Wednesday, March 11, 2015

Suci dalam debu




Jauhi maksiat, peranginya! Maksiat membutakan hati. Menggelapkan masa hadapan. Maksiat meruntuhkan binaan dakwah. Maksiat menghancurkan harapan di akhirat kelak.

Penuhi setiap hela nafas, sela masa dengan melakukan amal. Sentiasa berjuang untuk berbuat kebajikan. Amal menerangkan jiwa. Membersihkan dosa. Amal menggilap potensi, jalan kemenangan yang pasti. Amal meningkatkan kekuatan ummah, menggandakan keberhasilan dakwah. Amal jambatan ke syurga yang abadi di akhirat sana.

Antara yang haq dan yang batil, kerap kali kita keliru memilihnya.

Padahal, kita tahu al-Haq itu sentiasa menjadi idaman kalbu.

Kerap kali bisikan-bisikan datang. Akhirnya datang rasa seronok bermaksiat. Datang rasa berlengah-lengah untuk bertaubat dan rasa malas nak beramal.

Jikalau beramal pun, masih gagal meninggalkan 1 2 maksiat.

Apakah kita menyangka pejuang itu mampu berjuang dengan tahi masih di punggungnya?

Apakah kita menyangka pejuang itu akan mampu gagah selamanya dengan beban maksiat yang menyekat kemaraan dakwah yang tertahan-tahan?

Mari bersama kita bertaubat. Semoga dosa kita diampuniNya.

Semoga amal kita Allah terima.

Semoga akhirnya dakwah ini menjadi berita gembira, bukan sahaja buat mad'u kita, tetapi juga untuk diri kita sendiri.

Moga kemenangan itu lahir dari tangan-tangan kita. Tangan yang bebas maksiat ini.

Menjadi al-Akh yang benar, yang sejati.

Wallahu musta'an
Dan kepada Allah kita meminta, berharap dan bergantung.



Sumber gambar: http://images4.fanpop.com/…/The-Janitor-scrubs-17847041-102…

Tuesday, May 20, 2014

Coretan di pasir dan di batu

Dua orang sahabat karib, Ali dan Baba sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba tercetus  pertengkaran di antara mereka  berdua. Ali telah menghadiahkan  Baba satu tamparan yang hinggap di pipinya.

Baba berasa sengal di pipi dan sangat sakit di hati tetapi dia tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, Baba menulis di atas pasir : "Hari ini, sahabat baik ku telah menampar mukaku".

Kemudian mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Dalam asyik mandi dan membersihkan  diri masing-masing, Baba nyaris  tenggelam dan  lemas tetapi  berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, Ali. 

Apabila mulai sedar dari lemas dan hilang rasa trauma, Baba menulis di atas sebuah batu : "Hari ini,sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku".

Ali merasa pelik dan bertanya, ; “kenapa setelah aku menyakiti pipimu dan melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang,kenapa pula  kau menulis  di atas batu?".

Sambil tersenyum, Baba menjawab:  “ Apabila seorang sahabat menyakiti kita dan melukai hati kita,kita  harus menulisnya di atas pasir, agar angin dan ombak kemaafan datang menghembus dan menghapuskn tulisan itu. Dan apabila sesuatu  kebaikan yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu dan sematkan di hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu.”

Moral of the story, dalam kehidupan seharian  kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang kadangkala berbeza-beza. Oleh kerana itu,cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan  lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.

Ada kata- kata hikmat seorang hukamak “lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita, tetapi ingatlah  kebaikan orang kpd kita. Lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kpd orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dan keburukan yg kita lakukan kpd orang lain , untuk kita memohon maaf kpdnya dan memohon ampun kepada Allah. 

Ikhlas itu ialah kita telah melupakan segala perbuatan kebaikan yang kita lakukan. Buang Jauh- jauh tabiat mengungkit- ungkit kebaikan kepada seseorang atau amal kebajikan yang pernah kita lakukan.

Hidup ini terlalu singkat utk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain, kerana segala makhluk  akan kembali kepadaNya.

Wallahuaalam, jazakumullah khairan

K Endok
Taman Keramat

Sunday, May 11, 2014

Tarbiyah is not everything

Kita perlukan Tarbiyah. Bahkan ianya wajib. Namun jangan kita lupa, Tarbiyah bukan segala-galanya.

Tarbiyah bermatlamat. Bukannya Tarbiyah itu matlamat.

Berbeza, tidak sama.

Apabila penggerak bingung perkara asas ini, gerak kerja pengislahan akan terbantut dan amal jamaei menjadi lemah.

***

"Akhi... Bagi para dai'e yang masih baru, yang masih tercari-cari jalan membaik diri, selalunya melihat tarbiyah itu adalah matlamat. Sebab itu mereka sedaya upaya menolak perkara yang lain asalkan tarbiyah itu terjaga."


"Mindset perlu tepat.

Nak makan bukan kerana nak makan, tetapi untuk membuang rasa lapar dan mampu melakukan kerja sehari-hari."

Kalau baru join sebulan dua tu, aku masih boleh terima lagi. Tapi kalau dah 3 4 tahun bersama, nak tarbiyah sahaja memanjang, bila islam nak sampai dalam masyarakat?

Saturday, May 3, 2014

Lembu punya susu, sapi dapat nama?

Lembu punya susu, sapi dapat nama?

Ikhlaskan diri akhi! Sesungguhnya Allah melihat amalan kita.

Dapat banyak keadaan, kita tak tahu pun amal orang lain sedang kita sibuk dengan 'amalan kita yang banyak'...

Ya, malah betapa ramai orang yang beramal tapi tak share kat FB, heboh-heboh dalam halaqah dan sebarkan dalam pelbagai media yang ada.

Jom beramal dan beramal tanpa kita berkira-kira dengan ...amalan kita, dan meremehkan amal orang lain. Sebaliknya, redhalah dengan segala amalan kita dan hormati orang lain.

Jika ia dapat membuahkan lagi banyak amal, menjadi amal yang berterusan tanpa berkurang pahalanya, menjadi sunnah baik yang diwarisi, maka kongsikan tanpa berlebih-lebih dan dengan hati yang ikhlas.

Ikhlas itu di hati.

Wednesday, April 30, 2014

Firaun masih membunuh



Firaun telah memecah belahkan rakyatnya dan membunuh anak-anak lelaki serta membiarkan anak-anak perempuan.

Firaun telah menyembelih lelaki-lelaki kerana takut akan lahirnya Rijal yang bakal menumbangkannya. Ironiknya pada hari ini, lelaki-lelaki turut disembelih.

Di mana Rijal-Rijal pada hari ni?

Sistem pendidikan telah mengabaikan pendidikan mereka. Sistem sosial telah merosakkan mereka. Hiburan telah melekakan mereka. Sehinggakan sukar untuk mencari mereka di mana-mana. Sekadar menjadi barang reject dalam sistem ini.

Firaun moden masih mengekalkan kaedahnya untuk memandulkan semangat pemimpin ummah di kalangan pemuda pada hari ini. Membunuhnya dalam keadaannya tidak berubah menjadi mayat.

Kita di mana?


Saturday, April 26, 2014

Kasihan...

Kasihanilah mereka.

Siang dan malam, 24 jam, 7 hari seminggu, sepanjang tahun mereka mencari-cari dan salah kita. Soalnya mengapa?

Mengapa mereka sangat bersungguh-sungguh mencari dan mewarwarkan aib organisasi dakwah? Mengapa mereka menyerang bertubi-tubi usaha segala yang dilakukan ini?

Ada 2 kemungkinan. 

1) Organisasi ini yang sebelum ini bersama mereka, sangat difahami ruang-ruang kekurangan dan kecacatan amalnya. Mungkin juga matlamat, misi dan Visinya juga terseleweng sama sekali.

Maka jika kerana inilah sebabnya, ada 2 pilihan yang perlu dibuat oleh aktivis. Samada meneruskan usaha yang gagal dilaksanakan oleh orang yang terdahulu (termasuk golongan yang tercicir) untuk melaksanakan islah organisasi atau meninggalkan gerakan ini dan berkhidmat dalam kenderaan lain. 

2) Jauh dalam hati mereka, mereka merasakan apa yang mereka buat, dengan keluar dari gerakan itu merupakan kesalahan yang sungguh-sungguh salahnya. Maka, mereka mencuba sedaya-upaya untuk menjustifikasi segala amalan mereka untuk meraih keredhaan manusia.

Mereka gusar, jika ahli sedar hakikat sebenarnya, mereka akan lari. Tarbiyah dan perancangan organisasi mereka juga dibuat seiring dengan niat buruk ini. Akhirnya, ahli yang ditipu pada awalnya, kekal tertipu hingga ke hari ini. Apabila mereka hanya mampu melihat dari satu-satu perkara itu dari kaca mata pimpinan mereka sahaja. Ini namanya doktrinisasi.

Jika ini yang berlaku, bertaubatlah. Kalian hanya membina istana pasir yang hanya menunggu masa air pasang dan ombak bakal meratakan segala binaan itu. Ahli tidak akan selamanya tertipu. Segala fitnah itu umpama meludah ke langit. Akhirnya, muka sendiri yang basah.

***

Kita semua. Hati-hati dalam menangani pelbagai fitnah yang datang. Takut-takut segala amal yang kita buat terbatal semuanya.

Al-Haq

Al-Haq itu sukar untuk diterangkan dalam bahasa Melayu. Seringkali ianya difahami dalam rangka yang sempit.

Benar, bahasa Arab yang diadaptasi ke dalam bahasa Melayu, menyebabkan kita lebih familiar dengan bahasa Arab. Namun, seringkali ianya dipersempitkan ke dalam ruangnya sahaja.

Begitu juga apabila berbicara tentang perkataan 'wafat' dan etc. etc. etc.

Al-Haq bukan sahaja membawa maksud 'kebenaran' atau The Truth. Ia juga menerangkan bahawa ianya nyata / real. Mempunyai kedudukannya dan tidak berbelah-bagi. 

Friday, April 18, 2014

Sabar ya

Jaga pandangan

Jaga pendengaran

Jaga kata-kata

Jaga hati

Jaga kemaluan

Jaga tindak tanduk


Sabar. Berapa lama je kau hidup kat Dunia ni. Takkan tak boleh sabar?


Setakat 10 tahun?

Setakat 20 tahun?

Setakat 30 tahun?

Setakat 40 tahun?

Setakat 50 tahun?

Setakat 60 tahun?

???!


Sangat sebentar berbanding balasan yang Allah akan kurniakan (atau azabkan) di akhirat kelak


Akhirat, dunia yang kekal abadi. Infiniti. Tak terkira lamanya.


Sabar eh?


Kata-kata buat diriku.

Sunday, January 26, 2014

Salamatus Sadr

Kerap kali kita menganggap apa yang dimaksudkan dengan Salamatus Sadr (berlapang dada) itu adalah apabila kita bertoleransi di dalam hati:

"Akh tu memang macam tu, biadap, bersabarlah"

"Akh tu busuk hatinya, maafkanlah dia"

Hari ini aku diajar bahawa Salamatus Sadr itu adalah:

"...."

"...."

"...."

Dan melayan al-Akh sepertimana kita melayan orang lain juga. Tanpa sebarang sangkaan. Apatah lagi sangkaan yang telah dibina dari perspektif orang lain;

"Nta baik-baik sikit dengan dia tu. Geng satu lagi tu. Anai-anai"

***

Selemah-lemah ukhuwah adalah Salamatus Sadr dan tahap tertingginya adalah Itsar

*I-tsar bukannya It-sar

Salamatus Sadr. Selemah-lemah ukhuwah. Dan ukhuwah itu lahir dari iman, bukan paksaan.



Abu Khalid,
Aku ingin berukhuwah dengan kalian. Sudi?

Wajibat ke-14

Wajibat ke-14 Al-Akh:

Hendaklah engkau meningkatkan kemampuan membaca dan menulis. Hendaklah engkau banyak mengkaji risalah-risalah, surat-surat khabar, majalah-majalah Ikhwan (Jom! ?), dan yang sejenisnya. Hendaklah engkau berusaha memiliki perpustakaan peribadi, meskipun sekecil apapun. Bila engkau mempunyai specialisation, maka hendaklah memperdalam keilmuan dan kepakaranmu. Dan hendaklah engkau benar-benar mengenal permasalahan ummah secara umum, sehingga memiliki gambaran tentangnya dan dapat menentukan hukum ya yang sejalan dengan tuntutan-tuntutan fikrah.

ISHAB, Majmuk Rasail, 1943)




Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Thursday, January 16, 2014

Gagal

Bukan outcome yang menjadi petunjuk kegagalan, tetapi gagalnya untuk berusaha itulah kegagalan.


Yang berusaha,

Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Friday, December 27, 2013

IM dituduh lagi

Sekitar tuduhan IM jamaah irhabiah@ pengganas: kumpulan yg mendakwa jamaah ansar baitul maqdis sebenarnya adalah jamaah amnu daulah@ polis khas Mesir yg mengaku meletupkan ibu pejabat polis di Mansurah.

Raja saudi pula melarang IM menunaikan haji dan umrah. Ketika UN mengisytiharkan hizbullah sbg jamaah irhabiah, saudi tak berani laksanakan sekatan krn pengaruh iran yg kuat di saudi....

Sebelum ini akaun bank jamiah syariryyah yg membantu ribuan anak yatim telah dibekukan



Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Wednesday, December 25, 2013

Kenyataan IM Syria

Pembunuhan Dua Hala dan Kebisuan antara rejim al-Asad dan Masyarakat Antarabangsa

21 DISEMBER 2013



Sewaktu pesawat al-Asad menjatuhkan peluru-peluru, bom-bom yang bertan-tan beratnya ke atas Bandar Halab dan kampung- kampungnya ,dan ke atas seluruh pelusuk Negara kami yang terus sabar dengan kelukaan,dan kesannya hilang ratusan nyawa yang tidak bersalah, dan merobek jasad jasad anak-anak kecil yang berharga.

Pada waktu inilah para Diplomatik Barat menyampaikan risalah kepada para pembangkang Syria menjelaskan, bahawa dialog Keamanan pada bulan hadapan berkemungkinan tidak membawa kepada penarikan diri Basyar al-Asad daripada tampuk pemerintahan, dan kemungkinan puak minoriti Alawiyyah akan kekal memerintah walaupun apa terjadi.



Kerajaan Peralihan di Negara ini!

Dan waktu kematian inilah, Russia menjelaskan bahawa Barat meyakini bahawa bahaya al-Asad kurang daripada bahaya pejuang Islam di Syria.

Tiada lagi yang berhak untuk ditutup pintu-pintunya, atau dilipat keizinan-keizinannya dengan diplomasi keji yang merancang jahat, yang datang dengan terang-terangan semua dalam urusan Revolusi Syria, dan semua nafsu atau keinginan yang tidak dikenali, yang keinginan buruk terhadap rakyat Syria, dibongkarkan dan ditunjukkan di hadapan mata dan telinga dunia


Rakyat Syria akan tertanya-tanya mengenai kemampuan penyelesaian politik yang menggantikan regim al-Asad dengan peluru-peluru, bom-bom, dan senjata kimia yang menjadi kesibukan masyarakat dunia yang sibuk tahu mengenai darah dan kesakitan mereka yang tidak bersalah.

Ke mana akan berubah penyelesaian yang dicanang-canangkan? Adakah ianya suatu jalan yang akhirnya merupakan bertolak ansur daripada Revolusi mereka atau menerima pembunuh untuk memerintah mereka pada separa kurun yang akan datang?

Seperti itulah juga anak-anak al-Bab dan Hurriyatan, Ardhul Hamra, dan tanah-tanah Syria lain yang penuh dengan darah dan api, akan tertanya-tanya; bagaimana pula dengan mereka yang tidak mampu menghentikan permusuhan al-Asad dan regimnya, dan tidak mengingkari pembunuhan dan penghancuran harian ini dengan kata-kata sahaja, dan tidak mampu berdiri di hadapan kuasa veto Russia, di hadapan penghinaan yang tidak didahulukan dan tidak dilambatkan, untuk para pembangkang Syria ini menuntut ke Geneva, yang mana menjanjikan kepada mereka Suruhanjaya Peralihan Kuasa yang Berkuasa Penuh?

Telah jelas untuk semua yang bermata dan mempunyai penglihatan, yang belum dibutakan oleh kepentingan diri; bahawa masyakat antarabangsa; walaupun dengan kekuatan dan kehakiman suara-suara mereka; berlengah-lengah dengan regim penjenayah al-Asad, bermula dari mereka mengangkatnya sebagai presiden Syria dan rakyatnya, untuk dia berdiri hadapan cita-citanya yang luas dengan kebebasan, kemuliaan, gah, kemanusiaan yang penuh tanpa berkurang.




Sesungguhnya kami dalam Jamaah IM mempertanggungjawabkan masyarakat antarabangsa terutamanya Iran dan Russia sepenuhnya terhadap kebangkitan rakyat Suriyya yang menyala selama 3 tahun tanpa sebarang respon daripada salah satu mereka. Timbul dari kesedaran hati untuk menyatakan kebenaran kepada dunia atas kelengahan ini

Kami menyatakan untuk anak-anak kami yang teguh di Halab dan seluruh daerah syahid Syria, Kami tidak akan berundur atau melepaskan revolusi kami ini selamanya



Allah berkata, “Kami akan menolong utusan-utusan Kami dan orang-orang yang beriman sewaktu hidup di dunia dan pada hari berdirinya para saksi.

Hari yang tidak bermanfaat kemaafan para penzalim dan bagi mereka laknat dan seburuk-buruk tempat kembali.” Benarlah Allah yang Maha Besar.


جماعة الإخوان المسلمين في سورية
المكتب الإعلامي 21/12/2013




Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Saturday, December 21, 2013

Tiada internet

Dulu-dulu tanpa internet, kita menyaksikan dakwah itu berjalan tanpa henti.

Kini, perhubungan di dunia ini semakin mudah. Namun, adakah kita memanfaatkannya?

Jika dahulu, seorang daei itu terpaksa menempuh jalan selama 12 jam dari Terengganu ke KL atau seminggu melalui surat hanya untuk menyampaikan khabar berita. Itu semua tidak pernah menghalang al-akh daripada melaksanakan dakwahnya. Oh, teknologi telefon sudah lama ada di negara ni, aku terlupa.Tercampur aduk dengan kisah atuk aku yang pada zamannya (sekitar 1957), jambatan pun tiada di semua sungai, menyebabkan dirinya dan keretanya terpaksa menaiki bot untuk menyeberangi sungai.

Zaman dahulu, hanya telefon yang ada untuk menyampaikan khabar dan bermesyuarat. Dan, kosnya RM1.20 setiap minit. 

Kini kita boleh menggunakan whatsapp, SMS, Skype, FB, Twitter, segala jenis aplikasi untuk pelbagai keperluan dan dalam sekelip mata, dapat berhubungan dengan mana-mana sudut dunia.

Kini. Dakwah itu di hujung jari.

Saturday, November 16, 2013

Malas futur

Ada ketikanya rasa malas datang, mengundang kefuturan

Down

Rasa lesu

Rasa nak jauh dari dakwah, nak rilek-rilek

...

...

...

Tapi bila fikir balik, kalau nak futur, aku kena

1) Download balik movie-movie yang pernah didelete sebelum ini

2) Bagi alasan yang paling meyakinkan kepada Naqib agar dia dapat melupakan aku buat sementara waktu

3) Melarikan diri daripada Ikhwah walau macam mana pun mereka approach aku

4) Buat tak tahu pada anak-anak usrah... Ala, kalau aku tak contact diorang, sure diorang tak contact aku punya

5) Anggap Masul daerah tak wujud dan tak bacakan doa untuk dia setiap kali solat

6) Kebal bila ditanya oleh keluarga dan keluarga ipar berkenaan progress Dakwah dan Tarbiyah

7) Deactivate FB kerana wall penuh dengan tazkirah daripada rakan-rakan

 Tak buka email dan whatsapp kerana banyak 'agenda' dakwah di situ

...

Ya Allah, banyaknya yang aku kena buat untuk futur.

Aku terlampau malas untuk itu!

Aku terlampau malas, walaupun untuk futur...

Wahai diri, ikhlaskan diri, tabahlah, istiqamahlah, sabarlah

Sabarlah

Syurga dah dekat

Sikit je lagi jalan yang perlu diharungi sehingga bertemu Alllah

Ikhwah akhawat, gasaklah di medan ini, sehingga kau tiada ruang untuk lari darinya.

Bermalas-malaslah untuk futur.

Moga Allah memelihara diri kita ini.

Wallahua'lam


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]