Daripada Ka'ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hadirlah ke mimbar."
Maka kami semua pun hadir. Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, "amin" dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata "amin" dan apabila beliau naik anak tangga yang ketiga baginda berkata "amin."
Apabila beliau turun, kami telah bertanya, "Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar."
Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan.
Maka aku berkata, amin.""Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.""Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata "amin."
(Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)
*****
Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan yang paling manis pernah aku lalui. Banyak yang ku lalui dan aku tangisi. Dan banyak pula kurniaan iLahi...
Banyak azam di hati, banyak perubahan diri, dan banyak natijah ku perolehi...
Tidak mampu untuk aku mengkhabarkan semua, kerana pada tiap sesuatu, ada batasannya...
Namun penting buatku berkongsi, Ramadhan kali ini sangat berharga buatku...
Dari sudut Dakwi, Tarbawi, Baiti, Tsaqafi, Khuluqi, Qurani, dan segala macam aspek kehidupanku...
Semakin aku berfikir, semakin aku menghargainya,,,
Semakin juga aku bersedih, andai sekiranya, segala amalanku pada tahun ini sia-sia belaka...
Alangkah nostalgiknya khutbah jumaat yang lepas... Ketika itu, aku dan Khatib bukan main rancak menangis...
Betapa kami merasakan ruginya Ramadhan berlalu pergi... Apa jadi sekiranya kita tidak dapat lagi bersua pada tahun berikutnya?
Andai ditakdirkan ini Ramadhan terakhirku...
Aku masih keliru dan bingung, mengapa orang di sekitarku ketika khutbah itu, masih sanggup tidur dan berdengkur...
Apakah hati mereka tuli?
Aku mula sedar, bingkiskan tangisanku!!!
Aku ada tugas yang lebih besar yang perlu aku lakukan!!!
Hati mereka itulah TUGASanku!!!
No comments:
Post a Comment