Sunday, July 12, 2015

Memburu Malam al-Qadr di Bumi Anbiya (1)


"Apakah aktiviti pelarian-pelarian Palestin pada hari raya? Bagaimana mereka menyambutnya?"

"Mereka meraikan hari tersebut dengan solat sunat hari raya bersama-sama. Mereka sangat bergembira dalam hal itu. Seusai solat mereka bersalam-salam dan mengucapkan "Moga Allah terima amalan aku dan amalan kalian". Kemudian mereka pulang ke rumah, makan kuih raya bersama-sama"

Jawapan spontan akh di Kem Pelarian Palestin di Lubnan.

Sungguh, sedang kita hidup senang, kita lupa kegembiraan dan ketenangan itu akhirnya datang dari Allah azzawajalla. Apabila kita kembali kepadaNya.

Begitulah orang-orang Palestin ini mengajarkan kita.

Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita akan kembali juga.

Hari kemenangan itu akan tiba akhirnya saudara. Samada di dunia atau di syurga. Samada adanya kita, atau tanpa kita.

Kita akan terus membantu saudara-saudara kita ini untuk mendapatkan hak mereka ke atas tanah mereka di Palestin sana sambil kita membina diri. Tiada manusia sempurna. Mari kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.

Selamat memburu malam penuh kenikmatan dan keasyikan. Selamat berjaga di akhir Ramadhan ini.

Semoga berjumpa dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu!


Abu Khalid
Beirut, Lubnan
12 Julai 2015
2.27 pagi

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]