Friday, April 11, 2014

Generalisasi

"Akhi, untuk simplekan hidup dan pemikiran kita, why not kita samakan sahaja semua orang?"

"Maksud nta?"

"Ya lah, kita kan kurang ilmu dan malas membaca sekaligus malas berfikir dalam masa yang sama tak suka bazirkan masa di luar mihrab untuk bersosial so kita label je la orang selain kita ni mengikut golongan mereka"

"Mengikut golongan mereka?"

"Ya. Kita generalisasikan sahaja apa yang Sayyid Qutb tulis dalam Maalim fit Toriq: Dunia ini hanya ada orang baik dan orang yang jahat sahaja. Selain dari kita (tentera Allah) ini, maka semuanya jahiliyah yanh sesat. Kalau kita rajin sikit, kita label la mereka sebagai pelampau ke, liberalis ke... Selain dari kita semuanya salah"

"Generalisasikan tu maksudnya apa?"

"Samakan je semuanya. Tak perlu susah-susah nak buat penelitian"

"Nta kena baca buku 'Duah wala qudoh' (Pendakwah bukan penghukum)"


*Penulis tidak bertanggungjawab atas kesalah tanggapan pembaca terhadap post ini.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]