Showing posts with label Serius la sikit... Come on la. Show all posts
Showing posts with label Serius la sikit... Come on la. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Hisablah dirimu





“Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah memberikan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah: “Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri”

(Surah Ali ‘Imran, 3: 165)


Saturday, June 12, 2010

Ada apa dengan 120 minit?




Apa yang anda boleh lakukan dengan 120 minit?

Menulis sekurang-kurangnya 2 pos panjang di dalam blog

Menyiapkan set sempel untuk projek master

Melaksanakan 1 halaqah mingguan dengan adik-adik

Membaca 3 juzuk al-Quran

Menghafaz 2 muka surat al-Quran

Membaca 100 muka surat buku

Menyiapkan 1 slaid pembentangan Daurah

Menyampaikan 1 sesi daurah

1 Mesyuarat yang boring

Pergi balik Seremban 2 dari Serdang

DF 3 orang baru di Surau Kolej

Borak-borak dengan 2 orang anak usrah

Menyudahkan penulisan dan pembacaan thesis yang tidak sudah-sudah

YM dengan entah berapa ramai ikhwah

Jimat 120 minit untuk bangun 120 minit lebih awal pada esok hari

Dapat sampaikan 2 bab bedah buku

Main bola di taman bersama dengan anak-anak jiran

Main teka-teki dengan anak-anak jiran yang masih bersekolah rendah

Mengemas rak buku dan rumah yang tidak pernah kemas-kemas

Dengar beberapa recording nasyid dan taujihat

Masak sendiri di rumah, tidak perlu bazir duit di kedai orang

Borak-borak pasal hal-hal dunia dengan teman serumah (1 sesi)

Spy kegiatan harian anak-anak usrah

Habis tu, kenapa perlu tengok bola?

Thursday, May 27, 2010

Marilah bertangguh-tangguh





Demi masa! Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Wednesday, March 24, 2010

BOIKOT! BOIKOT! BOIKOT!







JIKA ANDA TIDAK MAMPU MEMBANTU SAUDARA ANDA YANG SEDANG BERJIHAD, JANGAN HULURKAN BANTUAN KEPADA MUSUH-MUSUH (plural) YANG JAHAT!!!

JIKA ANDA BOIKOT, ANDA TIDAK MATI
JIKA ANDA TIDAK BOIKOT, SAUDARA ANDA AKAN MATI.

SESIAPA YANG MENINGGALKAN SESUATU KERANA ALLAH, ALLAH GANTIKANNYA DENGAN SESUATU YANG LEBIH BAIK DARIPADA ITU.




Ihsan: Ustazah Maznah Daud (Ibu kepada Dr. Atiq dan Al-Ustaz Abdur Rahman)


~~*~~


Kepada semua, jangan lupa untuk boikot arak (Carlsberg etc.) dan boikot rokok (Sila fikir sendiri contoh dengan menggunakan IQ yang tersedia) yang haram (neraka?). Sebelum kita diboikot di akhirat sana.




Thursday, February 25, 2010

Angkara tangan-tangan manusia


Aku pernah menjadi seanggun Proton Hybrid










Aku sebuah himar dakwah

Tanggal XX, bulan XX pada tahun XX merupakan tarikh yang amat bermakna buatku. Pada hari yang penuh sejarah inilah, seluruh kompenenku disatukan di sebuah kilang yang sangat terkenal di Shah Alam, dan aku lahir pada tarikh keramat itu.

Kewujudan aku ke dunia ini membawa 1001 erti. Aku dimaklumkan oleh rakan-rakanku yang turut sama diatur dan dijemur di bawah terik matahari 30 darjah Celcius setiap hari itu, bahawa jasad kami sudah dimiliki. Kami sudah ditempah sebelum dicantum pasang, dan bakal diserahkan dan dihak milikkan tidak berapa lama lagi.

Aku tidak sabar-sabar ingin mendedikasikan hidupku, kepada pemilikku yang telah memberikan penghidupan kepadaku. Hari demi hari, petugas Proton mencuba pandu aku, dan tubuhku diperiksa bagi menjamin kepuasan pemilikku kelak. Sungguh tidak sabar aku melihat senyuman terukir di bibir keluarga yang bakal menjagaku itu.


...


Hari ini aku dipandu ke atas sebuah trak Scania yang sangat besar, aku berasa begitu teruja. Inilah kali pertama aku menaiki sebuah trak. Dalam masa yang sama, aku berasa keliru, kenapa perlu aku sebagai sebuah kenderaan, menaiki kenderaan. Namun, aku diingatkkan oleh sahabatku, yang sedang menahan aku di belakang, bahawa cakap banyak pun tak guna. Ikut dan dengar dan buat sahaja, kerana itu aku diciptakan manusia. Sebagai sebuah 'mesin', aku tidak patut banyak soal dan memberontak. Aku pun akur.

Cuaca begitu indah pada hari itu, dan perjalanku ke selatan Perak terasa begitu sebentar. Dalam perjalanan yang indah itu, aku melihat tar-tar jalan yang begitu cantik dan mengiyurkan. Inilah dia jalan-jalan yang bakal aku lalui. Ia tidaklah seteruk yang digambarkan oleh sahabat-sahabatku yang lain sebelum ini.

Sampai di Ipoh, aku dimandikan sekali lagi sementara menunggu pemilikku. Pembasuh kereta itu sangat teliti dan cermat membasuh setiap inci badanku. Aku berasa sangat bersedia menerima sentuhan pemilikku. Aku sudah tidak sabar-sabar!!!

Oh... Itulah dia... Wow segaknya dia... Di sebelahnya ada seorang gadis yang begitu gedik membelit lehernya... Tapi aku tidak peduli. Aku boleh melihat kunci diserahkan kepada pemilikku itu. Dan dia sedang berjalan menuju ke arahku, sambil diiringi oleh pengurus kedai dan gadis gedik tadi... Untuk kali pertama, aku bersuara untuknya ::: Tik Tot!


...

...

...

(10 tahun sudah berlalu)

Aku masih di kedai kereta-kereta terpakai. Badanku masih segak, dan tubuh dalamanku masih bergetah lagi. Aku hairan kenapa Mr. T menjual aku. Kata orang, kereta jarang digunakan lebih 5 tahun. Tetapi sepanjang pengamatanku, Mr. T sangat menyanyangi aku. Setiap bulan aku diservis dan aku sendiri tidak pernah buat hal. Ini pasti disebabkan oleh Zulaikha, isterinya yang gedik itu! Tidak sudah-sudah dimintanya kereta Mercedes Benz, kuat sungguh nafsu dunianya.

Aku tahu Mr. T sangat menyanyangi aku, tapi angkara perempuan durjana tu, sudah 6 tahun aku terdampar di sini. Cis.

Aku sedang menghitung hari. Pemilik kedai terpakai ini pun sudah berkali-kali menukar label hargaku. Aku juga sudah berkali-kali menghembuskan nafas kecewa, setiap kali labelku ditukar. Sabarlah wahai diri, pasti ada hikmahnya segala sesuatu ini. Itulah antara kata-kata yang aku baca di bahu-bahu jalan. Dan ingatlah orang yang tersayang; Oh Mr. T, aku sangat mengingatimu. Dan ingatlah dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang; ok, aku sudah kembali beriman.

Hari ini ada seorang lelaki membeliku dengan nilaian tunai. Aku sungguh berdebar-debar. Kacakkah dia? Berhemah kah pemanduaan? Adakah aku akan digunakan sebagai kenderaan perompak? Atau pernikahanan ini merupakan suatu pernikahan yang diharamkan kerana bertujuan menyakiti pasangan?

Aku mengikhlaskan niatku dan bergerak mengikut kapasiti yang diberikan. Minyakku tidak pernah dibiarkan kering. Cukup jarak yang ditetapkan, minyak hitamku dan alatan-alatan lain kereta ku ditukar. Aku terasa sangat bahagia. Radio dalamanku juga tidak sudah diislahkan kini. Jika dulu aku asyik mengalunkan musik-musik instrumen Barat dan kadang-kadang permainan unik Kitaro, kini tidak sudah-sudah Al-Quran didendangkan. Apabila mendengar radio, hanya Radio IKIM dan saluran berita BERNAMA menjadi pilihan. Tiada musik-musik sumbang menghiasi batinku.

Cuma kadang-kadang, aku tidak pasti salah siapa, tetapi kadang-kadang IKIM terlanjur memutarkan suara aurat Dato Siti Nurhaliza. Dan tidak jarang-jarang juga lagu-lagu jiwang bertuhankan perempuan tetapi bertopengkan nasyid dilagukan. Aku pasti, IKIM tidak sengaja, mungkin DJ bertugas tersilap pasang MP3 peribadi mereka. Al-Maklum, Radio islam pastinya akan mendakwahkan manusia kepada Allah, bukan selainnya. Juga mengikut syariat islam.

Ya, aku sudah terasa amat seronok sekarang. Terasa bahawa, inilah hidup yang aku cari-cari selama ini! Inilah kehidupan yang aku tunggu-tunggu semenjak penciptaanku lagi, untuk menginfakkan diriku sepenuhnya untuk islam!

Setiap hari aku dibawa oleh lelaki tersebut ke seluruh buana ini. Ke seluruh negeri Perak, dan kadang-kadang hingga ke Kuala Lumpur. Di dalam perjalan itu, mulut lelaki tersebut tidak putus-putus mengikhlaskan niatnya, zikir tiada henti. Di kala lain, sambil memandu, mulutnya bercakap seorang diri, berlatih menyampaikan apa yang akan disampaikannya kelak.

Namun, hayat indahku yang penuh dengan perjalanan yang bermakna ini tidak lama. Lelaki itu benar-benar tekad untuk melihat kemenangan islam suatu hari nanti. Dengan penuh tekad, pada suatu hari, dia pergi ke Kuala Lumpur dan menyerahkan kunci kereta kepada lelaki yang lain dengan katanya:

"Akhi, manfaatkanlah sepenuhnya kereta ini untuk dakwah islam"

Aku rasa sangggaaaat gembira. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku apabila permintaanku tertunai. Aku kini bergelar himar dakwah (Keldai Dakwah). Inilah yang dicita-citakan oleh aku selama ini, untuk diinfaqkan, dan dileburkan untuk kebajikan ummah. Kerana aku sedar, bahawa ummah ini dalam keperitan, terutamanya ummah kereta, apabila dipandu oleh tangan-tangan manusia yang kufur yang telah lupa tentang diri mereka sendiri. Satu demi satu rakan-rakanku mati di jalan raya angkara mereka.

Ada beberapa gelaran diberikan kepada ku, ada yang menggelarku Kenderaan Dakwah, KD dan nama-nama tokoh-tokoh lain yang membuatkan aku kadang-kadang geli hati. Tapi aku tak kesah itu semua, yang penting aku dapat berbakti untuk islam.

Bermulalah pengembaraanku. Siang dan malam aku bekerja selepas itu. Tanpa henti. Subuhnya ke KLIA, kemudian LCCT, siangnya berkejar-kejaran menghantar buku di sini sana. Dan malamnya aku ke seluruh lembah Kelang. Kunciku penuh dengan bakteria bertukar-tukar tangan. Masa rehatku sudah tamat. Jikalau berehatpun, adalah untuk menunggu Dewan Bandaraya menyelitkan saman-saman mereka di balik cermin depanku itu.

Kadang-kadang tangan-tangan perempuan yang memanduku. Yang cermat ada, yang tidak cermat tidak ku kira. Dan kadang-kadang tangan-tangan lelaki yang mengenggam stereng dan kotak gearku. Ada yang peduli kehadiran lubang di jalan raya, namun ada yang menganggap lubang itu penting untuk membetul alignment kereta yang sudah lari sepenuhnya. Yang lain-lain lebih rela mengucapkan takbir (Allahuakbar!!!) untuk menunjukkan dirinya bertakwa setiap kali lubang di jalan raya dijamah.

Seorang demi seorang penumpang turun dan naik umpama bas mini awam. Kadang-kadang seorang yang menjadi beban, dan tidak kurang ada yang cuba muat hingga betul-betul tak muat, barulah dihentikan cubaan menambah bebanku ini.

Bila minyak hampir kosong, aku akan menyalakan lampu seperti biasa. Tapi malangnya, aku tidak mampu beritahu mereka bahawa tayarku kurang angin, atau minyak hitamku sudah kering, atau aku dah lama tak berbasuh, atau aku kemek di hadapan, atau air wiper sudah kering, atau wiper sendiri sudah kering dan bakal mencalarkan cermin, atau catku sedikit tertanggal dan bila-bila masa akan berkarat, atau macam-macam lagi ciri-ciri kereta tidak sempurna yang tidak mampu aku zahirkan, kecuali menerusi penulisan rambang di dalam blog ini.

Aku tak peduli itu semua. Inilah parut-parut yang aku ada, yang akan aku tunjukkan kepada Allah kelak, bahawa aku sudah berkhidmat untuk agamu. Biarlah mereka mampu mengislah aku sebenarnya, tapi aku tahu mereka terlalu sibuk untuk menservisku.

Tabungan untuk menservisku sendiri pun sudah penuh hinggakan mampu membeli kereta baru. Maka biarlah aku mati dalam keadaan aku berbakti sebegini. Aku lebih rela berakhir riwayatku, walau dapat hodoh rupa tapi amal berjela-jela.



"Sesiapa yang mencontohkan perbuatan yang baik, akan mendapat pahala dan pahala orang yang mengikutinya, sehingga hari Qiamat"


(1227 patah perkataan sahaja) #Disemak


~~*~~


Cerita ini adalah sebuah dongeng rekaan. Tidak ada kena mengena dengan kereta apa sekalipun (gambar adalah hiasan yang tidak menghias) juga tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang masih mati.

Tetapi suka dimaklumkan, cerita ini adalah nukilan penuh penulis. Jika ada yang berminat ingin memotong cetak mana-mana karya penulis yang hina ini, segeralah berbuat demikian, tidak perlu minta izin dan tidak perlu sertakan nama atau link penulis. Ikhlaskan diri anda. Dan jangan lupa baca basmalah (bagi yang beriman).


Wednesday, February 10, 2010

Jangan



Jangan... ... ...

Jangan bercakap ingin menyatukan ummat islam, jika diri masih malas solat berjemaah di masjid. Jangan bercakap ingin membangunkan ummah, jika diri masih liat nak bangun subuh. Jangan bercakap bercakap ingin mengeluarkan ummah dari kegelapan, andai diri masih dibelenggu karat-karat jahiliyyah.


Jangan bercakap bercakap ingin melahirkan generasi al-quran, andai mulut masih berat membacakannya, dan andai masih belum ada al-quran di dada. Jangan bercakap soal dakwah dan tarbiyyah, jika malas mendengar ceramah dan membaca buku-buku tarbiyyah. Jangan mimpi nak bawa usrah, jika masih malas bangun qiamullail. Jangan bersembang soal generasi robbani, jika mutabaah amal tidak dijaga.


Jangan bercakap bercakap ingin mentarbiyyah orang lain, jika usrah sendiri pun masih ponteng lagi. Jangan bercakap bercakap ingin memberikan pencerahan ilmu kepada ummah dan anak buah, andai diri masih lompong dalam program-program tarbiyyah sendiri. Jangan mengharapkan ketaatan mutarobbi, andai kita masih pandang tak pandang murobbi kita.


Jangan mengharapkan melahirkan anak-anak dan mad'u-mad'u yang beriman, seandainya diri sendiri masih jauh daripadaNya.

Jangan mengharapkan anak usrah nak serius bekerja, kalau kita sendiri tidak begitu.




Sunday, January 10, 2010

Buat mereka yang benar-benar SERIUS!!!



Mustafa Masyhur
1. Fiqh Dakwah Jilid 1
2. Fiqh Dakwah Jilid 2


Syed Qutb
1. Inilah Islam (Hazaddeen)
2. Masa depan untuk Islam (Mustaqbalu hazaddeen)
3. Hari Esok untuk Islam
4. Masyarakat Islam
5. Di bawah panji-panji Islam
6. Beberapa studi tentang Islam (Dirasatul islamiyyah)
7. Petunjuk di sepanjang Jalan (Ma'alim fit toriq)
8. Tafsir di bawah bayang-bayang al-Quran (Fi zilalil quran) - Juzuk 25,26,27, 28, 29, 30.


Hassan Al-Banna
1. Himpunan Risalah Al-Banna

~Antara semalam dan Hari ini
~Dakwatuna
~Kepada Para Pemuda
~Bingkisan Jihad
~Muktamar Khamis
~Risalah Ta'lim

2. Memoar Hasan Al-Banna (Mudzakkiratud Dakwah wad Daiyah)



Muhammad Ahmad Ar-Rasyid
1. Langkah Bermula (Muntalaq)
2. Hambatan-hambatan Dakwah (Awaiq)
3. Pelembut Hati (Raqaiq)
4. Life Making (Sinaatul Hayah)
5. Khittah Dakwah (Al-Masaar)
6. Bencana Fitnah (Fadaeh Fitan)


Muhammad Al-Ghazali
1.Pilar-pilar kebangkitan Ummah


Hasan Hudaibi
1. Pendakwah, bukan penghukum (Daei wa la qudo')


Jum'ah Amin Abdul Aziz
1. Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun Jilid 1
2. Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun Jilid 2 (Bacaan tambahan untuk benar-benar memahami WAQI)
3. Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun Jilid 3 (Bacaan tambahan untuk benar-benar memahami impak dakwah ikhwan dalam masa 10 TAHUN!!!)


Ab'ul 'Ala Al-Maududi
1. Proses Revolusi Islam (Versi Indonesia dan Yayasan Terengganu)
2. Proses Pembinaan Negara Islam (Versi Pustaka Salam)


Lajnah Ikhwan
1. Prinsip-prinsip gerak Al-Ikhwan Al-Muslimun


Taufik Yusuf Waei
1. Gerakan-gerakan Islah (Buku Pink)



Barang siapa yang membunuh masanya, sesungguhnya sama saja dengan membunuh dirinya sendiri, kerana waktu adalah kehidupan itu sendiri. (ISHAB, 1938)


Hanya syahid menjadi rehat kita. Antara amal dan kata-kata ada suatu jurang yang besar.

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]