Wednesday, August 21, 2013

Ruginya tidak dapat berenang



Pengalaman yang tidak mungkin dapat aku lupakan ialah apabila aku figured out macamana nak buat "water bending" yang sebenarnya.

Ianya dilakukan olehku setiap hari semasa bersekolah di Maktab Melayu. Macam-macam eksperimen aku buat untuk memahami konsep sebenar berenang, dari menyelamkan kepala ke dalam baldi, bermain pasir dan yang paling penting; berendam berjam-jam di swimming pool.

Aku lakukannya berseorangan.

Penglibatanku dalam lumba renang dan polo air selepas itu mengasah kemahiranku sedikit demi sedikit menjadi lebih matang.

***

Semua ini tidak akan mampu aku lakukan tanpa minat yang mendalam terhadap air - biiznillah.

Dari kecil aku lihat abah, saudara-maraku, ikan berenang, aku cemburu melihat mereka bebas berenang di dalam air...

Aku sentiasa membayangkan diriku berenang seperti dolphin (Kemudiannya aku belajar dolphin kick, namun lebih nampak macam dugong berbanding dolphin).

Apabila sudah mahir, aku merasainya. Dunia ini tidak sesempit yang dirasakan selama ini. Ianya luas, seolah-olah suatu dimensi baru sudah terbuka dan aku berada di dalamnya.

Best, susah nak kata. Namun, akan terus difahami apabila dirasa.

Join gue jom?


~Anyway, teruja apabila membaca post Asif tentang Butterfly Stroke 

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]