Bukan main hebat penangan Euro 2008 kali ni. Kalau berpeluang buka Eurosport, tengok lah betapa tersusunnya pengaturan mereka dalam merencanakan sukan mereka itu. Namun, dalam kehebatan ianya berdegar-degar di seluruh buana ini (sehingga ada iklan berkualiti rendah menunjukkan semua orang bersetuju mewarnakan rambut kepada biru), terselit suatu agenda yang best.
Agenda yang menyebabkan semua orang begitu bersemangat. Begitu sedih. Begitu gembira. Begitu kecewa. Dan begitu marah. Lihatlah penyokong-penyokong England ketika mana England kalah di tangan Greece pada penggal yang lalu. Apa orang panggil mereka? Fanatik? Taasub?
Seluruh bandar Greece (pada ketika itu) dicemari dengan lentingan-lentingan berunsurkan kata-kata kesat. Mereka melakukan vendalisme dan mengancam kesejahteraan orang awam. Bukankah orang-orang England terdiri daripada mereka yang Gentlemen? Akhirnya kerana kenegaraan (ataupun patriotisme) mereka sanggup mengetepikan adab mereka sendiri.
Lihat juga peristiwa di Malaysia. Tahukah anda tentang PATI? Ya, Akronim bagi Pendatang Asing Tanpa Izin. Mereka ialah warganegara asing yang datang secara tidak sah ke dalam negara ini. Tidak kira datang untuk tujuan apa. Namun ,kebanyakannya datang untuk mencari sekelumit rezeki (ada ke imbuhan kata ni?) di negara kita ini (walau bagaiamana carapun; buruh, pembantu rumah, pelacur dll)
Tapi apakah layanan kita terhadap mereka (Dalam kes ni, saya orang Malaysia)?
Lihatlah bagaimana mereka ini di-dua-taraf-kan. Saya teringat lagi masa-masa kecil-kecil dulu, sewaktu saya di Gombak. Orang lebih rela berkelakuan bodoh daripada dipanggil Endon (ops), which means warga Indonesia la. Mereka menganggapnya seumpama bahasa kesat pula seiring dengan ****, ******, (hfjsnk#d3n# qw901e ;).<-- perkataan-perkataan ini disembunyikan dari pengetahuan anda semua bagi memelihara kesucian hati dan perasaan anda semua.
Sehingga sekarang, warga Indonesia tidak habis-habis dicerca dan dihina, malah bagi kerajaan kita ini buat tidak tahu jika mereka diperlakukan sebagai haiwan.
Pengalaman saya ketika mengambil orang gaji saya di Imigresen sangat mendukacitakan. Warga-warga asing yang SAH ini diletakkan (lebih tepat dimampatkan) di ruang letak kereta KLIA tanpa makanan dan tandas yang sesuai. Mereka umpama kambing-kambing dikurung dalam kandang dengan askar-askar bersenjata mengelilingi mereka. Selang 30 minit, akan ada orang-orang Bangla, Endon, dan Pakistan yang diterking dan dimaki hanya kerana bertanya tentang majikan yang belum datang ataupun ahli keluarga yang masih belum mendapatan mereka, betapa zalimnya manusia. Bukankah mereka juga manusia, manusia yang kelaparan, tiada makanan, tiada tempat tinggal malah tiada panduan di tempat asing.
Ini apa yang saya dapat lihat di depan mata, bukan lagi di belakang saya. Malah, ia berlaku di pejabat Imegresen KLIA. Tempat yang terjaga.
Persoalannya,
Tahukah kita bahawa setiap muslim itu bersaudara?
Tahukah kita bahawa umat islam kini lebih mementingkan negara dan perut mereka berbanding merisaukan permasalahan ummat yang rosak binasa.
Umat islam kini lebih senang dengan kafir-kafir zimmi di negara sendiri berbanding saudara seislam mereka yang datang ke negara ini...
Kita rasa benci sangat (sampai nak bunuh) orang-orang islam yang menceroboh negara kita dan musuh yang kita sibuk jaga kat negara sendiri ni tak habis-habis gelak sakan dan sibuk mencari kekuasaan hingga pada suatu hari nanti, kita pula boleh diPATIkan mereka.
Dan sedarkah kita?
Saat jatuhnya Zaman Khilafah pada tanggal 1 Mac 1924, pada masa itu lah, negara kita dinegarakan secara rasminya...
Selamat Bergembira... Selamat berEUFA
Sokonglah Belanda...
Sokonglah Portugal...
Sokonglah England... (walaupun tak layak ke EUFA)
Padahal kita pernah dijajah oleh mereka semua...
Padan muka kita,
Dibuli dan terus dibuli
Jadi,
Apa yang mampu kita lakukan?
No comments:
Post a Comment