Monday, September 29, 2008

Selamat Tinggal Sayanggg...

Daripada Ka'ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hadirlah ke mimbar."




Maka kami semua pun hadir. Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, "amin" dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata "amin" dan apabila beliau naik anak tangga yang ketiga baginda berkata "amin."




Apabila beliau turun, kami telah bertanya, "Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar."




Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan.





Maka aku berkata, amin.""Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.""Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata "amin."





(Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)









*****






Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan yang paling manis pernah aku lalui. Banyak yang ku lalui dan aku tangisi. Dan banyak pula kurniaan iLahi...



Banyak azam di hati, banyak perubahan diri, dan banyak natijah ku perolehi...



Tidak mampu untuk aku mengkhabarkan semua, kerana pada tiap sesuatu, ada batasannya...



Namun penting buatku berkongsi, Ramadhan kali ini sangat berharga buatku...



Dari sudut Dakwi, Tarbawi, Baiti, Tsaqafi, Khuluqi, Qurani, dan segala macam aspek kehidupanku...



Semakin aku berfikir, semakin aku menghargainya,,,



Semakin juga aku bersedih, andai sekiranya, segala amalanku pada tahun ini sia-sia belaka...


Alangkah nostalgiknya khutbah jumaat yang lepas... Ketika itu, aku dan Khatib bukan main rancak menangis...



Betapa kami merasakan ruginya Ramadhan berlalu pergi... Apa jadi sekiranya kita tidak dapat lagi bersua pada tahun berikutnya?



Andai ditakdirkan ini Ramadhan terakhirku...



Aku masih keliru dan bingung, mengapa orang di sekitarku ketika khutbah itu, masih sanggup tidur dan berdengkur...


Apakah hati mereka tuli?

Aku mula sedar, bingkiskan tangisanku!!!


Aku ada tugas yang lebih besar yang perlu aku lakukan!!!


Hati mereka itulah TUGASanku!!!




Hadiah Buatmu Ya Akhi... UhibbukumfiLlah...



Ku nukilankan warkah ini buat ikhwah2 yang hanyut dibuai rindu, merintih mencari pelengkap diri, tulang sulbi da'wah yang dijanjikan Ilahi, lalu ku hadiahkan jua buat ikhwah2 yang menanti cinta duniawi dari Ilahi yaitu seorang isteri yang murni. Alangkah indahnya hidup ini, dakwah bertemankan cinta sang putri, halaqah bersama suri dihati, usrah tertegak di rumah sendiri dan; ukhti pendamping Islamisasi. Maka, ikhwah diburu perasaan gersang; gersang menuntut janji Ilahi, mencari sahabat duniawi dan syurgawi, setiap masa minda diseliputi rasa rindu akan sang ukhti…

Bukanlah warkah ini kutulis untuk menghina anugerah Ya Rabbi, fitrah suci nan indah, meraung rayu sang insan mencari akhawat sebagai zaujah. Bahkan wirawati itulah, menjadi sahabat sang Adam ketika bosan di syurga, menjadi penyelimut Nabi Muhammad ketika ketakutan, setelah menerima wahyu pertama dari sang Pencipta Alam, bahkan jua, menjadi pendamping Ali dalam menerajui khulafa'. Namun, dia ini jua… boleh meruntuhkan benteng da'wah jika ditimang-timang, boleh jua dia melalaikan jika dibuai-buai dalam anganan. Nauzubillah… Jauhilah kami dari azab ini ya Allah… Maka ku doa, kupohon pada Ilahi, agar ikhwah-ikhwah ku, yang bersama2 berjuang dengan ku tidak Kau lekakan dengan ni'matnya cinta duniawi, namun ni'mat itu menjadikan ikhwah-ikhwahku kuat dan lebih gagah dalam menegakkan cinta Ilahi pada alami.



Ketahuilah akhi, bukanlah cinta itu menjanjikan kekayaan semata2, apatah lagi kejelitaan yang seketika, bukan jua keturunan yang dipuja2, namun kekuatan akidah yang mantap dan teguh. Ku doakan yang terbaik untuk kita bersama…

Wallau alam…

Nukilan,
Al-Akh Abang Ashmirul
Karyawan Cilik
Usrah 0> 1

Khas buat:
Al-Akh Hussaini
Al-Akh Syazwan
Al-Akh Zaim

Hussaini:
Semoga kita kekal ditsabatkan di jalan ini... Cintailah Sang Pencipta, bukan CiptaanNya semata-mata...

Thursday, September 4, 2008

Quran Flash... Mari bertadarrus...

Ya Allah, aku melihat kemudahan itu ada di mana-mana...

Tapi mengapa masih ramai yang persia?


http://www.quranflash.com/en/quranflash.html




Aku sangat tertarik dengan flash quran ini...

Selamat Beramal!


[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]