Thursday, December 17, 2015

Memposisikan diri dalam dakwah

Gerakan dakwah gerakan ummah

Dakwah ini luas, kerana jalan menuju kepada keimanan itu banyak walaupun tujuannya satu.

Oleh itu para du'at perlu mempunyai jiwa yang besar agar dapat menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh insan lain.

Merasakan bahawa apa yang dibuatnya itu yang terbaik sekaligus menidakkan usaha orang lain, bukanlah sikap yang baik.

Sebaiknya para du'at memerhatikan pasaran dakwah ini, budaya latar belakang mad'u yang ramai, belajar dari pendekatan yang dibuat oleh para pendahulu dakwah, dan memerhati pendekatan para du'at masa kini.

Daripada pemerhatian yang mendalam ini, pasti akan lahir pelbagai cetusan idea untuk meletakkan amal yang paling tepat pada keupayaan dan keperluan yang diperhatikan.

Di sana perlu adanya keterlibatan mana-mana da'ei dengan gerakan dakwah yang sifatnya meraikan amal-amal dakwah yang banyak. Menyatukan amal itu ke arah matlamat yang sama, menyatukan gerak kerja, menyelaraskan keberhasilan dakwah agar saling mengimbang.

Agar akhirnya, sasaran dakwah merasakan islam itu sangat tepat dengan jiwanya kerana pemeringkatannya bersifat semulajadi tanpa paksa.

Dalam dakwah ni, ada common sense juga tahu? 

Ya ada pantang larangnya... Bukan hentam kromo.

Apabila para du'at meletakkan dirinya di tempat mad'u, di sana common sense itu akan terpakai.

Empathy, asas seorang manusia.

Du'at itu manusia.

Mad'u juga manusia.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]