, untuk berpaling dari prinsip jemaah yang pada ketika itu tidak bersedia untuk menyertai pilihanraya. Bertanding sebagai individu, dan mendapat sokongan yang kuat oleh masyarakat hasil kerja dakwah yang dijalankan oleh beliau.

Dalam sebuah perjumpaan rahsia, bagi menjaga kemaslahatan persatuan yang ketika itu tidak mahu terlibat dalam pilihanraya bagi maslahat semua, apatah lagi kegagalan akh tersebut untuk berbincangkannya bersama-sama, beliau dikenakan hukuman. Hukuman yang diberikan sangat berat, iaitu akh tersebut diminta untuk menarik diri daripada persatuan tersebut. Akh tersebut akur, membawa diri dengan hati yang berat.

Keesokan harinya, Pengerusi Persatuan menziarah akh tersebut dengan membawa cenderamata-cenderamata yang banyak. Pengerusi dengan wajah yang penuh gembira mengucapkan tahniah atas kejayaan akh tersebut menjadi seorang wakil rakyat. Akh tersebut tertanya-tanya. Lantas dijawab oleh Pengerusi.

"Kau sudah lakukan suatu kesalahan sebagai ahli persatuan, tapi di luar persatuan, kau tetap saudaraku, akhi. Aku gembira melihatmu berjaya."



Pesawat bakal berlepas



Aku memandang tiket di tanganku. Tiket yang bersusah payah ku dapatkan ini. Inilah kali pertama aku menaiki pesawat baru. Pesawat yang sudah lama diidam-idamkan semua. Di tiket itu sudah tertulis masa dan tarikh penerbangan.

Bukan murah harga yang dibayar untuk tiket ini. Segala usaha dicurahkan untuk akhirnya dapat naik pesawat ini. Begitu payah dan lama masa aku bekerja mendapat secicip rezeki bagi akhirnya dapat aku berada dalam trip ini.

Ku lihat dan dengar, begitu ramai penumpang yang akan turut sama naik ke destinasi yang sama. Mereka juga adalah orang-orang yang gigih bekerja untuk membeli sekeping tiket buat diri mereka, malah jauh lebih gigih daripadaku. Ada yang aku kenal, ada yang aku belum kenal.

Pramugara-pramugara juga tidak putus-putus memberikan taklimat kepada kami setiap masa, walhal kami belum lagi naik ke dalam pesawat. Destinasi dicanang-canang. Diyakinkan tentang keselamatan sepanjang perjalanan. Jurupandu pesawat yang sudah cukup karismatik dan berpengalaman itu dijaja-jaja. Hingga akhirnya kami tidak sabar-sabar untuk naik ke pesawat tersebut.

Kami diberitahu, kami perlu memakai tali pinggang keledar di awal pelepasan pesawat. Akan berlaku gegaran-gegaran dalam 3-5 minit di awal kenaikan pesawat ke angkasa. Kami perlu bertahan dari sudut emosi, ilmu mengawal suasana dan komunikasi dengan semua.

Tiada siapa yang mampu menjamin pesawat ini mampu bertahan atau tidak sepanjang penerbangan. Lantas kami diajar cara-cara memakai pelampung keselamatan, alat bantuan oksigen, laluan pintu keselamatan dan lain-lain hal keselamatan.

Dengan penerangan yang sangat teliti ini, aku begitu yakin kami mampu melakukannya. Semua orang tampak begitu bersemangat menaiki pesawat yang lebih besar, stabil dan maju. Mungkin kerana selama ini asyik mendengar berita-berita besar mengenai pesawat ini, tapi ia tidak pernah kelihatan. Dimaju dan dipertingkatkan dalam hangar bertahun-tahun lamanya.

Hingga apabila tiket trip pertama dilepaskan (released), orang ramai beratur-atur di kaunter dan pembelian secara on-line turut sama sesak dibuatnya. Mereka semua dapat tiket mereka. Mereka memandang tiket-tiket mereka. Berkongsi pendapat mengenai pesawat mereka dan bersiap siaga menghadapi segala dugaan kelak, baik dari dalam pesawat mahupun perasaan hasad orang-orang yang tidak mampu mendapatkan sekeping tiket.

Apa yang penting, destinasi itulah matlamatnya. Semoga aku selamat sampai ke destinasi dengan selamat.



8 comments:

Abu Khalid said...

Cubaan tulisan...

nur syahid said...

thnks respon s.out ana. enta berlepas ke mn? ana igtkan enta nk tulis pasal perjalanan kita ke alam barzah pd mulanya. tp t'slh ramalan plk=)

Abu Khalid said...

Ana berlepas ke alam yang penuh baraqah,

Berlepas ke medan perjuangan...

Sangat teruja, tapi sangat penuh dengan tanggungjawab yang menanti.

Doakanlah.

S h a z w a n said...

alhamdulillah....

klulah intiusi ana btul...

alhamdulillah....

Abu Khalid said...

Wea,

Nta salah Wea... Ana tidak berminat nak mendirikan mana-mana mahligai dalam masa terdekat ni.

S h a z w a n said...

hah!

mahligai ape ?

salahkah ana mengucapkan hamdallah atas penubuhan IKRAM ?

IKRAM tu la mahligai hehe

tuantaufik said...

Wea makin rancak? Adakah tarikh yg kita tunggu-tunggu dah kunjung tiba?

Abu Khalid said...

Hehehe...

In your dream, brother

Sengaja ana quote ayat nta

:)

*p/s: Akhi yang sedang sibuk berjuang, bila nta nak buang labah-labah di blog nta? Ana takut ada kumbang2 terjerat...

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]