Tuesday, August 18, 2009

Pohon-pohon Dakwah

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya
Selamanya




Aku menulis karya ini sedang aku melihat pesatnya pertumbuhan pohon-pohon cinta. Melebarkan sayap dahannya, meluaskan ruang ranting-rantingnya yang membelah bibir langit, dengan harapan dapat menaungi dunia, dan memanjat angkasaraya.

Bukan sedikit ku lihat pohon-pohon ini yang telah berputik bunga-bunga pelbagai warna. Menghias pohon tersebut, malah seisi taman yang terpampang. Dan bukan sedikit ku lihat pohon-pohon yang menghasilkan buah, yang cantik dipandang, nyaman dimakan.

Ada juga pohon-pohonan, memang besar penampilannya, hingga segenap kampung sedar akan kewujudannya, namun sayang, hanya menghasilkan daun yang menghijau, yang bila tua, memenuhi jalan raya. Bila berpenyakit, seantero kelompok akan menderita penyakit yang sama.

Namun, yang paling kukesali ialah apabila pohon-pohon yang berbuah ini gugur buahnya. Tidak mampu dimanfaat semua buah-buahnya. Hanya menjadi makanan semut dan ulat. Dan keindahannya akhirnya dikecapi jua apabila biji buah-buah busuk itu, akhirnya bercambah dan mendirikan pohon-pohon gah baru lain yang dijanji Allah. Menyambung perjuangan pohon-pohon 'induk' dalam berbakti kepada manusia.

Dalam mengharungi perjuangan ini, segalanya menjadi sangat-sangat uncertain. Sangat unpredictable. Tidak mampu diramal dengan kejengkelan akal manusia, namun sudah pastinya kita dapat belajar daripada pengalaman-pengalaman manusia-manusia lain sebelum kita.

Dalam mengharungi perjalanan dakwah ini, segala hasilnya bergantung kepada sejauh mana hubungan kita dengan Allah. Bergantung kepada Robbaniyyah dakwah kita. Bagaimana hubungan murobbi dengan Allah? Bagaimana hubungan mutarobbi dengan Allah? Bagaimana hubungan manhaj mereka dengan Allah?

Betapa beratnya tugas ini. Setiap kali habis satu sesi dalam tarbiyyah ini, terasa sangat berat beban yang diterima. Masih mampukah tulang belikat ini menampungnya? Baruku sedar, betapa benarnya kata-kata qudama-qudama itu:

Dakwah ini bukan untuk mereka yang manja.
Mereka tidak akan pernah mampu memikul beban yang bukan calang-calang ini.

Dakwah ini bukan untuk orang yang memerlukan bantal dan air-cond untuk tidur. Dakwah ini bukan untuk mereka yang tidak boleh menggadaikan masa menonton anime mereka. Dakwah ini bukan untuk mereka yang leka dengan FB dan YM. Dakwah ini bukan untuk mereka yang tidak sanggup menahan lapar dan dahaga. Dakwah ini bukan untuk mereka yang tidak mampu mengempiskan wallet mereka. Dakwah ini bukan untuk mereka yang kedekut duit menelefon naqib mereka, malah untuk menyahut panggilan naqib mereka sekalipun! Dakwah ini bukan untuk mereka yang sibuk berpersatuan hingga lupa mengapa mereka berpersatuan pada awalnya. Dakwah ini bukan untuk mereka yang malas mengerjakan amalan-amalan sunat. Dakwah ini bukan untuk mereka yang malas membaca. Dakwah ini bukan untuk mereka yang malas BELAJAR!

Percayalah, apabila anda sudah ketahui kewajiban anda dan betapa terbatasnya masa pejuang-pejuang dakwah ini, anda tidak akan dikejar jika anda lari. Kerana pejuang-pejuang dakwah ini lebih sayangkan UMMAT berbanding ANDA yang malas dan manja. Kerana pejuang-pejuang dakwah ini lebih pentingkan pembinaan perisai ummat daripada mendidik anda yang menjadi semakin manja... Hari demi hari... Pejuang-pejuang dakwah ini mencari-cari mereka yang benar-benar tekad untuk menyelamatkan ummah.

Dakwah tidak pernah perlukan kita. Kita yang memerlukannya.
Tiada konsep All for One. One for All.
Hanya Allah matlamat kita, dan segalanya itu datangnya dari Ar-Razak.





Walaupun Usia Kita Masih Muda
Janganlah Kita Hanyut Dalam Arus Dunia

Kerana Ajal Tiada Mengenal
Tua Atau Muda Umur Dan Usia

Jikalau Kita Dipanjangkan Usia
Janganlah Hingga Lalai Dan Leka

Bersyukurlah Kita Di Atas Segala
Nikmat Nya Yang Tidak Terkira

Awas Dan Waspada, Jangan Terpedaya
Dengan Godaan Syaitan Durjana...

Hawa Nafsu Yang Kehausan
Harus Dileraikan Dengan Ketabahan

Banyakkan Ibadah, Tambah Saham Akhirat
Tingkatkan Iman, Amalkan Ihsan

Taman Syurga Melambai-Lambai
Kepada Mereka Yang Telah Berjaya

Mereka Di Sana Bersuka Ria
Di Taman Keindahan Mahligai Kebahagiaan

Jannatunnaim...
Haruman Raihan
Nikmatnya Air 'Mata Salsabil'

4 comments:

Insan Biasa said...

fuh..ayat yang hebat..macam ade amik kursus sastera je..mcm syed qutub yang berubah dari medah sastera ke medan dakwah..ikut jalan as-syahid hassan al-banna...semoga dipermudahkan segala urusan..amin..

Abu Khalid said...

Al-akh Muazzin..

Syukran Singgah
Salam Ramadhan

Ini datang dari jiwa yang meronta ni
~~~Bila hati berbicara

Harapnya akan membelai jiwa~
Seterusnya...
Menggarap amal untuk ummah!!!

Muhd Fitri said...

Salam ramadhan akh

Muga tahun ini lebih hebat berbanding yang lepas

Dan muga di kurniakan teman seperjuangan dunia akhirat

InsyaAllah
Amin

Abu Khalid said...

Akhi, waiyyaka..

Semoga tsabat dalam islam

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]