Sunday, July 5, 2015

Buat-buat sibuk




Jangan katakan dirimu sibuk

Benar kata ISHAB, "Masa itu adalah kehidupan". Barang siapa yang melalaikan masanya, sesungguhnya dia telah melalaikan kehidupannya.

Allah telah mentakdirkan, setiap seorang daripada kita hanya dikurniakan 24 jam sahaja setiap hari. Baik Perdana Menteri, Ulama, Pengurus Syarikat, Kerani, Pemain bola sepak, Pelajar universiti, Murid tadika ataupun bayi sekalipun.

24 jam sahaja.

Pelbagai aktiviti yang kita boleh isi di dalamnya, namun pengalamanku dalam gerakan dakwah membuktikan bahawa setiap akh yang benar pasti akan menjaga masanya, dan mempersibukkan dirinya dengan pelbagai projek-projek dakwah.

Tidak cukup dengan dakwah secara peribadi, dia juga merancang amal dakwah bersama-sama ikhwah akhawat dalam rangka amal jamei. Di sana ada tanggungjawab untuk adanya amal am dengan masyarakat kejiranannya, sahabat sepejabat. Tidak cukup lagi, dirinya merasa terpanggil untuk mengamplify kesan dakwah itu ke dalam masyarakat yang lebih luas lagi melalui pelbagai medium yang ada, guna ruang hiburan, bidang penulisan, perkongsian di laman media sosial, berceloteh di radio dan stesen televisyen menggunakan kepakarannya, giat dalam perniagaan.

Dakwahnya pula bukan sekadar dakwah Touch n Go (TnG), namun disusun dalam satu manhaj yang begitu lengkap, hingga sasaran dakwah itu mampu bangkit menjadi penggerak dakwah pula. Nak follow up sasaran-sasaran dakwah itu memerlukan ketekunan dan ketilitian, memerlukan banyak dari bahagian masanya itu.

Itulah ikhwah yang aku kenal.

Kalaupun ada yang lalai kadang-kadang, ianya tidak merubah pendapatku mengenai mereka, jika mereka akh yang benar, mereka akan sibuk!

Kadang-kadang, apabila aku berinteraksi dengan ikhwah lain, berkongsikan kesibukanku, aku berasa malu kerana dalam masa aku menyampaikan kesibukanku, mereka yang mendengarkan bicaraku ternyata jauh lebih sibuk.

Tapi itulah harga untuk membangkitkan kembali ummah, kesibukan hanya sebahagian daripada elemen yang perlu ditangani oleh para pendakwah. Bersama-sama.

Jangan kita merasakan kita paling sibuk, paling banyak tugasan dan dalam masa yang sama merasakan bahawa orang lain tak seperti kita, mereka malas, mereka tidak diberikan tanggungjawab padahal siapa tahu apa tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.




Akhirnya output kesibukan yang orang tengok

Di sebalik kesemua sibuk, sibuk itu, janganlah kita lupa kesibukan itu berobjektif.

Sibuk dengan perancangan dakwah adalah untuk akhirnya lahir dakwah yang kencang di lokaliti.

Sibuk dengan usrah bukan untuk maintain usrah sahaja, tetapi untuk membina ahlinya ke medan.

Sibuk dengan kerja? Outputnya gaji? Tidak. Kepakaran yang kita ada, profession kita memberi manfaat kepada masyarakat.

Dalam banyak keadaan, kesibukan hanya pada bincang dan muhasabah tanpa membuahkan apa-apa. Pada waktu kekeliruan itu, maka tertipulah para "Amilin". Ya, mungkin di sana ada ganjaran berfikir untuk ummah.

InsyaALlah ada ganjaran buat mereka yang sibuk berfikir tentang ummah. Namun, yang lebih penting adalah kesibukan beramal untuk ummah dan sejauh mana kesan sibuknya itu.

Sejauh mana impak kesibukan itu yang paling utama, result baik atau buruk itu cerita kedua.

Busy people talk about how busy they are. Productive people let their results do the talking.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]