Saturday, December 5, 2015

Tuhan kontrak

Rasa ingin bertuhan adalah sifat semulajadi manusia

Mereka inginkan suatu kuasa supernatural yang far superior daripada mereka...

Untuk diimani, 

Untuk dicintai, cinta tak bersyarat

Untuk dirindui,

Untuk dijadikan pengharapan... Tempat bergantung

Untuk dijadikan tempat mengadu

Untuk dijadikan tempat berlindung...

Dalam sejarah, telah beribu-ribu Tuhan yang diciptakan oleh manusia.

Dengan rahmat Allah, para anbiya diutuskan dengan petunjuk dari Allah

Ada yang menerimanya

Ada yang mengendahkannya

Ada yang menolaknya

Dakwah tetap diteruskan

***

Dunia hari ini, manusia masih memilih-milih Tuhannya

Ada Tuhan yang memiliki nama

Ada Tuhan yang tiada nama tapi kuat mencengkam jiwa-jiwa manusia

Ada manusia yang bertuhankan Allah

Ada manusia yang bertuhankan selainnya

Dakwah tetap diteruskan

***

Manusia-manusia yang bertuhan ini... mempunyai komitmen yang berbeza terhadap Tuhan mereka

Ada yang  cintakan Tuhannya tanpa mengenalinya, hanyut dalam cinta dan jauh dari dunia

Ada yang cintakan Tuhannya, jelas maghrifahnya, dan berkomitmen dengan Tuhannya dalam segala urusan di setiap masa tak kira tempat

Ramai yang cintakan Tuhannya, tetapi mengikut mood dari masa ke masa. Jika ada selera, mereka akan bersama Tuhan mereka. Jika sibuk dengan hobi-hobi mereka, Tuhan mereka entah ke mana

Ada yang mengenali Tuhan hanya sebagai ketetapan hidupnya. Sepertimana bagaimana mereka dilahirkan sebagai mana-mana bangsa. "Kau Tuhanku kerana aku dilahirkan dalam rahim pengikutmu"

Ironi kehidupan ini

Dakwah tetap diteruskan



No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]