Tuesday, June 21, 2016

Masanya telah tiba

"Jika kita menang, orang akan memerhatikan bagaimanakah kita berpotensi dan berakhlak dengannya. 
Jika kita kalah, orang akan memerhatikan bagaimanakah kita berpotensi dan berakhlak dengannya. 
Suka atau tidak, begitulah keadaannya apabila berada di mihwar ini. 
Caci maki dan pujian itu pasti akan datang. 
Sebagai jamaah yang menggalas tanggungjawab besar, kita perlu berjiwa besar dan tidak terpedaya dengan silau lampu-lampu di atas pentas."
Teringat kata-kata ikhwah Indonesia (lebih kurang) di suatu konvensyen 7 tahun lalu apabila ikhwah Malaysia bertanya bagaimana rasanya bergelumang di alam politik.
Lambat betul nak faham intipatinya.

Nah dengarkan dari Izzatul Islam sebagai pujukan jiwa:
LAGU PERJUANGAN 
Perjuangan Tegakkan keadilan
Tak sepi dari fitnah dan rintangan kan menghadang
Biarlah badai menghadang merintang
Tak goyah jiwa ini tetap teguh berjuang 
Kami tak gentar
Kan terus melangkah
Dalam keimanan kesabaran 
Kami melangkah di dalam barisan
Menyongsong kejayaan
Akan raih... akan raih... kemenangan

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]