Friday, January 24, 2014

Sedar-sedar


Saya berasal dari Terengganu. Ok.

Jujurnya saya tidak tahu secara tepatnya saya berasal dari mana.

Ayah saya dibbesarkan di Kuala Brang, Terengganu.

Ibu saya berasal dari Sungai Buloh, Selangor kemudian keluarganya bermastautin di Gombak, Selangor. Mereka sebenarnya berasal dari Sumatera.

Ibu Tiri saya pula  dibesarkan di Kota Tinggi, Johor.

Sedar-sedar, saya lahir di Amerika Syarikat dan dibesarkan di sana.

Sedar-sedar, saya bernurseri di Setapak, KL.

Sedar-sedar, saya bertadika di Dungun, Terengganu.

Sedar-sedar, saya bersekolah rendah di Indera Mahkota, Kuantan.

Sedar-sedar, saya PMR di Kerteh. Rantau PETRONAS setepatnya.

Sedar-sedar, saya SPM di Kuala Kangsar, Kolej Melayu Jalan Stesen.

Sedar-sedar, saya bersekolah matrikulasi di Kuala Pilah.

Sedar-sedar, saya menuntut di UPM. Fakulti Perubatan.

Sedar-sedar, saya bekerja di UTM. Research.

Dan kini, saya berada di Pusat iMaster Training, sedang saya bekerja sebagai penyelidik PACE.


***

Sungguh Allah telah menyusun hidup kita. Meletakkan yang terbaik buat kita.



Sedar-sedar


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]