Tuesday, April 23, 2013

Aku berasa cemburu





Fuh!

Aku sangat jeles melihat rakan-rakan Parti Berjasa yang begitu bergaya membaca Quran semasa menunggu proses pencalonan.

Begitu kagum dengan komitmen mereka, sangat kagum dengan disiplin mereka, sangat kagum dengan pengharapan mereka.

Kagum.

Tidak kurang juga yang baca Mathurat, yasinan dan bermunajat.

Pada hari pencalonan yang lepas, kesibukan aku menjaga bakal calon menyebabkan aku sekadar dapat curi-curi masa sahaja untuk baca Quran tru phone ku. Semuka demi semuka.

Kalau ada masa lapang semasa menunggu calon melalui proses pencalonan, masa itu akan diisi dengan muayasyah bersama ikhwah, mendengar perkongsian taujihat mereka dll.

Suatu kelainan yang aku lihat pada program sebegini ialah adanya masyarakat not-yet-muslim bersama kami. Ruang ini merupakan ruang yang terbaik, malah penerimaan mereka sangat menggalakkan.

Ok, itu semua alasan.

Aku masih jeles.



Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]