Friday, August 1, 2014

Microbloggings kill Blogs

“Microbloggings kill Blogs”

Pernah aku terfikir tentang perkara ini dan quote perkara ini dalam penulisan-penulisanku ketika itu. Blogging yang begitu popular pada waktu itu dilihat sukar untuk dihalang dan hampir mustahil untuk tidak menjadi trending. Seperti mana orang melihat Facebook dan Twitter pada hari ini.

Namun, perkara yang dirisaukan itu, hari ini telah menjadi kenyataan, Microblogging telah memusnahkan perkembangan dunia blogging. Ianya suatu perkembangan semasa yang boleh dikatakan tidak sihat untuk perkembangan bakat-bakat penulisan di kalangan masyarakat.

Fenomena yang serupa pernah berlaku semasa internet diperkenalkan.

Journalis yang menjadi sumber rujukan seperti hilang pedoman apabila wujud para bloggers yang tumbuh bagaikan cendawan. Mereka yang lahir dari pelbagai aliran tampil memberikan hujah mereka walaupun bukan ahli. Namun, itulah yang berlaku.

Dunia sudah semakin laju dan semakin banyak barang yang kurang dihargai dan dengan itu maklumat sudah boleh diperolehi di mana-mana di dunia siber. Blog menjadi tempat yang paling pantas untuk maklumat diperolehi dan ianya menjadi pilihan masyarakat siber sehinggalah wujudnya Microbloggings.

Hari ini, Twitter, Facebook, Instagram lebih mendapat tempat.

Suatu hari nanti, siapa tahu apa pula yang menjadi trending?

Apa yang paling penting, gerakan dakwah dan para pendakwah yang menggerakkannya perlulah memanfaatkan apa sahaja ruang yang ada untuk menyebar luaskan dakwah ini.

Bagi yang tidak mampu untuk menulis dengan efektif, bolehlah belajar untuk menguasainya. Di sana, adanya banyak pendekatan untuk memanfaatkan kebolehan blogging dalam dunia Microblogging.


  1. Gunakan pendekatan Hybrid - Microbloggings dan Blogging. Gunakan platform seperti Posterous atau Tumbler. Pendekatan yang sesuai juga boleh digunakan dalam Facebook dengan post disertakan dengan gambar. Penggunaan note FB adalah tidak popular.
  2. Attach penulisan blog anda di FB atau Twitter. Dalam twitter, Link boleh disertakan dengan mudah dengan menggunakan perisian bitly, dimana link kepada blog dipendekkan dan membolehkan pengguna mempromosi kandungan blog dengan ayat yang power-power. Gunakan extension / apps NetworkedBlogs untuk menyelaraskan aktiviti di FB dengan aktiviti di Blogger. Ia sekaligus memudahkan pengguna menggunakan kedua-dua platform dan mengurangkan masa untuk post semua penulisan blog. Dari link yang disertakan di FB dan Twitter juga, laman Blog yang sudah berhabuk itu dapat kembali aktif dengan kehadiran pembaca-pembaca dari luar.


Semoga dengan perkongsian ini, ia dapat memudahkan dakwah di alam maya kita semua. Tidaklah aku menulisnya agar blog semakin mekar, tetapi harapnya dengan apa juga platform yang ada, jajahan dakwah ini akan semakin meluas sesuai dengan moto dakwah ini untuk menjadikan islam rahmat ke seluruh alam.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]