Sunday, January 26, 2014

ODOJ sebagai wasilah

"Akhi, nta dah  join ODOJ? Best bangat?

"Join ah, best kot. Macam magik!"


Kini di mana-mana kita mendengar tentang ODOJ, akronim bagi "One Day One Juz". Ianya merupakan suatu pendekatan yang diperkenalkan oleh ikhwah di Indonesia. Suatu tool yang hebat yang membantu muslim di mana sahaja dia berada, untuk membaca satu juz sehari.

Satu juz sehari?

Dan ia terbukti Berjaya!

Sehari, dua hari, tiga hari, seminggu, sebulan.

Bayangkan!

Di Indonesia, seramai 30 ribu orang setiap hari khatam quran melalui ODOJ. Hebat bukan?

Bukan sahaja pendakwah, orang biasa yang baca sejuz sehari, malah artis turut sama baca satu juz sehari.

Tak percaya?



Aku, pada mulanya ragu-ragu untuk turut serta kerana takut akan terbeban dengan komitmen baharu, tapi setelah mencubanya, aku berasa sangat gembira.

Namun, setelah berada dalam system ini beberapa hari, aku menyedari bahawa ODOJ ini hanyalah tool untuk membantu kita mencapai matlamat; 1 day 1 juz.

Ia bukannya  suatu persatuan yang kita akhirnya  terbeban dengannya, dengan segala tanggungjawab yang dituntut olehnya.



Bukan join suka-suka sahaja

Usrah kita, tarbiyah kita juga begitu.

Kita bukan sekadar nak skema-skema ikut disiplin usrah, Jemaah. Sekadar join, menjadi penumpang.

Kita bukan sekadar nak buat-buat gembira setiap kali jumpa ikhwah.

Namun, kita harus menyedari bahawa Usrah dan pelbagai wasilah lain itu merupakan tool. Nama pun wasilah. Ianya tempat untuk membina dengan harapan akhirnya terlahir  manusia syumul dan kumul. Ya ya... Syamil dan Kamil.

Jangan nanti bila kita dah tension, bertambah tension apabila dituntut  macam-macam dalam "usrah yang membebankan ni."

Cuba tanya diri kita, kita ni dah join tarbiyah atau dah ditarbiyah?

Hakikat ODOJ suatu alat, kitalah yang mengawalnya, bukannya kita disibukkan olehnya tanpa mengetahui punca,

Alih-alih kena jadi Admin segala macam.



Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]