Saturday, October 5, 2013

Mengimbangkan medium dakwah

Kalau nak guna medium untuk dakwah tu, memang sangat banyak la... Sangat banyak hingga kalau nak gunakan semuanya memang tak mampu.

Nasyid
Soundcloud
Vlog
Blog
Terbit buku
Terbit majalah
Terbit surat khabar
Website
Page FB 1
Page FB 2
Page FB 3
Page FB 4
Page FB .... Semuanya ada Interest yang pelbagai
Page FB Peribadi
Instagram
Twitter


Banyak dan banyak lagi...

Pada 5 Oktober 2013 ni, zaman sudah berubah, penggunaan medium juga perlu dilihat kembali...

Apa-apa sahaja medium yang dipakai perlu fokus untuk capai objektif dari sudut kualiti dan kuantiti.

Kualiti -> Sejauh mana medium yang digunakan itu berkesan mencapai ahdaf khusus

Kuantiti -> Sejauh mana tersebarnya dakwah melalui dakwah itu

Kadang-kadang kita fikir ahdaf untuk menjadikannya sangat berkualiti, tetapi malangnya tiada orang yang membacanya

Ada pula dakwah yang meluas tapi tiada kesan

Hebat macamana pun satu-satu strategi dakwah di alam maya ini, namun gagal untuk peroleh kualiti dan kuantiti maka ia tidak akan dapat dilaksanakan hingga ke akhirnya.

Perkara ni yang aku perlu lihat semula juga. Dulu buat blog ni untuk target penggerak dakwah.

Semoga masih ada penggerak dakwah yang sudi membaca dan menulis, memanfaatkan medium yang ada ini.


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]