Monday, October 19, 2015

Fastaqim




Bilamana 200,000 orang berkumpul dalam perhimpunan kuning, alhamdulillah itu petanda rakyat masih cakna berkenaan keadilan dalam pilihanraya.

Bilamana 100,000 orang berkumpul dalam perhimpunan merah, alhamdulillah masih ramai yang mahu memperjuangkan nasib bangsa. Tidak rela berada dalam kehinaan.

Bilamana 75,000 orang berkumpul di Dataran Merdeka, alhamdulillah isu Palestin telah menjadi isu sejagat, didokong oleh pelbagai bangsa dan agama, tidak disempitkan untuk umat islam sahaja

Bilamana 60,000 orang berkumpul di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu berbaju hijau, alhamdulillah kita telah mempersiap 60,000 sukarelawan untuk membantu semasa musim banjir di Kelantan nanti

"Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya." (Riwayat Muslim)

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]