Saturday, September 3, 2022

TOPS: Prof Dr Abdul Fatah El Awaisi


Tokoh perjuangan Palestin yang aku tunggu-tunggu nak jumpa semenjak 2013: Prof Dr Abdul Fatah El Awaisi.

.

Pada waktu tu, aku bekerja di sebuah NGO Palestin.

.

Beberapa penulisan yang membuka mata aku karangan Dr Hafidzi, Dr Maszlee, Dr Azzam Tamimi, Dr Mohsen Saleh dan Prof Dr Abdul Fatah El Awaisi. Ni tokoh tokoh yang banyak aku rujuk tulisan dan ceramah mereka. Mudah difahami lagi segar.

.

Aku bertuah kerana berpeluang berdiskusi dengan tokoh-tokoh di atas. Namun, tokoh seorang ni aku jumpa online je lah sebelum ni.

.

Dari beliau, aku belajar berkenaan “IslamicJerusalem”, suatu naratif yang menarik berkenaan betapa strategiknya Palestin dalam peta umat islam. 

.

Naratif beliau ini menyanggah naratif Zionis Israel (boleh baca buku Daniel Gordis) yang menyatakan bahawa Palestin ini merupakan kawasan terbiar tanpa apa apa kepentingan di mata umat islam; bagi je la tanah ini kepada pelarian Yahudi. Gitu.

.

Hari ni Palestine Centre of Excellence - PACE anjurkan training bersama beliau, kebetulan beliau dalam jelajah di Indonesia & Malaysia.

.

Semoga dapat menambahkan kefahaman aku tentang konflik panjang ummah ini.

.

Setiap daripada kita ada peranan yang kita boleh mainkan untuk pembebasan bumi Palestin. Agar mereka dapat kecapi nikmat merdeka.

.



#palestinecoffeetalk #pace #aqsasyarif #intifadah #lifelearning



Tuesday, August 23, 2022

Koruptor masuk penjara

 Ya Allah, gembiranya.

.

Wujudnya keadilan di atas muka bumi ini.

.

Moga Allah pelihara Malaysia dari korupsi, oppresi dan obsesi.

.

Oi si badut, kita semua penghasut.

Monday, March 21, 2022

Ukhuwwah semudah mengopi

 


Kadang-kadang, aku rasa, persoalan dan permasalahan dalam mana-mana organisasi pun, boleh terlerai dengan mengopi.

.

Apabila menguruskan secara top bottom, lagi-lagi organisasi besar, banyak sudut sudut kecil manusiawi gagal difahami. Dalam beberapa keadaan tertentu, sudut sudut kecil manusiawi ini ada yang sengaja diabaikan bagi mencapai hasrat yang lebih besar.

.

Dengan mengopi, semua kita duduk di meja yang sama, membuang topi yang ada, bercakap dengan laras bahasa yang sama tanpa garis panduan dan sesekali berbincang di luar garis masa.

.

Waktu itu, kita menjadi lebih manusiawi. 

.

Bukan kah kita sebenarnya sama sahaja? Yang menjadikan kita berbeza adalah kepakaran dan pengetahuan dalam bidang tertentu.

.

Isu taqwa, hanya Allah yang dapat menghakimi kehebatan taqwa seseorang.

.

Memetik kata-kata dua pemimpin gerakan dakwah, yang diucapkan pada 20/3/2022:

.

“Perbezaan yang ada pada kita adalah sesuatu yang menyatukan, bukan memecahbelahkan”

.

“Yang kita ingin appoint pada posisi tertentu ini adalah the right person, bukanlah the best person. Jika bercakap tentang the best person, setiap daripada kita ada kekuatan masing-masing yang tak dapat dibandingkan apple to apple.”

.

Aku berharap agar sesi mengopi dapat sentiasa diadakan untuk merealisasikan ukhuwah teras kegemilangan. Bukan untuk troubleshoot sahaja.

.

Ukhuwah itu ada apabila kita menjadi manusia.


Tuesday, March 15, 2022

Perjumpaan yang menghidupkan hamasah



YB Saari Sungib a.k.a. Abu Urwah, merupakan insan yang aku kenali melalui ayahku semenjak tahun 1991 lagi. Buku-buku beliau aku baca sedari zaman sekolah kerana kata arwah ibuku, di dalam fikrahnya (pemikirannya) itu ada kunci untuk membentuk sebuah peradaban.

.

Bila aku di zaman universiti (2005), Abu Urwah antara orang yang memberi galakan kepadaku untuk turun ke jalan raya, membuat perubahan-perubahan massa. Beliau antara tokoh yang membentuk polar pemikiranku untuk memanfaatkan waktu muda dengan membaca dan menyampaikan risalah. Ada banyak lagi individu yang influence aku, antaranya Abu Urwah. Tokoh lain, aku mungkin share di waktu lain.

.

Masa tu, aku ingat lagi, aku pusing satu Malaysia untuk menimba ilmu, mencari identiti diri. (Literally satu Malaysia, kecuali Perlis)

.

Orang lain sibuk nak capai four flat, aku sibuk nak beraktivisme.

.

Aku boleh kata, bila aku graduate dulu, aku rasa puas sangat sebab dapat segulung ijazah dan aku jumpa matlamat hidup aku.

.

Matlamat hidup…

.

Hidup untuk mencari kebenaran dan setia dengan kebenaran yang dipercayai. Aku rasa aku nak hidup macam ni, bukan berada di bawah bayang-bayang sesiapa, hidup merdeka sebagai hamba Allah taala.

.

Pendek cerita, selama hampir 15 tahun ni, aku hidup lah dalam masyarakat seperti orang lain. Tapi dari masa ke masa sentiasa berusaha mencari kebenaran dan kemudiaannya bina legasi sendiri.

.

Antara perkara yang banyak membentuk cara fikir aku dengan laju ini adalah apabila aku join ARBA.

.

Serious, bila berada bersama orang hebat kita jadi sentiasa tak puas hati, sentiasa nak grow diri pada setiap masa. Dari kawan-kawan di ARBA aku belajar, akhirnya nak tak nak kita kena membina sesuatu yang memberi impak sosial dan impak ekonomi, kerana ia merupakan jantung yang akan menggerakkan masyarakat.

.

Aku gembira kerana sepanjang hidup ini, aku sentiasa ada ruang untuk belajar perkara baharu dari ramai orang di sekeliling aku. Bila belajar perkara baru, ruang execution bertambah luas dan manfaat lebih ramai yang dapat.

.

Ceri kebenaran, setia dengan kebenaran, laksanakan agar memberi manfaat.

.

Ada lah beberapa peristiwa dalam hidup ku ini, aku menongkah arus dan tanpa segan tanpa takut mengatakan apa yang aku percaya sebagai kebenaran.

.

Hari ini, aku mendapat mesej bahawa ada seseorang berhasrat nak berjumpa dengan beberapa pemuda-pemuda berani. Abu Urwah orangnya.

.

Abu Urwah request untuk jumpa kami.

.

Dari seorang yang revolutionary, kami belajar bagaimana nak buat revolusi.

Wednesday, June 22, 2016

Jangan lupa check mileage kereta anda



Aku bukanlah mahir sangat bab-bab jaga kereta ni

Apabila mengetahui ayah kepada seorang sahabatku itu merupakan penjual kereta terpakai, aku terdorong untuk tahu apa tips untuk menjaga kereta.

"Senang je akhi, nta jangan miss walau satu km pun servis!" 
"Satu kilometer pun tak boleh?" 
"Ya, techinical wise mereka dah kaji, minyak hitam dan accessories lain hanya akan tahan sampai tempoh / jarak yang ditetapkan itu sahaja. Kalau boleh servis beberapa puluh kilometer sebelum yang tertera tu" 
"Oh, effect ya bab servis ya ya" 
"Ya akhi, itu aja. Jaga servis semuanya setel, kereta tahan lama insyaAllah"

Aku ingatkan aku dah habis ambil berat bab servis kereta ni.

Rupa-rupanya perkara kecil itu jika dijaga secara berterusan dapat memberikan kesan berpanjangan. Aku muhasabah diriku sehari-hari.

Dalam setiap hari yang ku lalui, melalui tarbiyah ini, aku memahami diri telah dirutinkan dengan pelbagai "amal-amal kecil"

  • Melazimi wazifah pada waktu pagi dan petang
  • Mengerjakan solat berjemaah di masjid pada setiap waktu
  • Mengerjakan solat sunat rawatib pada sesinya
  • Tadarus paling kurang sejuzuk sehari
  • Bacaan doa pada setiap amalan

Rupa-rupanya banyak perkara kecil yang menjadi penyebab kita bertenaga sehari-hari. Menjaganya bukan sekadar suatu bonus, tetapi suatu pemeliharaan diri.

Kata seorang syeikh,

"Tips untuk tsabat? Sentiasakan diri berada dalam doa. Perhalusi perkara itu, hatta masuk ke dalam tandas sekalipun, doa tetap di bibir. InsyaAllah diri akan terpelihara"

Perubahan besar bermula dengan perubahan-perubahan kecil.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.


Mari buat Major Service

Hari ini kita sungguh bertuah, berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Setahun berlalu, penantian ini ternyata sangat berbaloi.

Dalam bulan yang mulia ini, biahnya terasa. Bukan sekadar sesama ikhwah akhawat di dalam sistem tarbiyah ini, malah di kejiranan sekeliling kita, dalam media massa, di seluruh dunia, ummah merayakan bulan ibadah ini.

Benar, kita bukan hamba Ramadhan, kita hamba Allah. Namun, aku kira, inilah masa paling strategik untuk kita melipat gandakan amalan kita, agar Ia menjadi kekuatan kita pada bulan-bulan yang akan datang. Agar Ia menjadi suatu semangat, untuk berubah pada tahun-tahun berikutnya.

Bukan kepada siapa-siapa kita menunjukkan semangat dan pencapaian kita pada bulan ini melainkan kepada Allah semata-mata. Inilah bukti kesungguhan kita.

Bulan ini merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh generasi-generasi sebelum kita lagi. Di kalangan para tabiin ada yang bersiap-siap berbulan-bulan lamanya sebelum Ramadhan, merasakan betapa bulan ini begitu penting dan unik. Ada yang membahagikan tahunnya kepada 3. Bulan Ramadhan, bulan-bulan sebelum Ramadhan dan bulan-bulan selepas Ramadhan.

Jika 'amalan-amalan kecil' kita selama ini itu dikira servis untuk mengekalkan kekuatan kita di atas jalan dakwah ini, bulan Ramadhan ini tempatnya Major Service yang memberikan kita kekuatan yang lebih besar lagi.

Dengan biahnya
Dengan ganjarannya
Dengan pelbagai peluangnya

Dan di dalamnya ada satu malam yang paling istimewa! Lebih istimewa berbanding malam pertama.


10 Malam Terakhir bukan untuk persiapan hari raya

Ikhwah akhawat yang aku kenal, bersiap untuk Ramadhan, bukan untuk hari raya.

Pada malam-malam terakhir inilah, isteri ditinggalkan (lagi bagus kalau dapat bawa bersama ke Masjid, sama-sama iktikaf tapi kalau susah nak jaga anak-anak, iktikaf kat rumah pun ok)

Pemburuan dijalankan beramai-ramai. Masjid-masjid penuh dengan penggerak-penggerak dakwah. Fuh rindu sungguh aku dengan fenomena itu.

Tahun ni terasa nak iktikaf di Masjid Putrajaya macam biasa.

Moga kita kekal ikhlas, moga kita kekal tabah, moga kita kekal beramal di jalannya.

Monday, April 18, 2016

Jangan putus asa

Jika putus asa itu menjadi pilihan ibu bapa kita, maka tiada lah kita pada hari ini.

Jika putus asa itu menjadi pilihan murabbi kita, maka hanyutlah kita dalam kelazatan dunia.

Hanya Allah tempat kita bergantung, dan teruskan berusaha!

Thursday, April 7, 2016

24 jam

Setiap manusia sama sahaja

Penyangak diberikan 24 jam sehari
Penyamun diberikan 24 jam sehari
Bekerja sendiri diberikan 24 jam sehari
Pelajar diberikan 24 jam sehari
Suri Rumah diberikan 24 jam sehari
Daei diberikan 24 jam sehari
Rasulullah s.a.w. diberikan 24 jam sehari
Abu Jahal diberikan 24 jam sehari
Kaisar diberikan 24 jam sehari
Haman diberikan 24 jam sehari
Firaun diberikan 24 jam sehari
Aktivis Politik diberikan 24 jam sehari

Tiada masa? Itu alasan yang diberikan oleh orang yang tiada cita-cita dan gagal menguruskan sumber mereka dari dahulu sehingga ke hari kiamat

Tuesday, December 8, 2015

Katakan kepada nafsu, "Tunggu"




Yang paling kita sesali dalam sesi muhasabah bukanlah kerana kita tidak enjoy melakukan sesuatu dalam hidup

"Apasal la aku tak enjoy betul-betul masa bujang dulu"

"Ana ni tak pernah rasa kapel-kapel sebab awal sangat join usrah"

Sebaliknya, kekesalan biasa terjadi apabila kita enjoy awal sangat, bukan pada masanya, bukan pada tempatnya

Yang biasa kita rasa sayang terlepas adalah apabila kita tidak berusaha melakukan sesuatu pada ketika kita 'mampu'

Tidak menahan perasaan

Tidak menjaga panca indera - lisan, mata, tangan

Tidak melakukan sesuatu kebaikan

Tidak menolak kemungkaran


***

Bersikaplah seperti para sahabat yang menutup segala keaiban

Bersikaplah seperti para pejuang yang menyesali waktu lalunya dengan menambah amal kebajikan di depannya

Kerana kekesalan hakiki adalah apabila tidak dapat bertemu dengan Tuhan dalam perasaan gembira.

Friday, December 4, 2015

#Terfikir

Memahami bahawa tarbiyah itu proses, bukannya matlamat... Besar impaknya kepada pendakwah

Apabila tarbiyah dianggap matlamat, kader yang terhasil akan berada dalam zon selesa kerana telah tertunai hajatnya

Akhirnya ramai para kader tidak dapat dimanfaatkan untuk visi yang lebih besar

Walaubagaimanapun, terburu-buru mengejar matlamat tanpa melalui prosesnya itu suatu kezaliman kepada dakwah

Ya, bukan hanya kezaliman kepada individu tetapi kelak menjadi fitnah kepada dakwah itu sendiri kerana tidak digalas oleh mereka yang ahlinya

Monday, September 28, 2015

Ku gagahi jua

Dakwah ini seronok.

Dengan merasai keseronokan ini lah yang menyebabkan manusia-manusia yang entah dari mana-mana turut sama melaksanakannya.

Dengan berdakwah, rasa berbakti kepada insan lain. Rasa dapat berkongsi keseronokan yang dirasai sepanjang hidup dalam tarbiyah. Rasa dapat kehidupan berbeza. Rasa membantu menghidupkan jiwa lain. Rasa menyumbang kepada islam. Rasa bukan lagi sebagai sekadar lebihan dunia.

Inilah perasaan yang jarang orang yang terlibat dapat gambarkan.

Bayangkan rasa seronok join tarbiyah yang tidak dapat dibandingkan dengan rasa seronok melancong ataupun berjaya headshot kawan-kawan semasa bermain game Counter-Strike? Itupun tidak dapat nak digambarkan... Apatah lagi rasa berada di atas jalan dakwah... Berlipat kali ganda lagi best!

Kan?

Berdakwah itu best. Sebab tu kalau dah start buat, dengan gaya yang betul, dengan mind set yang betul... Pasti tidak dapat berhenti punyalah

Bercakap tentang berdakwah, pasti ada yang bertanya,"bagaimana jika dakwah kita tak berbuah, orang buat tak layan je?"

Lagi best!!!!

Bayangkan jika buat DF bertahun-tahun tapi yang melekat tu seorang dua je.... Kita akan mengappreciate segala usaha kita, dan akan sangat menghargai akh yang seorang dua tu...

Ketika akh tersebut, yang seorang itu kata,"akhi, ana pun nak buat dakwah juga!"

Boleh tangkap nangis beb.

Itu yang aku pernah rasa. Dan aku yakin pasti ramai dikalangan korang pernah rasa juga.

Pelik tapi benar. Itu yang berlaku, Allah uji tu pasti ada sebabnya. Kita selalu mengharapkan sentuhan kita itu sentuhan magik yang akan mengubah hanya dengan sepatah dua kata, sekali daurah dan sekali belanja makan. 

Jika begitu mudah dakwah itu, takkanlah Allah pilih para Anbiya dari kalangan mereka yang hebat-hebat.

Dakwah ini tidak mudah, tetapi dengan mindset yang betul dengan perasaan seronok, ia akan menjadi mudah. 

Bilamana kita memahami ianya proses, bukannya program; maka kita akan sentiasa optimis, persis para Anbiya.

Yang menakutkan pada para pendakwah ini sebenarnya adalah rasa berat, malas. Lemah tekad.

Di sana pentingnya kita tidak hidup berseorangan. Pastikan ada kawan-kawan (selain kawan seusrah) yang sentiasa pantau nilai iman kita. Pastikan komited dengan usrah dan program-programnya. Libatkan diri dalam gerakan dakwah. Banyakkan membaca buku-buku dan tulisan-tulisan para pendakwah yang hebat-hebat. Dengarlah nasyid-nasyid yang azamnya membara!

Moga dengan itu kita sentiasa ada semangat. Agar tidak pernah lari segala aktiviti sehari hari daripada memenangkan kebenaran ke atas kebatilan.

Gagahlah dikau tentera ruh!


Sunday, September 20, 2015

Wa caya sama lu!

Masih terngiang-ngiang di sukmaku.

"Wa caya sama lu!" 

Sebagai seorang Mutarabbi tegar, segala pengisian bukan sekadar didengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi dimuhasabah dari masa ke masa, agar akhirnya mencipta perubahan pada diri dan amal.

"Wa caya sama lu" 

5 tahun yang lalu, slogan ini diulang-ulangkan oleh Ustaz Alias Othman dalam sesi Muhadharah kami.

"Jika ntum sekarang seorang student... dan join gerabak dakwah ini... Wa tak caya sama lu!"
Kami semua terdiam.

"Jika ntum dah habis belajar, sudah mula membina kerjaya, dan tetap berada di atas jalan... Wa tak caya sama lu!"

"Jika ntum dah bekerja, dah berkahwin, ada isteri... dan tetap berada di atas jalan dakwah ini... Wa tak caya sama lu!"

"Jika ntum dah bekerja, dah kahwin dan punya anak-anak... Kemudian ntum masih boleh terus berada dalam jalan dakwah! Wa caya sama lu! Baru wa caya sama lu!"

Kata-kata itu aku ingat dan aku pegang.

Pada waktu itu, muhadharah yang sebentar itu mengajarkan aku dua perkara:

  1. Perjalanan dakwah ini masih panjang. 
  2. Thabat itu suatu anugerah yang sangat bernilai

Tuesday, July 21, 2015

Mengejar mad'u

Mengejar mad'u samalah teori untuk tackle isteri 

Kita kena tahu sasaran kita sedetail mungkin

Kita kena tahu kekuatan diri

Kita kena tahu sejauh mana kita nak pergi dalam perhubungan ini 

Ya, memahami big picture itu penting, kawan

Sunday, July 5, 2015

Buat-buat sibuk




Jangan katakan dirimu sibuk

Benar kata ISHAB, "Masa itu adalah kehidupan". Barang siapa yang melalaikan masanya, sesungguhnya dia telah melalaikan kehidupannya.

Allah telah mentakdirkan, setiap seorang daripada kita hanya dikurniakan 24 jam sahaja setiap hari. Baik Perdana Menteri, Ulama, Pengurus Syarikat, Kerani, Pemain bola sepak, Pelajar universiti, Murid tadika ataupun bayi sekalipun.

24 jam sahaja.

Pelbagai aktiviti yang kita boleh isi di dalamnya, namun pengalamanku dalam gerakan dakwah membuktikan bahawa setiap akh yang benar pasti akan menjaga masanya, dan mempersibukkan dirinya dengan pelbagai projek-projek dakwah.

Tidak cukup dengan dakwah secara peribadi, dia juga merancang amal dakwah bersama-sama ikhwah akhawat dalam rangka amal jamei. Di sana ada tanggungjawab untuk adanya amal am dengan masyarakat kejiranannya, sahabat sepejabat. Tidak cukup lagi, dirinya merasa terpanggil untuk mengamplify kesan dakwah itu ke dalam masyarakat yang lebih luas lagi melalui pelbagai medium yang ada, guna ruang hiburan, bidang penulisan, perkongsian di laman media sosial, berceloteh di radio dan stesen televisyen menggunakan kepakarannya, giat dalam perniagaan.

Dakwahnya pula bukan sekadar dakwah Touch n Go (TnG), namun disusun dalam satu manhaj yang begitu lengkap, hingga sasaran dakwah itu mampu bangkit menjadi penggerak dakwah pula. Nak follow up sasaran-sasaran dakwah itu memerlukan ketekunan dan ketilitian, memerlukan banyak dari bahagian masanya itu.

Itulah ikhwah yang aku kenal.

Kalaupun ada yang lalai kadang-kadang, ianya tidak merubah pendapatku mengenai mereka, jika mereka akh yang benar, mereka akan sibuk!

Kadang-kadang, apabila aku berinteraksi dengan ikhwah lain, berkongsikan kesibukanku, aku berasa malu kerana dalam masa aku menyampaikan kesibukanku, mereka yang mendengarkan bicaraku ternyata jauh lebih sibuk.

Tapi itulah harga untuk membangkitkan kembali ummah, kesibukan hanya sebahagian daripada elemen yang perlu ditangani oleh para pendakwah. Bersama-sama.

Jangan kita merasakan kita paling sibuk, paling banyak tugasan dan dalam masa yang sama merasakan bahawa orang lain tak seperti kita, mereka malas, mereka tidak diberikan tanggungjawab padahal siapa tahu apa tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.




Akhirnya output kesibukan yang orang tengok

Di sebalik kesemua sibuk, sibuk itu, janganlah kita lupa kesibukan itu berobjektif.

Sibuk dengan perancangan dakwah adalah untuk akhirnya lahir dakwah yang kencang di lokaliti.

Sibuk dengan usrah bukan untuk maintain usrah sahaja, tetapi untuk membina ahlinya ke medan.

Sibuk dengan kerja? Outputnya gaji? Tidak. Kepakaran yang kita ada, profession kita memberi manfaat kepada masyarakat.

Dalam banyak keadaan, kesibukan hanya pada bincang dan muhasabah tanpa membuahkan apa-apa. Pada waktu kekeliruan itu, maka tertipulah para "Amilin". Ya, mungkin di sana ada ganjaran berfikir untuk ummah.

InsyaALlah ada ganjaran buat mereka yang sibuk berfikir tentang ummah. Namun, yang lebih penting adalah kesibukan beramal untuk ummah dan sejauh mana kesan sibuknya itu.

Sejauh mana impak kesibukan itu yang paling utama, result baik atau buruk itu cerita kedua.

Busy people talk about how busy they are. Productive people let their results do the talking.

Sunday, May 3, 2015

Dakwah bukan hanya untuk orang bujang

Jika dakwah ini hanya layak dipikul oleh orang-orang yang bujang sahaja, masakan adanya kita pada hari ini?

Ya, dakwah itu pekerjaan Muslim sepanjang hidupnya. Bukan seasonal. Bukan bila sudah dapat Akhawat (atau ukht) sebagai teman hidup. Bukan terhad sehingga dapat bayi comel. Bukan juga sehingga ada gaji besar dan mampu berjihad harta berjuta-juta.

Dakwah ini perlukan jiwa, masa, tenagamu sepanjang hidupmu.


Kataku di hadapan cermin.

Rasa diri rendah

Semakin lama dalam tarbiyah, semakin rasa diri ini tidak sempurna. Itu perasaan yang biasa.

Semakin sensitif dengan dosa sendiri. Semakin tahu banyaknya ketidaktahuan. Semakin mengerti adanya kekurangan pada diri. Kenal ramai ikhwah yang lagi hebat pengetahuannya, lebih banyak amalannya, lebih baik hafalannya, lebih lunak dalam berkata-kata, lebih baik dalam pergaulan…

***

Dengan perasaan ini, kita tetap di atas jalan tarbiyah ini.

Dengan perasaan ini, kita mengislah diri. Membawa diri jauh dari perbatasan dosa. Melipatgandakan amal-amal mendekat cinta hakiki.

Dengan perasaan ini, kita berkenalan dengan dakwah.

Dengan perasaan ini, kita mendepani masyarakat.

Perasaan lemah ini tidak menghalang diri dari terus melaksanakan misi Syahadatul Haq. Beramal dan terus beramal.

Perasaan inilah yang membuatkan kita semakin memahami dan meyakini bahawa setiap apa yang kita buat ini bukan dengan kekuatan kita. Tetapi dengan kehendak Allah.


Kehendak Allah.

Kun.

#‎JomUsrah‬

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]