Tuesday, June 16, 2009

'Ainul Mardiyyah, pujaan hati

AWAS: Paparan ini mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

AWAS: Sila dahulukan akal anda sebelum emosi ketika membaca paparan ini. Selamat mencuba!~





















Ada yang bertanya, akhwat bagaimana idaman kalbu ana? Soalan ni senang sahaja untuk dijawab. Tentulah 4 sifat yang disabdakan Ar-Rasul dalam hadis riwayat bukhari (Harta, Keturunan, Kecantikan, Agama). Tapi, cukup ke semua tu?

Mana boleh ek?

Kita dah la nak tatap muka dia setiap hari.. Pagi, petang, siang, malam. Mana boleh kita amik mudah je perkara ni..

Sudah pastinya, seorang akh yang ditarbiyyah dan faham memahami kehendak masing-masing. Suka hati la kan? Pilihan di tangan kita (Asy-Syam:8-10).



Kalaulah diberi pilihan,,, ana nakkan isteri yang sangaaat cantik, secantik Puteri Diana atau Miss Universe 2008. Matanya jernih, secantik mutiara, seanggun mata Zinnirah. Dahinya licin bersih, bebas dari sebarang inflamasi, apatah lagi jerawat batu. Pipinya putih gebu, berlesung pipit. Tang tersipu, berubah merah ibarat Aisyah Humaira. Semestinya seanggun Ratu Cleopatra, menjadi buah mulut seluruh bumi agung Mesir. Lagi muda lagi bagus, paling kurang 5 tahun la lagi muda...



Kalau diberi pilihan,,, ana impikan isteri yang sangaaat kaya. Tidak kalah hartanya dek harta Ratu Balqis. Berderet pesuruh yang akan menyenangkan kehidupan ana ni. Baru boleh ana fokus dakwah ni. Takyah fikir pasal kerete, servis kereta, minyak kereta, tol, sewa rumah etc. Bila-bila masa je boleh buat jaulah, daurah etc. Boleh infaq duit banyak-banyak untuk ikhwah. Supaya makin licin dakwah kami ni. Biiznillah.



Kalau diberi pilihan,,, ana mendambakan isteri yang sangaat hebat! Seorang hafizah, fikrahnya mantap, tarbiyyahnya teliti. Kefahamannya memandu setiap gerakan dakwahnya yang tidak kenal henti. Setiap kata-katanya sarat makna, ucapannya penuh semangat, menggetarkan sekalian audien yang mendambakan tarbiyyah.



Kalau diberi pilihan,,, ana mendambakan isteri yang penuh nilai seorang suri rumah. Setiap masa tanpa kenal penat lelah menjaga anak-anak. Setiap masalah anak-anak diteliti dan segala makan minum pakai kami anak beranak dihiraukannya. Bab memasak, tak perlu beritahu laa. Segala jenis masakan dikuasainya. Dari masakan timur ala minangkabau dan padang besar, hinggalah masakan barat moscow semuanya di hujung jari insan bernama isteri ini. Dialah naqibah di rumah, mentarbiyyah anak-anak, dari segala aspek.

Banyak lagi ciri-ciri idaman yang ingin ana tulis, sekadar ingin mewakili diri menyatakan betapa besarnya cita-cita yang tertanam sejak bergelar lelaki bujang ni. Apa yang ditulis di atas sekadar menulis sedikit yang kini terfikir di benak pemikiran ana.



Ikhwah akhwat sekalian,

Sesungguh ana tahu, hanya seorang sahaja yang mampu memuaskan nafsu liar seorang lelaki, jika itulah pemandu hatinya.

Jika inilah dia garisan syarat-syaratnya... hanya seorang sahaja yang mampu memenuhinya:::


Al-Bidadari


Ya Allah, alangkahnya tertipunya aku ya Allah dengan dunia ciptaan-Mu yang fana ini!

Alangkah aku menyangka aku akan hidup selamanya di dunia ini. Menipu diri ini. Sedang kelak ia akan sirna, seperti yang lain jua.

Sungguh aku lupa yang bukan dunia ini matlamatku, sekadar jambatan ke akhirat.

Mustahil akan ku ketemu seorang insan sesempurna kerana tetaplah ia insan kerdil di sisiMU.

Yang ada hanya syurgaMu yang tak tertanggung enaknya. Betapa lazatnya setiap sungai yang mengalir, indahnya bidadari yang menghiasinya.

Layakkah aku untuk, walaupun sekadar untuk berniat memilikinya kelak? Betapa rendahnya diriku ini disisi-Mu.


"Sungguh, orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan"

"Kebun-kebun dan buah-buah anggur"

"Dan gadis-gadis montok yang sebaya"

"Dan gelas-gelas yang penuh"

"Di sana mereka tak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun dusta"

(An-Naba':31-35)



"Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan"

"Dan dia memberi balasan kepada mereka kesabarannya surga dan sutera"

Di sana mereka duduk bersandar di atas dipan, di sana mereka tidak melihat matahari dan tidak pula merasa dingin yang berlebihan"

"Dan naungannnya dekat di atas mereka dan dipermudahkan-semudahnya untuk memetiknya"

Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksanan kristal"

"Kristal yang jernih terbuat dari perak, mereka tentukan ukuran yang sesuai"

"Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur jahe"

"Sebuah mata air yang bernama Salsabil"

"Dan mereka dikelilingi oleh pemuda-pemuda yang tetap muda..."

(Al-Insan: 11-19)




7 comments:

Anonymous said...

Al Imam Ath Thabrani meriwayatkan sebuah hadits dari Ummu Salamah,

bahwa ia Radhiyallahu’Anha berkata,”Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Alloh tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli…”

Beliau menjawab,”Bidadari yang kulitnya bersih,matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar.”

Aku (ummu salamah) berkata lagi,”Jelaskan padaku ya Rasulullah, tentang firmanNya: “Laksana mutiara yang tersimpan baik…”(QS. Al Waqi’ah 23)

Beliau menjawab,” Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia…”

Aku bertanya,” Ya Rasulullah jelaskanlah kepadaku tentang firman Alloh; “ Di dalam surga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik…”(QS Ar Rahman 70)

Beliau menjawab,” Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita”.

Aku bertanya lagi,” Jelaskan padaku firman Alloh: “ Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik…”(QS As Shaffat 49)

Beliau menjawab,” Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada bagian dalam telur dan terlindung dari bagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.”

Aku bertanya lagi,” Ya Rasulullah jelaskan padaku firman Alloh ; “Penuh cinta lagi sebaya umurnya…”(QS Al Waqi’ah 37)

Beliau menjawab,” Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban.Itulah yang dijadikan Alloh tatkala mereka sudah tahu, lalu Alloh menjadikan merka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”

Aku bertanya,” Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?”

Beliau menjawab,” Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

Aku bertanya,” Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”

Beliau menjawab,”Karena Shalat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Alloh. Alloh meletakkan cahaya diwajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas.Mereka berkata,”Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami ridha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”

Aku berkata,” Ya Rasulullah, salah seorang wanita diantara kami pernah menikah dengan dua, tiga atau empat laki-laki lalu meninggal dunia.Dia masuk surga dan merekapun masuk surga. Siapakah diantara laki-laki itu yang menjadi suaminya di surga?”

Beliau menjawab,” Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu diapun memilih siapa diantara mereka yang paling baik akhlaqnya. Lalu dia berkata,”Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya…”

…Wahai Ummu Salamah, akhlaq yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat.” (HR Ath Thabrani)


ada yang terbaik buat diri tiap dari kita...pilihanNya!

Abu Khalid said...

Akhi... Syukran jiddan!!!

ibnu yazid said...

hahahaha...

p/s xtau knp gelak...

Anonymous said...

Giler la,
Nak kawin dengan bidadari

Anonymous said...

salam,

penulisan yang bagus dari kacamata seorang akh... alhamdulillah suka ana membacanya..

teruskan insyaalllah... berkongsi dan berkarya...

demi islam and dakwah...

Muhd Fitri said...

Ikhwah dan akhawatku,

Pingin sekali ku melihat kalian bahagia

Pingin sekali ku menyaksi penubuhan baitul muslim/baitul dakwah

Pingin sekali ku merasai sejuknya melihat generasi rijal-rijal hasil dari pendidikan al-quran

Berbahagialah kalian
Ku kalungkan untaian doa
Muga kalian di satukan dgn mujahid/mujahidah
Muga di berkahi dunia akhirat
Muga yg terbaik utk kalian

Akhi fillah,
Muhd Fitri

Abu Khalid said...

2Muhd Fitri>>>
Syukran akhi atas doamu, semoga kita dapat merealisasikannya.
Bukan sekadar kata! :D

2Muharrikah>>>
Jazakillah, kerana sudi melawat teratak buruk ni. Kata-kata yang lahir dari ana yang lemah ni tidaklah menggambarkan seluruh pemikiran semua ikhwah. Tapi akan ana cuba yang terbaik semampu ana. Sekali lagi syukran.

2Anon>>>
Uik. Kamu tak mahukah? Rugi tauu..

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]