Sunday, March 14, 2010
Thursday, March 4, 2010
pupus

Tuesday, February 23, 2010
Kerana kau menyintainya...

"TIDAK! APAKAH KAU TIDAK MENDENGAR KATA-KATA ILAHI? BUKANKAH MENGHAMPIRI ZINA ITU SEBUAH KETETAPAN LARANGAN YANG MENJANJIKAN AZAB YANG KERAS?"
Tuesday, February 2, 2010
Track no. 7

"Nak nombor 7, nak no 7"
..........
"Ummi, along nak pegang tangan ummi boleh?", bibirku terketar-ketar. Kata-kataku timbul tenggelam.
"Along rasa sangat pelik sangat. Along tahu ummi... Ini mimpi sahaja... Tapi ummi dah tiada di sisi Along. Along kehilangan ummi... Along rindu ummi sangat-sangat... Ummi... Along takut..."
Tapi ia tidak lama.
Dan memperingatkan aku untuk mengasihani dan memberi. Andai inilah satu-satunya masa untuk menyalurkan cinta, saat ia tidak berguna bila nyawa tiada. Bila jasad sudah terkujur, lafaz cinta kekal menjadi lafaz yang tersimpan.
Friday, November 27, 2009
Masih tersisa kah cinta?

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian.”(Ash-Shaaffaat 37: 101-108)
“Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”(Al-Ankabut 29: 2)
Sunday, November 8, 2009
Kemarau di Hati
Tuesday, October 27, 2009
Masih ku ingat...
Kini aku menangis lagi...
Jiwa yang kental ini seperti dihiris perlahan-lahan. Aku tidak tahu samada kau akan membaca warkah ini atau tidak. Tapi jika kau membacanya, aku harap kau tahu betapa rindunya aku pada dirimu. Aku mencintaimu sepenuh hatiku.
Kami sentiasa menanti-nanti kepulanganmu,
Wahai saudaraku yang amat ku cintai.
Wednesday, January 7, 2009
Surat Cinta Untuk Sahabat-sahabatku...
Ya Akhi FiLlah,
Ku nukilkan kata-kata ini kerana baru pada hari dapat aku rasakan betapa cintanya aku kepadamu. Kepada kamu yang sama-sama bercinta kerana Allah ini. Kepada ntum, ikhwah yang sanggup mengorbankan segala-galanya semata-mata ingin melihat islam kembali mekar.
Ya Akhi FiLlah,
Aku kini sedang menangis. Teresak-esak aku dalam kehangatan cinta kita. Aku akui kini aku sedang merasai kehebatannya. Betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita, yang memaksa aku menulis surat ini.
Ya Akhi FiLlah,
Teringat aku kejadian sewaktu Mukhayyam dulu. Ketika aku menyaksikan di depan mataku, akhuna tercungap-cungap dalam air terjun yang menggulung itu, suatu perasaan aneh timbul dalam benak pemikiranku. Hatiku bergetar. Atmaku resah gelisah. Gerak geriku menjadi serba salah. Aku menerpa ke arahmu mu tanpa ragu-ragu, walau tidak aku ketahui batas yang ku mampu, walau tidak aku tahu badai yang menunggu.
Namun
Ya Akhi FiLlah,
Aku gagal menyelamatkanmu. Kekurangan diriku membuatkan aku keliru. Aku melompat-lompat. Sekuatnya menolakmu ke tepian, namun arus itu jauh lebih kuat daripadaku. Pandanganku sayu melihatmu semakin hilang dalam pandanganku…
Semakin kuat aku menolak, semakin kuat kau menarikku. Aku tahu kecemasan menular dalam dirimu. Sukar untuk tenang dalam situasi itu, mustahil untuk berenang dalam tarikan itu. Aku tidak peduli semua itu, apa yang ku tahu, aku tidak ingin melihat tangisan mu kini, aku tidak ingin mendengar jeritan ini. Jeritan kesengsaraan yang membuatku sangat terhimpit.
Ya Akhi FiLlah,
Ternyata aku gagal. Gagal mempraktikkan segala kepakaranku. Pada waktu itu, aku juga terjerit-jerit meminta pertolongan. Dalam detik yang singkat itu, sempat aku berasa sangat menyesal, kerana tidak pernah mahu mempelajari seni menyelamat. Kemahiranku hanyalah untuk diriku…
Lantas aku hanya mampu menyelamatkan diriku, sedang sahabatku seorang demi seorang tenggelam, tenggelam ditekan gelombang dasyat, rakus ingin merampas saudara-saudaraku daripadaku.
Ya Akhi FiLlah,
Itulah kejadian yang mungkin hanya sendaan bagimu, tapi penyeksaan buatku, aku yang menyangka diriku sudah sempurna dalam bidang ini. Penyeksaan rasa cinta yang tidak berbelah-bagi kepadamu. Sangat takut untuk kehilanganmu…
Hingga kini masih bingit di telingaku jeritan-jeritan itu. Sungguh tidak dapat aku menahan air mata ini.
Aku tidak mampu berjauhan daripadamu.
Ya Allah,
Tolonglah ya Allah, peliharalah kami ya Allah. Jangan Kau pisahkan kami Ya Allah. Jadikan lah kami sahabat di dunia dan akhirat ya Allah…
Ya Allah,
Mampukah aku melepaskan sahabat-sahabatku ini terkorban di medanMu? Mampukah hati ini merelakan pemergiannya?
Lantas Ya Allah, jemputlah aku dahulu. Kerana aku tidak mampu melihat di depan mataku, jasad tanpa nyawa itu. Biarlah aku yang berjumpa dengan Mu dahulu ya Allah… Aku pohon padaMu Ya Allah…
Biarlah aku bersama sahabat-sahabatku yang sedang sengsara di Palestine sana Ya Allah... Aku sayu melihat mereka...
Dan aku cemburu. Cemburu kepada para mujahid Engkau yang sudah berterbangan ke syurgaMu yang telah dijanjikan. Aku Cemburu, kerana AKU CINTA. Cintakan mereka. Cintakan mereka keranaMU...
Yang sangat takut kehilangan sahabat-sahabatku,
Hussaini
Abu Khalid
22 Januari 2009
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjuki lah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbingilah kami
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan maghrifatmu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela




