Hamasatusy Syabab wa hikmatusy Syuyukh
Kita yakin (sentiasa dalam pengharapan) tidak ada prasangka buruk antara para syabab dan syuyukh dalam kenderaan dakwah ini. Jika tidak, masakan mereka masih berada di dalamnya bersama-sama. Ukhuwwah dan tsiqoh merupakan antara pilar penting berdirinya sebuah bangunan ummah. Tanpa atifi (cinta), mustahil dakwah ini dapat berjalan, itulah hakikat dakwah yang didukung oleh Ar-Rasul.
Jemaah ini milik semua ahlinya. Semua ahli menjaga keutuhan jemaah dakwah walau dari mana ceruk/penjuru sekalipun. Ada yang bertanggungjawab menjadi muwajjih, ada yang menjadi presiden, ada yang menjadi qiyadah, ada yang menjadi pemandu kenderaan, ada yang uruskan teknikal, ada yang menjadi penyambut tetamu, semuanya ada hak dan tanggungjawab terhadap dakwah ini, terhadap jemaah dakwah ini.
Jika dalam dakwah ini, ada nya kekurangan, adanya cacat cela; Peranan semua orang tidak kira syabab atau syuyukh adalah menampungnya, menegur dengan penuh hikmah, dan merawatnya.
Kata Hassan Al-Banna (Dakwatuna):
3 perkara yang perlu kita buat:-diagnos sakit ummat-menentukan rawatan kesakitan-konsisten makan ubat
Itu juga yang perlu kita buat jika adanya masalah dalam jemaah kita.
Jangan kita pendamkan dan terus merasakan tidak mengapa jika ada salah itu dan salah ini dalam kita bergerak bersama ini. Sedarlah bahawa kebanyakan masalah BESAR datangnya dari masalah-masalah 'kecil' yang dipendamkan. (Al-Mutasaqitun, Fathi Yakan). Banteraslah semuanya dengan optimistik bahawa Allah akan menyembuhkan kita dengan kesungguhan usaha kita ini.
Sekali lagi hikmah perlu ada untuk memastikan rasa sayang akan tetap menjadi gam pelekat setiap insan dalam jemaah ini.
Jangan kita menjadi bacul, dengan tidak berbuat apa-apa tetapi apabila luka sudah menjadi kudis, kita meninggalkan jemaah ini begitu sahaja. Malah menubuhkan jemaah lain yang menghentam jemaah ini. Janganlah kita menjadi pengecut, yang apabila Allah menurunkan bala/ujian kepada kubu ini, kita meninggalkan posisi kita. Kemudian apabila kubu ini musnah, kita katakan kubu ini lemah! PADAHAL KITA YANG MENGABAIKANNYA!
Kita perlu sedar dalam jemaah ini, para syuyukh bukan sahaja pemulanya, namun mereka lah yang memberikan kesedaran tarbiyyah setiap gerak nadi kita pada hari ini. Malah hingga hari ini, para syuyukhlah yang bertanggungjawab menyalurkan fikrah, ruh, pengalaman, hamasah jihadiyyah, jiddiyyah, tadhiyah, intibad dan segala-galanya hingga ia menjadi nadi/bekal untuk kita bergerak pada hari-hari seterusnya.
Bayangkan kalau kita mengabaikan mereka? Bayangkan kalau kita buat tak tahu akan kekurangan/kelemahan yang berlaku? Lantas kita juga yang menerima impaknya.
Dakwah yang kita gerakkan ini, jika tidak mendapat bekalan yang mencukupi, akan perlahan dan terus perlahan dan akhirnya kita sendiri akan lesu dan meninggalkan jemaah dan dakwah ini (na'uzubillah).
Syabab pula mempunyai suatu misi yang sangattt besar. Merekalah kader-kader inti yang seharusnya menggerakkan tubuh ummah ini dengan semangat mereka. Dari tangan merekalah akan masuknya lebih ramai syabab lain ke dalam jemaah ini.
Ana hairan melihat jika ada ikhwah akhawat yang berada di sayap pemuda, namun terus dalam kelesuan. Masih 'praktikal'. Tidak menunjukkan ciri-ciri syabab yang sepatutnya. Apa gunanya diadakan sayap pemuda? Baik gabungkan sahaja dengan induk IKRAM!
Kesimpulannya, semua orang patut mainkan peranan dari sekarang. Tanpa merasakan diri mereka lebih tinggi dari sesiapa. Yang muda hormati yang tua, yang tua sayaaaaangg yang muda. Hakikatnya semuanya saling cinta mencintai keranaNya.
Dan hakikatnya, hidayah itu milik Allah. Diberikan kepada siapa sahaja yang Ia ingini. Tanpa menjadi milik sesiapapun. Jika kita pernah menjadi 'saluran' hidayah itu kepada orang lain, maka serahkan perihal pulangannya nanti kepada Allah. Ia tetap milik Allah.
Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang kan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya
Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi
Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi
Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan
Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi dakwah ini , jalan panjang
Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi
5 comments:
ya saya sayaaaaang yang tua juga..
Ana tak berapa faham dengan maksud enta, "masih praktikal"? Ana kagum dengan pakcik2 dan makcik2 yang begitu tidak mengenal erti penat dalam dakwah.. Sungguh cemburu!
Akh Faez:
Dan ana sayangggg nta
Ukht Anon:
'Masih praktikal': ada di kalangan kita yang masih muda, tapi sudah bersemangat dan berjiwa tua.
Golongan ini malas-malas bekerja kononnya mahu 'study smart' bukan 'study hard'. Salah faham terhadap amal muntij, hingga ia menjadi alasan untuk tidak bekerja.
Juga menyalahkan WAQI' untuk akhirnya menjadi alasan apa yang dibawa dalam dakwah kita ini tidak sesuai/praktikal dengan suasana di Malaysia. Lalu buatlah sekadar yang termampu, bukan sepenuh kemampuan.
Entahlah, ana ingin gambarkan golongan ini dengan menulis 'masih praktikal'. Entah sesuai atau tidak?
cmne.anta,tahu.anon.tu.ukht?
bkn.akh?
haa.
dh.plan.eh?
?
Ana agak-agak je ar... Nta pehal hal nak wat rusuhan kat cini? huh!
:)
Post a Comment