Dua orang sahabat karib, Ali dan Baba sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. Ali telah menghadiahkan Baba satu tamparan yang hinggap di pipinya.
Baba berasa sengal di pipi dan sangat sakit di hati tetapi dia tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, Baba menulis di atas pasir : "Hari ini, sahabat baik ku telah menampar mukaku".
Kemudian mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam asyik mandi dan membersihkan diri masing-masing, Baba nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, Ali.
Apabila mulai sedar dari lemas dan hilang rasa trauma, Baba menulis di atas sebuah batu : "Hari ini,sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku".
Ali merasa pelik dan bertanya, ; “kenapa setelah aku menyakiti pipimu dan melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang,kenapa pula kau menulis di atas batu?".
Sambil tersenyum, Baba menjawab: “ Apabila seorang sahabat menyakiti kita dan melukai hati kita,kita harus menulisnya di atas pasir, agar angin dan ombak kemaafan datang menghembus dan menghapuskn tulisan itu. Dan apabila sesuatu kebaikan yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu dan sematkan di hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu.”
Moral of the story, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang kadangkala berbeza-beza. Oleh kerana itu,cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.
Ada kata- kata hikmat seorang hukamak “lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita, tetapi ingatlah kebaikan orang kpd kita. Lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kpd orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dan keburukan yg kita lakukan kpd orang lain , untuk kita memohon maaf kpdnya dan memohon ampun kepada Allah.
Ikhlas itu ialah kita telah melupakan segala perbuatan kebaikan yang kita lakukan. Buang Jauh- jauh tabiat mengungkit- ungkit kebaikan kepada seseorang atau amal kebajikan yang pernah kita lakukan.
Hidup ini terlalu singkat utk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain, kerana segala makhluk akan kembali kepadaNya.
Wallahuaalam, jazakumullah khairan
K Endok
Taman Keramat
1 comment:
best baca ceritak anda... hilangkan tension...terimakasih boleh saya copy tak cerita ni..
jemput ke blog saya..
Post a Comment