Friday, April 25, 2014

Bodoh macam lembu

Kita mudah terasa jika orang menyatakan kita bebal, bengap atau bodoh. Tapi tahukah kita, kita mungkin tergolong dari kalangan tersebut?

Namun, panggilan itu diberikan bukannya dari classmate, adik-beradik ataupun orang-orang di sekitar kita. Ianya 'dikurniakan' oleh Allah, pencipta mayapada ini. Mungkin kita dah dengar banyak kali kan? Tentang orang-orang yang jahil.

Jahil tu apa? Jahil tu tak tahu a.k.a. bodoh. Dalam kes jahil islam ini, ianya di peringkat bodoh + sombong.

Mereka tak mahu dengar peringatan. Mereka sengaja buat-buat tak nampak. Dan mereka sengaja buat-buat bengap.

Dan Allah tak kata mereka bodoh macam lembu!

Allah kata, mereka ini bahkan lebih bodoh lagi!

Moga kita dikurniakan kecerdikan untuk membezakan al-haq dan al-batil.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]