Monday, June 20, 2016

Selamat Hari Bapa

Fenomena tag suami sendiri
Aku tengok kat News Feed aku penuh dengan gambar-gambar penghargaan kepada bapak-bapak, mostly kalau baca tu nampak sangat ianya dibuat oleh mak-mak.
Ala sweetnye~
Dah macam Valentine Day dah aku tengok... 
Kadang-kadang aku terasa ianya dibuat kerana pertandingan sesama mak-mak pulak untuk jaja laki-laki milik mereka (lintasan hati, taknak jadi judgemental. Ini post pasal diri aku bukan pasal orang lain)
Bukan tak appreciate, bukan juga nak mendabik dada. Yang pentingnya aku rasa aku taknak lah jadi hipokrit; memberikan gambaran yang salah tentang hidup bekeluarga terutamanya kepada orang-orang bujang di luar sana (lelaki atau perempuan)
Hakikatnya, aku bukannya the best husband and the best father on earth!
Kebanyakan masa aku berada di luar dengan projek-projek aku. Bila di rumah aku samada membaca, menulis, atau menghadap tablet/laptop.
Hanya jika ada masa, aku akan memasak, membantu kemas rumah (sangat-sangat jarang) dan juga mengajar anak-anak berenang.
So bila tengok post dan gambar yang bini aku buat aku terasa alahai nampak baik la pulak aku ni. Ye la sapa lagi bapak budak-budak ni. Aku la bapak paling osem la kan di mata mereka.

Kasih sayang seorang ayah
Tapi apa-apa hal pun, tak kisah apa dia konflik dalaman yang menimpa diriku, aku tetap sangat sayang kepada isteri dan anak-anakku. Sangat sayang kot, rasanya tak perlu aku luahkan kat sini lebih-lebih nanti ada yang meluat.
Dan yang paling penting lagi, pengalaman bergelar bapak ini, mengajar aku erti kasih sayang seorang ayah, keunikan kasih sayang seorang ayah. Ayah aku sendiri.
Pengalaman ini mengajarkan aku untuk menghargai segala pengorbanan yang bapak aku buat. 
Walaupun selama ini aku rasa macam tak pernah disayangi olehnya. Mungkin kerana dia tak pernah sebut "abah sayang along" (dah dekat 30 tahun ni tak pernah sekali pun dia sebut, teruk sangat tu) dan tak semua yang aku nak, dia kasi.
Semenjak bergelar bapak aku jadi sangat sayang kepadanya.
Satu-satunya bapak yang aku ada, dan aku bangga menjadi anaknya.
Selamat hari bapak, abah.


No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]