Thursday, January 2, 2014

Teruskan menulis

Salam

Apabila dihimpit kesibukan dalam perjuangan, diri sering merasakan tiada keperluan untuk berkongsi. Cukup sekadar bekerja di medan.

Padahal, pada masa sibuk itulah, Tarbiyah Medaniyah itu terasa.

Ianya sesuatu yang tiada sama, berbanding teori-teori buku. Dan akhirnya penulisan itu tidak hadir dalam bentuk yang kaku. Terpenjara sebagaimana akal menjajah amal seseorang sehinggakan idealisme itu tidak memandu amal, ianya menjadi sesuatu yang menghambatnya pula.

Ada orang menyusunnya dengan kata-kata yang indah dan mudah difahami.

Namun, kata-kata tanpa amal, tidak akan mampu menggerakkan setiap otot pendengarnya.

Ianya kosong, umpama tin yang berbunyi. Bising namun tiada erti.

Ibrahnya,

Wahai diri, wahai para du'at sekalian. Gerakkan jari jemarimu walau dalam keadaan sibuk bagaimanapun. Supaya akhirnya, amal itu 'tidak sekadar hidup sebagai pahala', namun wujud dalam masyarakat dan terus menimbulkan impaknya. Sehingga apabila nyawa itu dimamah usia, tetaplah amal itu hidup di celah-celah masyarakat.

Ambillah iktibar dari buku-buku, makalah-makalah Sayyid Qutb, Maududi, ISHAB.

Ianya menembusi penjara.

Ianya melangkau sempadan.

Ianya merentasi masa.






Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

1 comment:

AmirSyafiq said...

tarbiatuna. nostalgia.

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]