Thursday, July 25, 2013

Kita memandang bulan yang sama




Sahabat, sungguh aku merinduimu.

Jika kau pandang ke langit pada malam ini. Dan kau lihat sinaran bulan purnama itu, ketahuilah, kita memandang bulan yang sama.

Kau ingatlah aku.

Kau titipkanlah aku dalam doamu.

Kau bayangkanlah wajah ceriaku.

Semoga suatu hari nanti, kita bisa bertemu. Dan kita berada dalam taman itu, sehingga penghabisan waktu... Selama-lamanya.


***

Sahabat, sungguh aku merinduimu.

Jika hari ini kau bahagia dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah, tidak kira di celahan bumi mana kau berada... Ketahuilah aku juga dalam bulan yang sama.

Maka jika kau bergembira berbuka, jika kau iktikaf dengan penuh kesyukuran, kau doakanlah aku.

Semoga aku juga dapat merasai indahnya berada dalam bulan yang penuh kebahagiaan ini. Seolah-olah suatu hari nanti, kegembiraan ini juga yang akan menerpa kita. Ditambah dengan nikmat yang tidak dapat digambarkan. Ditambah dengan kenikmatan memandang wajah Rabbul Jalil yang indah, cantik, menawan,... ,... ,....


***

Sahabat, aku mencintaimu.

Kau di sana penuh dengan penderitaan. Aku mendengar khabarmu saban hari tidak pernah reda.

Aku ingin berkongsi deritamu agar aku memahamimu.

Aku ingin merasainya agar aku tidak lalai terlena.

Aku ingin membantumu dengan seluruh kuderat, kekuatanku.

Jangan kau rasa kau seorang wahai saudaraku.

Jangan kau rasa deritamu berpanjangan wahai saudaraku.

Percayalah, janji ALlah itu pasti. Al-Haq akan tetap menang.

Hatimu akan kekal tabah, bahagia dengan rabb yang mengisinya.

Kau bergembiralah wahai sahabatku, tidak kira apa sahaja mehnah yang kau temui.

Kau bersabarlah.

Tenangkan hatimu.

Kita sama-sama berdoa agar penderitaan ini berhenti dengan segera.

Kita sama-sama usaha agar kau dapat keluar dari kemelut angkara puak syaitoni itu.

Kita sama-sama bermimpi agar dapat bertemu suatu hari nanti.

Agar kita dapat bercinta lagi.


Sahabatmu,
Abu Khalid

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]